Search This Blog

Translate

Followers

Tuesday, August 27, 2013

Rumah ada Program ke.....?


Aku asaskan rumah shiqal atas satu tujuan- membantu mereka yang perlu dibantu. setiap kali ada kemasukan baru ke rumah shiqal, soalan yang sering ditanya "sini ada program apa, aktiviti apa ?" kenapa soalan ini yang sering ditanya pada ku ? jawapannya mudah;
1. kebanyakkan penagih dan masyarakat telah di'input' seolah-olah program lah yang boleh memulihkan seseorang penagih,
2. penagih telah dididik oleh AADK dengan program, dlm puspen ada program, dlm PS(pengawasan ) ada program, seolah-olah semua penagih perlu diprogramkan!
Sedarkah kita bahwa sesungguhnya apabila seseorang penagih itu pulang ke pangkuan masyarakat, satu perkara yang penting beliau mahu tak mahu terpaksa hidup berpandukan gerak hatinya sendiri! Realitinya selama 5-10 tahun ataupun lebih setiap hari (aku hampir 30 tahun ) menjadi penagih 'cycle of life'nya hanya tahu cari duit, cari benda alah tu, hisap atau 'jab' kemudian cari duit balik dan seterusnya begitulah selama bertahun-tahun KEMUDIAN 'kantoi', masuk pusat jadi macam robot kena diprogramkan agak-agak bila bebas dia reti ka nak idup ? Jawapannya dia tak reti........! sebab itu kita di rumah shiqal mengajar setiap residen itu harus belajar cara-cara kendiri (kendali diri sendiri) ! Cuba bayangkan bila berada di rumah, mana ada program yang di fixed kan ? Beliau sendiri yang harus belajar memprogramkan untuk dirinya sendiri. Kaedah yang kita gunakan berprinsipkan pada JATI- jujur, amanah, t/jawab dan ikhlas. Bagi aku apabila kita dpt membentuk akhlak yg sempurna maka akan lahirlah modal insan yang hampir sempurna. Sama-sama lah kita berdoa agar mereka-mereka ini termasuk diri ini diberi hidayah dan iman yang sempurna.
Pikirkan sejenak, sekiranya seseorang itu telah sebati dengan cara dan amalan yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan hariannya, maka dengan sendirinya ia membentuk keperibadian dan tingkahlaku seseorang itu. Begitu juga dengan sifat sifat seseorang penagih itu, mereka telah membentuk suatu kelaziman dalam diri mereka sendiri setelah sekian lama terbabit dengan gejala alam penagihan itu....,
Begitulah Islam memandang serius dalam soal membentuk akhlak:
Allah SWT berfirman :“ Dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari ( perbuatan-perbuatan ) keji dan mungkar. “ ( Al-Ankabut : 45 )

dan terdapat banyak hadis hadis berkenaan akhlak, diantaranya;
“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dari pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.” ( Riwayat At-Tirmidzi )

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang).
Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain)." (Riwayat At Tabrani)

Renungkanlah......

No comments: