Search This Blog

Translate

Followers

Saturday, July 2, 2011

Berapakah kos perbelanjaan PUSPEN?

Saban hari masyarakat menghadapi masalah sara diri yang semakin meningkat. Ibubapa terpaksa bekerja lebih masa kerana permintaan kos yang semakin bertambah. Sehingga ada kalanya terpaksa mengabaikan 'sedikit' tanggungjawab dalam melindungi anak anak kita. Pada hari ini jarang kita lihat ibu menjadi suri rumah sepenuh masa.
Apakah ini juga menyumbang kearah bertambahnya jumlah penagih dari tahun ke tahun? Salah menyalahi sudah menjadi semacam satu trend di kala ini. Institusi keluarga akan salahkan institusi pendidikan dan sebaliknya. Begitu juga ada yang menyalahi institusi pemerintahan negara dan bermacam lagi. Hakikatnya kalau kita masih mencari siapa salah dan siapa betul, ia umpama 'menegak benang yang basah' saja! Apa tidaknya, bagi aku kesemua anggota masyarakat harus berperanan dalam menyelesaikan masalah ini. Biar pun peranannya kecil, namun ianya begitu penting dalam kita ingin membentuk sebuah negara yang maju serta berdaya saing dalam mengejar erti kemajuan insaniah itu sendiri.
Apabila kita masih punya pemikiran yang berbentuk 'pasif' sebegini, natijahnya kerajaan itu sendiri akan mengalami kerugian yang amat ketara sekali. Baik dari sudut ekonomi mahu pun dari sudut modal insan itu sendiri.
Sebagai contoh klik >berapa-ramaikah-penagih-dadah-yang. Masalah penagih di negara kita bukanlah sesuatu yang baru. Masalah ini telah lama wujud hampir 40 tahun lamanya.
Menurut Datuk Wira Abu Samah selaku Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri, kos perbelanjaan untuk mengurus tadbir bagi seorang penagih di pusat pusat pemulihan dadah adalah sebanyak RM 593.10 sebulan. Tempuh rawatan pemulihan bagi seseorang penagih dadah itu adalah diantara 1 tahun hingga 2 tahun lamanya. Ini bermakna kita membelanjakan untuk seorang penagih dadah sahaja adalah sebanyak rm 593.10 x 12 bulan (sekadar mengambil kira untuk 1 tahun saja.) = RM 7,117.20 dalam tempoh 1 tahun.
Di negara kita terdapat 28 buah pusat yang rata ratanya menempatkan sekitar 200 penagih bagi sebuah pusat.
Ini bermakna 200 penagih x 28 buah pusat = 5,600 penagih untuk jangka masa 1 tahun. Sekiranya di jumlahkan  RM 7,117.20 peruntukan untuk menjalani rawatan bagi seorang penagih dalam jangka waktu 1 tahun, ini bermakna KERAJAAN ( kita )  membelanjakan bagi 1 tahun untuk 5,600 penagih setahun adalah :
7,117.20 x 5,600 = RM 39,856,320.00 setahun!
Apa komen?

Friday, July 1, 2011

Arti sebenar kepulihan

Apa yang diperlukan seseorang penagih dadah itu untuk pulih?
Hari ini aku bertemu seorang sahabat di pejabat ku. Perbualan kami berkisar tentang isu pemulihan dan cara cara rawatan. Seperti kebanyakkan orang awam, beliau melihat pemulihan hanya dari satu skop saja, iaitu AGAMA! Beliau berpendapat penagih perlu diberi penekanan yang khusus dalam mem'tarbiah' soal-soal agama  tanpa perlu ada kompromi. Dengan panjang lebar beliau menerangkan soal akidah, hukum hakam dalam agama serta dosa pahalanya sehingga perlu menasihati penagih penagih itu dengan didikan agama!
Dalam beliau dengan penuh semangat bercerita itu aku tertanya tanya didalam hati kecil ku, apakah beliau tahu bahawa selama ini penekanan agama telah dipraktikkan di kebanyakkan pusat pemulihan samaada kerajaan mahu pun swasta? Apakah perkara yang dibangkitkan oleh beliau itu sesuatu yang baru dalam konteks pemulihan sedia ada? Jawapannya tidak! Selama ini pun dalam kebanyakkan pusat-pusat rawatan yang sedia ada sehingga ke hari ini pun, itulah yang di tekankan. Seolah-olah seseorang penagih itu menjadi penagih kerana tiada ilmu agama dan tidak mengamalkannya.
Setelah bertahun-tahun masalah DADAH ini membelenggu masyarakat dan negara kita, amat malang sekali apabila masalah ini dipandang remeh dengan membuat satu resolusi 'sendirian berhad' bahawa sesungguhnya didikan agama sahaja yang boleh memulihkan ketagihan DADAH!
Siapa penagih dadah?
Menurut para pakar perubatan, penagih itu terdiri dari mereka-mereka yang mempunyai sifat-sifat negatif antaranya, asiosial,antisosial & extrovert yang melampau. Faktor penyebab seseorang itu menjadi penagih disebabkan ; peer group serta keinginan  menjadi hero dalam kumpulan sekawan samaada antara kawan-kawan kampung mahu pun teman teman sekolah.
Dalam kajian yang dibuat, 90% penagih dadah adalah terdiri dari mereka mereka yang mempunyai sifat-sifat yang disebutkan tadi. Sifat sifat itu terbentuk disebabkan beberapa faktor pula. Antaranya persekitaran, pembesaran(upbringing) dan pergaulan. Inilah antara 3 faktor penyumbang utama kepada lahirnya seorang penagih DADAH di negara kita!
Satu soalan yang perlu diambilkira oleh mereka mereka yang menyangka bahawa HANYA dengan pendekatan AGAMA sahaja sudah memandai untuk memulihkan panagih itu, aku ingin bertanya, mengapa kedua bapa saudara Nabi saw kita mati dalam keadaan kuffur sedangkan Rusulullah saw setiap hari berdakwah kepada mereka lebih 70 kali sehari ?
Jawapannya mudah, kedua bapa saudara Beliau tidak dapat & tidak mahu berubah atas alasan-alasan yang sebenarnya tidak munasabah. Walaupun mereka sebenarnya tahu sifat al-amin (tidak pernah berbohong) yang ada pada Rusulullah saw dari sejak kecil lagi! Inilah satu contoh yang cukup jelas bahawa sesungguhnya sifat-sifat seseorang itu dengan faktor-faktor persekitaran lah yang menjadi masalah utama mengapa seseorang itu gagal untuk menjadi insan sempurna atas kehendak agama.
Aku tidak menolak peranan AGAMA dalam membentuk sahsiah seseorang untuk menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa & negara. Tetapi sekiranya seseorang penagih itu masih mempunyai tabiat tabiat serta sikap sikap negatif seperti yang disebutkan tadi terlalu tebal, maka akan jadilah seperti peristiwa Nabi kita dengan bapa saudaranya. 
Begitu juga rawatan rawatan yang berkonsepkan tradisional. Ada yang mendakwa boleh merawat penagih hanya dengan ayat ayat suci dan disertai doa pembenci dan sebagainya & ada pula yang mendakwa boleh memerangkap 'makhluk halus' yang berada dalam tubuh penagih itu serta bermacam macam lagi! Ini sebenarnya adalah satu pembohongan! Kita contohi rukun dalam solat;
Rukun solat ada 13. Bermakna sempurnalah solat seseorang itu apabila kesemua 13 rukun itu diikuti secara tertib. Terdapat 3 perkara asas dalam rukun solat kita. Antaranya; Qalbi(niat), Qauli(lafaz) dan Feqli(perbuatan). Bermakna, sesuatu usaha perlu ada niat kemudian kita lafazkan dan akhirnya perlu kita lakukan dengan perbuatan! Bukan semata mata dengan berdoa saja! Dan usaha kita itu perlulah selaras dengan apa yang kita niatkan dan lafazkan.
Apa itu DUIT?
D= Doa
U= Usaha
I= Istiqamah (berterusan)
T= Tawakal
DUIT adalah kunci utama seseorang penagih itu untuk berjaya dalam mengekalkan kepulihan dirinya!
"TIDAK ADA KEJAYAAN PADA SESEORANG ITU TANPA ADA USAHA YANG DISERTAKAN DENGAN UCAPAN IKHLAS DARI NIAT YANG JUJUR.....", pikir pikir la.