Search This Blog

Translate

Followers

Friday, March 11, 2011

BERJAYAKAH KITA....?

Pernah tak kita pikirkan bagaimana kerajaan nak merealisasikan SIFAR DADAH 2015 dalam ertikata yang sebenar? Apa pendekatan yang digunapakai? Apa kaedah? Berkesan atau tidak? Kalau berkesan mana buktinya? Dan dalam kepala aku sekarang ni...., aku langsung tak nampak kaedah yg. diterap oleh mana-mana individu,badan-badan dan kerajaan menampakkan kesan positif pada pemulihan dan pencegahan secara total !
Kalau dikira dengan angka, sejak mula masalah penagihan dadah ini di Malaysia, iaitu pada akhir 1960an dan awal 1970an di mana penyalahgunaan dadah seperti MORPHINE, HEROIN, LSD & MX menjadi popular dikalangan remaja selepas dibawa masuk oleh budaya 'WOODSTOCK', 'HIPPIES'dsb.
Kini sudah hampir 40 tahun masalah penyalahgunaan dadah amat-amat menghantui KEMENTERIAN DALAM NEGERI! Dari tahun ke tahun angka nya semakin meningkat. Berbagai-bagai kaedah telah digunakan..., 'tough and rugged',halaqah,'TC'dsb. Tetapi amat malang sekali kadar penagih masih juga tidak berkurangan. Dan yang terkini kerajaan telah meluluskan pula satu kaedah yang dipanggil 'METHEDONE'!
Masih terlalu awal untuk diperkatakan tentang keberhasilannya dalam menanggani masalah ini. Sehingga kesaat ini terlalu banyak 'pro & kontra'nya. Apakah ini satu jalan penyelesaian yang terbaik pada masa ini? Namun apa yang pasti walau apa cara sekali pun ia bergantung pada si penagih itu juga.
Seperti kami di RUMAH SHIQAL, kami lebih mengamalkan konsep pemulihan terbuka (open rehab). Aku yakin kesemua usaha pemulihan sudah tentu datang dari kehendak si penagih itu sendiri. Ia ibarat menarik seekor kuda kesungai dan kita tidak pasti sikuda mahu meminum air di sungai itu atau tidak!
Pada pandangan aku masalah penagih yang sudah pun terlibat sudah pasti kehidupannya adalah sebagai penagih dadah. Tetapi yang menggusarkan aku....,(rasa aku sebagai warga Malaysia kita wajib merasa gusar) akan nasib anak-anak kita,adik-adik kita yang masih mentah untuk mengenal arti kehidupan sebenar TERJEBAK dalam kancah yang menyedihkan ini!Pikir-pikirkanlah......