Search This Blog

Translate

Followers

PROFIL PERSATUAN

PENGENALAN


          Persatuan Shifaul Qalbi Taiping Perak telah diilhamkan oleh saudara Shamzuri Hj. Osman pada  awal 2008. Beliau pernah terjebak dalam kancah penagihan dadah selama 27 tahun sejak berusia 13 tahun. Atas kesedaran dan inisiatif untuk membantu rakan-rakan senasib, maka pada 1/11/2008 tertubuhlah RUMAH SHIQAL. Selaras dengan misi “Sifar Dadah 2015” maka pada tahun 2009 didibawah Pengarah AADK Negeri Perak Tn. Hj. Mohamad Nazer Mustafa ketika itu telah mengiktirafkan RUMAH SHIQAL sebagai RUMAH KOMUNITI yang pertama wujud dinegeri Perak Darul Ridzuan.
           Beliau pernah bekerja sebagai Pembantu Hospital Rendah di Hospital Besar Pulau Pinang dari  tahun 1990-1993. Selain itu beliau juga pernah bekerja sebagai guru sementara (1985-1987), mengajar di Madrasah Tarbiah Islamiyyah (1997-1999), dan bekerja sebagai kontraktor binaan, perabut dan penyelia keselamatan.  
         Semasa menagih beliau pernah dimasukkan ke penjara taiping pada tahun 1996 dan 2006. Selain itu beliau juga pernah menjadi penghuni Pusat Serenti Batu Kurau pada tahun 2005.
         Kini beliau telah berubah dan menjadi masyarakat normal dan menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Beliau juga merupakan pemilik Shifaul Qalbi Enterprise, Pengerusi kepada Persatuan Shifaul Qalbi Taiping Perak, Pengerusi Koperasi Shifaul Qalbi Taiping  Berhad dari 2009 hingga sekarang dan beliau merupakan Pengerusi Rumah Shiqal.
   
FUNGSI
Ø  Landasan menggerakkan perkhidmatan kepada masyarakat.
Ø  Transit penyebaran informasi kepada komuniti dan golongan sasar.
Ø  Pusat perlindungan dan latihan kepada kumpulan sasar termasuk mereka yang dibawah pengawasan AADK.
Ø  Alternatif kepada pusat-pusat pemulihan yang sedia wujud.
Ø  Perlindingan kepada mereka yang berada dibawah program parol Jabatan Penjara.
Ø  Melahirkan masyarakat yang lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam usaha membasmi gejala dadah.
Ø  Tempat perlindungan kumpulan sasar mendapat perkhidmatan.
Ø  Mewujudkan satu mekanisma secara terancang dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi bagi komuniti kumpulan sasar.
Ø  Berperanan sebagai pusat pengerak program-program pencegahan, pemulihan dan  penguatkuasaan didalam komuniti.
Ø  Akan lebih efektif dan praktikal kerana dikendalaikan oleh bekas-bekas penagih dadah yang terbukti telah berjaya.



KUMPULAN SASAR
Ø Pelajar pelajar serta golongan yang berisiko tinggi.
Ø Belia-belia yang bermasalah.
Ø Bekas-bekas pengguna dadah.
Ø Keluarga penagih (ibubapa,isteri,anak-anak)
Ø Pemimpin masyarakat
Ø Masyarakat setempat
Ø NGO-NGO, badan kerajaan dan swasta

OBJEKTIF

Bergerak secara kolektif melibatkan keluarga dan masyarakat secara sistematik dan terarah atas 7 asas seperti berikut:

*Membantu bekas-bekas penagih.
*Mengembalikan kekuatan & keyakinan diri.  
*Pengukuhan Duniawi & Ukhrawi.             
*Mempereratkan Ukhuwah.
*Menyediakan diri untuk dapat bersama Masyarakat
*Menjalankan program & aktiviti.
*Menyediakan peluang-peluang ekonomi dan kerjaya.

KEAHLIAN
Terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam, berumur 18 tahun keatas. Terbahagi kepada 3 kategori yang tersendiri:
Ø Penghuni rumah komuniti Shiqal
Ø Bekas-bekas penagih
Ø Orang Awam*
*berumur 18 tahun dan ke atas.


klik sini:

TUJUAN

Rumah komuniti SHIQAL akan dijadikan pusat transit menggerakkan segala aktiviti-aktiviti kemasyarakatan termasuk   ahli keluarga  agar dapat melahirkan anggota masyarakat yang produktif dan proaktif. Antara tujuan utamanya :

1.   Melahirkan masyarakat yang lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam usaha membasmi gejala dadah.

2.   Tempat perlindungan kumpulan sasar mendapat perkhidmatan.

3.   Pusat informasi kepada golongan sasar serta masyarakat setempat.

4.   Mewujudkan satu mekanisma secara terancang dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi bagi komuniti kumpulan sasar.

5.   Berperanan sebagai pusat pengerak program-program pencegahan, pemulihan dan penguatkuasaan didalam komuniti.

6.   Akan lebih efektif dan praktikal kerana dikendalikan oleh bekas-bekas penagih dadah yang  terbukti telah berjaya.    


LATARBELAKANG
1.  Bekerjasama dengan  Pegawai Daerah, jabatan kerajaan, NGO dan Swasta, serta badan-badan berkanun.


2.  memohon bantuan dari ahli-ahli PARLIMEN dan ADUN-ADUN.


3.  bergerak seiring dengan JKPD majlis tempatan (PBT), penghulu, ketua-ketua kampong, pemimpin masyarakat dan juga persatuan penduduk. 


4.  menggalakkan setiap anggota masyarakat menjadi ahli kepada persatuan supaya benar-benar agresif dalam memerangi gejala sosial ini. 


5.  berkerjasama dengan persatuan-persatuan professional, JKKK, rukun tetangga termasuk AADK serta jabatan polis(narkotik). 


6.  mengenalpasti bekas-bekas penagih, penagih-penagih serta kumpulan yang berisiko tinggi mendapat bantuan sewajarnya daripada persatuan.


7.  pelajar,remaja dan golongan belia akan diberi keutamaan dalam program-program yang dikendalikan oleh persatuan.

Dengan terlaksananya agenda-agenda ini,dapatlah ia:
 I.  memperkasakan  perhubungan  komuniti  dalam  mengembangkan lagi perkhidmatan sosial secara     bersepadu.
 II. Merealisasikan strategi Rumah Komuniti Shiqal untuk mendapat dan mengekalkan sokongan masyarakat dan AADK.
 III. Membina jatidiri dan kefahaman masyarakat dalam mengembangkan perkhidmatan bersepadu secara berinformasi.
IV.Menterjemahkan satu kaedah jaringan kerja menyeluruh dalam membantu membanteras gejala dadah dari peringkat mukim, daerah hinggalah keperingkat negeri dan seterusnya Negara. 

CADANGAN / SYOR
1.     kumpulan sasar berada dalam satu komuniti yang kecil.
2.     dapat memberi khidmat nasihat dengan lebih berkesan.
3.     mudah menjalankan segala aktiviti yang berkaitan.
4.     ahli-ahli dapat berkumpul dan berkongsi pengalaman.
5.     mewujudkan pertalian persaudaraan dikalangan ahli-ahli.
6.     membuka peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan sesama ahli.
7.     dapat mewujudkan satu ikatan faedah bersama dikalangan ahli.
8.     dapat saling bantu membantu dan memberi sokongan berkonsepkan pembimbing rakan sebaya(PRS).
9.     menambah kenalan serta pergaulan dalam masyarakat
10. mewujudkan satu mekanisma membimbing dan dibimbing berkonsepkan  rakan sokong bantu(RSB).
11. memberi peluang dan pengalaman pada ahli-ahli bergiat secara sistematik dalam kontek berpersatuan





      
.