Search This Blog

Translate

Followers

Saturday, January 16, 2010

Saudara Rosli Idris dalam kenangan


Rumah Komuniti ShiQal
Pada jam 3:30pagi Jumaat 8hb.Januari 20010 bersamaan 22Muharram 1431 yang lepas salah seorang dari Residen Rumah, Rosli bin Idris telah kembali keRahmatullah.
Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir dirumah ibunya Puan Hatipa bt.Ahmad dialamat No:267, Lorong 2, Kg.Larut Tin Sambungan, Taiping. Alahyarham berumur 44tahun.
Sebagai teman seperjuangan kami yakin Allahyarham telah mempermudahkan perjalanannya menghadap Yang Maha Esa dengan amalan-amalannya selama setahun menghuni diRumahKomuniti ShiQalini. Allahyarham merupakan salah seorang yang mula mendaftarkan diri (No.Pend.- 03/08) banyak bermusahabah kan dirinya serta sempat bertaubat pada ilahi.
Kami sahabat-sahabatnya yang juga merupakan teman seperjuangan ingin mensedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.... Semuga Allah merestuinya... Nota: Lihat Pengakuan Allahyarham yang dirakamkan diawal-awal blog ini mulakan.

Thursday, January 7, 2010

TELAH KEMBALI KERAHMAHTULLAH

ANDA PERNAH TERBACA KISAH INI?
BELIAU TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA PAGI
TADI JAM 4.30 PAGI
MAI LAH BERSAMA-SAMA BERDOA AGAR ROHNYA DITEMPATKAN
DITEMPAT-TEMPATKAN BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN
AMIN...



Saya Rosli Bin Idris berusia 44 tahun , dilahirkan di Kg Jambu Taiping Perak . Saya telah menjadi seorang penagih sejak berusia 21 tahun saya boleh diketogorikan sebagai penagih tegar. Saya telah 3 kali memasuki pusat serenti dan 5 kali penjara. Sama mula mengenali dadah apabila diperkenalkan oleh kawan-kawan Bertugas dengan Angkatan tentera Malaysia . Pada mula saya mengenali dadah saya berasa sangat teruja kerana itu adalah pengalaman yang paling indah dalam hidup saya . Kehidupan yang saya lalui semasa dalam penagihan dadah tidak terurus dan saya telah di tamatkan perkhidmatan dalam angkatan tentera setelah didapati memiliki dadah jenis heroin . Saya telah dihantar ke penjara angkatan tentera selama 3 bulan dan saya telah dibicarakan didalam mahkamah tentera untuk ditamatkan perkhidmatan . Saya mula melalui kehidupan yang sukar setelah menjadi orang awam. Saya tidak ada pendapat dah saya mula melakukan jenayah iaitu mencuri , menipu , dan bermacam-macam lagi jenayah yang telah saya lakukan. setelah bertahun lama saya telah menyumpai seorang sahabat yang mula-mula menagih dadah bersama-sama saya dahulu telah berjaya dalah kehidupannya . Sahabat saya ini telah mengundang saya untuk menjalani satu kehidupan baru yang tidak pernah saya alami sebelum ini. Beliau telah membawa saya kerumah Shiqal yang saya diami sekarang ini untuk melakukan perubahan dalam hidup saya ini. Alhamdulillah saya telah menjumpai kehidupan yang sebenar . Diharapkan pembaca-pembaca semua dapat berdoa kepada ALLAH semoga apa yang saya lakukan ini dapat dirahmati oleh ALLAH .


wassalam


lee kuburan