Search This Blog

Translate

Followers

Tuesday, June 28, 2011

AWASILAH KELUARGA KITA !

Hari ini kita lihat gejala penagihan dadah semakin menjadi jadi.klik . Saban hari ada saja berita tentang penangkapan yang dilakukan oleh penguatkuasa keatas pengedar serta penagih dadah diseluruh pelusuk negeri. Berita yang agak menggemparkan anak-dan-emak-sendiri-mengedar-dadah.
chase the dragon
Apa yang sebenarnya yang berlaku pada masyarakat kita hari ini? Pernahkah kita sebagai ahli keluarga merasa terpanggil untuk turut serta dalam membicarakan soal ini? Apakah kita sebagai ahli masyarakat sudah begitu peka dalam soal ini?
Adakah setiap kali berita-berita mengenai DADAH ini terpampang di dada-dada akhbar mahupun di media media elektronik, memberi kesan pada kita? Atau hanya sekadar sebagai hiasan tatapan yang kaku tidak bermakna?
bahan bahan yang digunakan oleh penagih heroin
Kalau dilihat dari tahun ke tahun, gejala ini menular dengan begitu dasyat sekali! Angka angka yang dikeluarkan oleh NGO-NGO harus diambilkira seperti posting ini berapa-ramaikah-penagih-dadah-yang.
Sekolah-sekolah rendah dan IPTA/IPTS telah mula dilanda gejala ini berbanding 5 tahun yang lalu.
adakah anak anak kita berkelakuan sebegini?
Oleh itu AWASILAH ANAK-ANAK KITA, jangan dibiarkan perkara ini hanya dibawah pengawasan pihak berkuasa sahaja! Peranan ibubapa amat penting dalam kita membentuk sahsiah anak-anak kita.
Sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna! Mulakan hari ini!
penagih tegar

aktiviti penagih-membakar wayar untuk mendapatkan tembaga untuk dijual

Program Info Bistari di Kg Jaha, Matang

27 Jun, 2011,Kg.Jaha,Matang,

 
 
 
Program Info Bistari Komuniti 1 Malaysia telah diadakan pada pagi Isnin di padang Kg Jaha, Mukim Matang  dimulai dengan ucapan Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Mukim Matang, En Rosli b Abu Mahsin merangkap Penghulu Mukim Matang. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Hj Rosli b Husin, ADUN Trong. Turut hadir En Emy Sazri b Mohd Isa, Penolong Pegawai Daerah LMS.
Dalam program ini turut diadakan ceramah penerangan oleh Dr Muhammad Ikhwan b Mohd Rosli dari Klinik Kesihatan Ckt Jering, Sdr Shamzuri Hj Osman dari RUMAH SHIQAL mewakili Pemadam dan En Rosman Tahir dari PEHRDA.

Monday, June 20, 2011

Masyarakat dan Proses Pemulihan Penagih


Wow ! satu topik yang agak sensitif ! Sensitifnya topik ini adalah kerana beberapa faktor. Antaranya;
  1. Kebanyakkan isu-isu yang berlegar dikepala otak si penagih dadah adalah atas alasan masyarakat tidak menerima penagih.
  2. Stigma masyarakat pada penagih ini terlalu 'low class' (eg. tak guna seduit pun).
  3. Masyarakat hanya memandang penagih sebagai penjenayah jalanan.
  4. Masyarakat masih beranggapan penagih hanya layak 'dok dikandang zoo' saja.
  5. Tak berakhlak dsb.
  6. Penagih akan tetap penagih sampai bila-bila pun. Tak boleh berubah.
Ini adalah sebahagian dari pandangan negatif dari kalangan masyarakat pada penagih dan banyak lagi. Soalannya, apakah stigma ini terbentuk dari info-info negatif yang diterima oleh masyarakat selama ini? Atau ini hanyalah anggapan si penagih dadah pada masyarakat itu sendiri?
Aku masih berpijak dibumi yang nyata ! Sehingga hari ini keadaan ini memang wujud! Salah siapa? Sensitif ni !!!!! Aku tak nak salahkan sesiapa, kerana perkara ini telah lama dibentuk (hampir 40 tahun ) dan telah menjadi lumrah kehidupan kita di negara ini. Tapi sampai bila kemelut ini akan berubah?
Sejak kebelakangan ini dibawah pentadbiran Ketua Pengarah AADK, YBhg. Dato’ Hjh. Zuraidah Binti Haji Mohamed telah menekankan beberapa aspek tranformasi seperti dalam kandungan ucapan beliau pada perhimpunan bulanan AADK bagi bulan Mac (2011) yang lalu merupakan perhimpunan yang bersejarah kerana buat julung-julung kalinya perhimpunan tersebut diadakan di bangunan baru ibu pejabat AADK dan dihadiri oleh seluruh warga ibu pejabat AADK. Antara isi ucaptama beliau pada pagi itu, menyeru agar berusaha untuk memahami, mendalami dan menghayati matlamat, hasrat dan semangat yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri melalui gagasan 1Malaysia, GTP, ETP dan PTP.
“Kejayaan Gagasan 1Malaysia dan ke semua pelan transformasi ini sangat bergantung kepada kefahaman warga AADK tentang dasar dan strategi pelaksanaannya serta bagaimana ia diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan pada peringkat masing-masing,” tegas beliau lagi.
Menyambung ucapan beliau, YBhg. Dato’ Hjh. Zuraidah turut menggariskan beberapa perkara yang wajib diambil perhatian oleh warga AADK dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Perkara yang dimaksudkan ialah:
a) Bersegera serta mempunyai sikap sense of urgency dalam melaksanakan setiap program dan projek di dalam pelan transformasi AADK;
b) Mempermudahkan segala urusan harian semasa menjalankan tugas;
c) Berintegriti, bersikap amanah dan menolak rasuah dalam melaksanakan tugas harian;
d) Melaksanakan dengan betul setiap tugasan yang diberikan pada kali pertama;
e) Bekerja sebagai satu pasukan dan;
f) Bertanggungjawab penuh terhadap prestasi diri dan pasukan.

Ini sebenarnya salah satu perubahan dasar AADK sendiri dalam menghayati arti sebenar pemulihan dan rawatan bagi penagih dinegara kita! Atas dasar ini juga AADK telah melakukan satu transformasi kaedah pemulihan yang 100% berbeza dari sebelum ini.
Tetapi amat malang sekali sekiranya ia hanya '├žantik atas kertas' saja. Apabila AADK telah mula mengorak langkah kedepan, aku kira ia melangkah keseorangan saja! Mana perginya masyarakat? Masih dibelakang goyang kaki! Sepatutnya AADK kena buat banyak penerangan pada masyarakat agar mereka juga boleh memahami dan turut serta dalam mengatasi masalah global ini. Terutama NGO-NGO sepatutnya tampil kedepan menyahut seruan "SIFAR DADAH 2015" dan bergerak secara proaktif dalam isu ini! Aku cuma beri pandangan aje......
Satu perkara yang aku kira sepatutnya diberi perhatian serius oleh Kementerian ialah berkenaan status AADK sendiri. AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) - dulu dibawah Kementerian Kebajikan Masyarakat, tak salah aku masa tu dipanggil 'pegawai welfare' (1984). aku kena pergi lapur diri 2 minggu sekali lepas aku 'surrender' pada welfare dan dimasukkan ke wad 20(detox), HBUK selama 2 minggu dan kemudian dibawah pengawasan mereka selama 2 tahun. Kemudian dipindah ke Kementerian Dalam Negeri dengan nama ADK (Agensi Dadah Kebangsaan) dan sekarang ini dinamakan AADK!
Sejak negara mengistiharkan 'Dadah Musuh Negara No.1', berbagai -bagai kaedah telah dipratikkan sehingga melibatkan pindaan akta serta undang-undang negara.
Pandangan aku yang hanya pernah terlibat dalam alam penagihan ini, berpendapat tibalah masanya AADK itu dijadikan sebuah Jabatan! Bukan lagi hanya Agensi semata-mata! Skop JABATAN akan menjadikan ia lebih tersusun sama setaraf Jabatan-jabatan yang sedia ada, seperti JABATAN KASTAM dsb. Ini akan menjadikan AADK lebih berautoriti dalam mengendalikan masalah dadah ini di negara kita. Pikir-pikir la....,












Wednesday, June 15, 2011

Program Info Bistari di Felda Ijok

8.6.11,Rabu.
Bertempat di Dewan Orang Ramai Felda Ijok, satu program telah dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Larut Matang & Selama bersama Komuniti 1 Malaysia Mukim Ijok. Program dimulakan pada 8.00 pagi.
Program Info Bistari ini diadakan dengan kerjasama Dato' Seri Raja Hj Ahmad Zainuddin b. Raja Hj Omar (ADUN Kubu Gajah), Pejabat Kesihatan Daerah, AADK LMS, Pengurusan Sisa Pepejal, JKKK Felda Ijok, Ketua-ketua Kampung Mukim Ijok dan beberapa individu serta NGO.
Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi info dan penerangan kepada masyarakat tentang peranan agensi yang terbabit serta memberi pendedahan serta tanggungjawab bersama dalam isu-isu berkaitan.
Program dimulakan dengan ceramah 1 Malaysia yang disampaikan oleh Sdr Mohd Zuraimi b Razali, Penolong Pegawai Penerangan Daerah LMS. Kemudian oleh Sdr Shamzuri Osman, Pengerusi Persatuan Shifaul Qalbi Taiping Perak mewakil Pemadam berceramah perihal bahaya dadah. Beliau banyak menyentuh tentang sikap dan peranan keluarga serta masyarakat dalam membantu golongan penagih dadah. Bercerita tentang pengalaman beliau dari seorang penagih yang tegar kepada seorang usahawan dan pengasas kepada sebuah persatuan yang berfungsi membantu penagih-penagih dadah. Ceramah pengurusan sisa pepejal & pembersihan kawasan awam disampaikan oleh Sdr Norazan b Othman & Sdr Khairul b Mustafa.
Penutupan rasmi program ini dijayakan oleh YB Dato' Seri Raja Hj Ahmad Zainuddin b. Raja Hj Omar (ADUN Kubu Gajah).

Saturday, June 11, 2011

program 12 teras pemulihan bermula.




Rumah Shiqal, Jumaat;
Buat pertama kalinya Rumah Shiqal telah mengadakan satu program yang dikenali sebagai 12 teras pemulihan AADK. Program ini dijalankan pada hari Jumaat lepas 10.6.11 jam 9.30 mlm. Walaupun tanpa kehadiran pegawai dari AADK, namun atas sikap keperihatinan residen dalam proses kepulihan mereka, residen-residen Rumah Shiqal tetap jalankan juga seperti yang dijanjikan pada AADK Negeri.
Selepas mengikuti taklimat di Kuala Kangsar tempohari, serta diberi 'lesen' untuk menjalankan program tersebut, maka atas inisiatif RUMAH SHIQAL sendiri telah cuba mempraktikan program tersebut. Atas dayausaha ini, residen merasakan ia adalah satu program yang semestinya diteruskan demi mencapai hasrat kepulihan individu itu sendiri dengan sokongan rakan-rakan pembimbing.
Walaupun terdapat persamaan dengan program NA (Narcotic Anonymous), namun kelebihan program 12 teras ini lebih teratur dengan adanya pegawai-pegawai AADK yang terlibat dan menyokong usaha ini.
Harapan kami di RUMAH SHIQAL , biarlah program ini dapat berkembang dan seterusnya melibatkan kesemua OKP-OKP yang ingin menjaga kepulihan mereka termasuk juga penagih-penagih yang mengikuti program MMT (methadone) ! Bersamalah kita merealisasikan 'sifar dadah 2015' !

Tuesday, June 7, 2011

PERSATUAN SHIFAUL QALBI TAIPING PERAK: 12 langkah teras AADK

12 teras antara langkah transformasi AADK membantu penagih-penagih dalam kepulihan dan rawatan.

Monday, June 6, 2011

12 langkah teras AADK






Kuala Kangsar, Sabtu.
Seramai 4 orang residen dari RUMAH SHIQAL telah diberi peluang untuk mengikuti satu sessi taklimat berkenaan 12 teras. Ini merupakan satu lagi program yang di anjurkan oleh AADK bagi tujuan pemulihan yang mana lebih ditumpukan pada rawatan dan pemulihan.
Transformasi yang dilakukan oleh AADK mulai tahun ini (2011) lebih kepada aspek rawatan & pemulihan. Salah satu projek yang diadakan ialah 12 teras. Program ini adalah satu program yang di adaptasi dari 12 langkah-12 tradisi yang di popularkan oleh Narcotic Anonymous (NA).
Taklimat di sampaikan oleh sdr. Faizal Abdullah dari Yayasan Salam bersama rakan rakan beliau. Taklimat ini telah diadakan di pejabat AADK daerah Kuala Kangsar pada jam 9.00 pg. Peserta-pesertanya terdiri dari OKP-OKP (orang kena pengawasan) yang datang dari daerah Larut Matang Selama, Kerian dan Kuala Kangsar.
Apa yang difahamkan AADK akan mewujudkan 12 teras ini disetiap daerah seluruh Malaysia. Bagi residen Rumah Shiqal, program ini amat baik dan harus dipraktikkan oleh semua penagih samada yang masih menagih mahupun yang telah pulih.

Saturday, June 4, 2011

Perubahan sikap...,BEBASKAN DIRI ANDA !

Gambar ketika bercuti di P. Pinang 2010
Gambar keluarga pada hari raya 2010
Gambar ketika aku masih menagih


Pengalaman sebagai seorang penagih dadah bukanlah satu pengalaman yang boleh aku banggakan, namun atas sikap ingin berkongsi pengalaman maka aku kongsikan pengalaman ini buat mereka yang ingin belajar dari apa yang aku lalui ini. Apa yang ingin aku kongsikan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggkan oleh setiap penagih itu ketika ia menagih ! Tetapi ia merupakan suatu pengalaman yang harus dipelajari hanya untuk mengekalkan kepulihan serta keluar dari 'kepompong' alam penagihan itu sendiri.
Mental
Mula-mula aku paksakan diriku untuk 'mindset'kan fikiran & emosi untuk mendekatkan diri dengan Nya. Boleh dikatakan kerja aku pergi surau balik surau setiap 5 waktu solat. Doa, senjata orang-orang mukmin, aku gunakan dengan sepenuhnya. Aku mohon pada isteriku beri aku tempoh hingga setahun untuk aku tumpukan pada memulihkan 'mental & emosi' ku agar benar-benar mantap dan bersedia untuk fasa pemulihan seterusnya !
Fizikal
Bila aku mula memperkukuhkan imanku dengan hati yang berpandukan pada agama, sedikit demi sedikit aku mula tumpukan pada kepulihan fizikalku pula. Aku mula melakukan senaman-senaman ringan, berjogging di taman tasik setiap minggu, mula mengamalkan makanan-makanan yang berzat (sehingga kini ) serta menjaga penampilan diri (imej). Aku begitu optimis bahwa perubahan sikap perlu ada untuk mengekalkan kepulihan diriku. Aku mula menyenaraikan sikap-sikap buruk untuk aku melakukan perubahan sikap dan mempunyai jatidiri !
Masyarakat
Satu lagi perubahan yang perlu aku lakukan, aku mula mengatur langkah untuk aku kenali kawan-kawan yang baru. Maksudku bukan dikalangan penagih-penagih ! Aku mula 'delete' nama-nama 'tokan', kawan sepenagih dari handsetku. Cuba tonjolkan diriku dalam bentuk baru dengan bergaul dalam masyarakat secara sihat.

Inilah antara pengalaman-pengalaman aku yang ingin aku kongsi bersama untuk dijadikan panduan pada mereka-mereka yang ingin berubah dari seorang penagih kepada insan yang lebih bermakna dalam kita mengharungi kehidupan yang tidak kekal ini.
Ingatlah sekiranya kita ingin keluar dari kepompong penagihan, maka PERUBAHAN SIKAP perlu ada pada diri kita dengan mengamalkan 4 perkara ini:- J.A.T.I.
  1. JUJUR
  2. AMANAH
  3. TANGGUNGJAWAB
  4. IKHLAS.
Aku cuma ingin melihat lebih ramai lagi insan-insan seperti aku dapat bebas dari cengkaman maut PENAGIHAN DADAH! Tidak ada yang mustahil sekiranya kita punya iltizam yang cukup tinggi dan harus berusaha untuk mencapainya. KITA BOLEH MELAKUKANNYA !



Wednesday, June 1, 2011

FA (Family Association).




Rabu, RUMAH SHIQAL,
Pada hari Rabu yang lepas (1.6.2011) selepas solat Isyak, Persatuan telah mengorak langkah dengan menganjurkan satu program mingguan yang dipanggil FA (Family Association).
Program dimana residen -residen Rumah Shiqal akan bersama keluarga, AJK serta masyarakat akan berkongsi pengalaman dan beramah mesra antara satu sama lain.
Tujuan utama aktiviti ini diadakan ialah bertujuan untuk mengeratkan lagi 'ukhwah' dan mencari satu kaedah bersama dalam proses pemulihan residen itu sendiri. Selain dari menanam semangat dan keyakinan diri pada setiap peserta.
Aktiviti ini akan dijadikan aktiviti mingguan dan harapan kita agar ia memberi manafaat bersama pada residen mahupun pada ahli keluarga mereka.
Pada malam itu seramai 16 peserta telah hadir bersama terdiri dari 10 orang residen, seorang ibu, seorang ayah dan 4 orang AJK.
Harapan kita lebih ramai lagi ahli keluarga dan masyarakat yang akan hadir pada masa-masa akan datang.