Search This Blog

Translate

Followers

Saturday, June 11, 2011

program 12 teras pemulihan bermula.




Rumah Shiqal, Jumaat;
Buat pertama kalinya Rumah Shiqal telah mengadakan satu program yang dikenali sebagai 12 teras pemulihan AADK. Program ini dijalankan pada hari Jumaat lepas 10.6.11 jam 9.30 mlm. Walaupun tanpa kehadiran pegawai dari AADK, namun atas sikap keperihatinan residen dalam proses kepulihan mereka, residen-residen Rumah Shiqal tetap jalankan juga seperti yang dijanjikan pada AADK Negeri.
Selepas mengikuti taklimat di Kuala Kangsar tempohari, serta diberi 'lesen' untuk menjalankan program tersebut, maka atas inisiatif RUMAH SHIQAL sendiri telah cuba mempraktikan program tersebut. Atas dayausaha ini, residen merasakan ia adalah satu program yang semestinya diteruskan demi mencapai hasrat kepulihan individu itu sendiri dengan sokongan rakan-rakan pembimbing.
Walaupun terdapat persamaan dengan program NA (Narcotic Anonymous), namun kelebihan program 12 teras ini lebih teratur dengan adanya pegawai-pegawai AADK yang terlibat dan menyokong usaha ini.
Harapan kami di RUMAH SHIQAL , biarlah program ini dapat berkembang dan seterusnya melibatkan kesemua OKP-OKP yang ingin menjaga kepulihan mereka termasuk juga penagih-penagih yang mengikuti program MMT (methadone) ! Bersamalah kita merealisasikan 'sifar dadah 2015' !

1 comment:

fadzil said...

Tahniah en shamsuri...teras ni kalo dihayati dan dirasai mmg blh memantapkan pemulihan....senang2 nanti on day way dr penang sya singgah ke rumah shiqal...