Search This Blog

Translate

Followers

Wednesday, September 29, 2010

Program bersama Rotary Club of Taiping


Pada pagi Ahad 19-9-2010 yang lalu, rumah SHIQAL telah dijemput menyertai satu program anjuran KELAB ROTARY of TAIPING sempena HARI KEDAMAIAN SEDUNIA.
Okey la, aku paham sesetengah dari kita ada yang beranggapan Kelab Rotary ni ADA unsur-unsur yg kurang menyenangkan. Tapi bagi aku kita kena pertimbangkan dari setiap sudut. Umpamanya, apakah benar bagai dikata, atau sejauh mana kebenaran kata-kata itu? Kita kena buka minda syehhh.........., sekiranya kita ingin menyampaikan(tarbiah) kita jangan lah memilih, Sekira bagai dikata bagai disangka, maka adalah t/jawab kita untuk mencari kaedah perbetulkannya! Jangan la asyik nak mengata aje tanpa melakukan apa-apa tindakan. Dah lama sangat perangai lagu ni, berubah laaaa,
Satu contoh aku nak bagi tau dalam kampong (kpg. aku la, kpg hangpa baguih), kita tengok la ni, rasa dengki irihati dah jadi macam budaya, bila dia rasa diri dia baguih, aaaa... mula la mengata kat orang, macam la dia baguih sangat. Bukan kata nak perbetoi dia kata lagi ada.......
Begitu juga yang berlaku pada kami (bekas penagih) kami dah elok sikit, baru bebas pusat atau penjara, (maklum la duduk sampai 12 bulan keatas ) sure ok punya; bila pijak kaki je kat kpg. nahhhhhhh, org. kpg. pun tarik muka, juih muka macam-macam lagi. Kawan pun apa lagi, cari geng lama la!
Kenapa tidak kita tubuh kan satu j/kuasa membantu mereka-mereka ini sebelum terjebak kembali? Itu yang paling afdalkan ?????? Fikir-fikir la.

No comments: