Search This Blog

Translate

Followers

Wednesday, June 15, 2011

Program Info Bistari di Felda Ijok

8.6.11,Rabu.
Bertempat di Dewan Orang Ramai Felda Ijok, satu program telah dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Larut Matang & Selama bersama Komuniti 1 Malaysia Mukim Ijok. Program dimulakan pada 8.00 pagi.
Program Info Bistari ini diadakan dengan kerjasama Dato' Seri Raja Hj Ahmad Zainuddin b. Raja Hj Omar (ADUN Kubu Gajah), Pejabat Kesihatan Daerah, AADK LMS, Pengurusan Sisa Pepejal, JKKK Felda Ijok, Ketua-ketua Kampung Mukim Ijok dan beberapa individu serta NGO.
Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi info dan penerangan kepada masyarakat tentang peranan agensi yang terbabit serta memberi pendedahan serta tanggungjawab bersama dalam isu-isu berkaitan.
Program dimulakan dengan ceramah 1 Malaysia yang disampaikan oleh Sdr Mohd Zuraimi b Razali, Penolong Pegawai Penerangan Daerah LMS. Kemudian oleh Sdr Shamzuri Osman, Pengerusi Persatuan Shifaul Qalbi Taiping Perak mewakil Pemadam berceramah perihal bahaya dadah. Beliau banyak menyentuh tentang sikap dan peranan keluarga serta masyarakat dalam membantu golongan penagih dadah. Bercerita tentang pengalaman beliau dari seorang penagih yang tegar kepada seorang usahawan dan pengasas kepada sebuah persatuan yang berfungsi membantu penagih-penagih dadah. Ceramah pengurusan sisa pepejal & pembersihan kawasan awam disampaikan oleh Sdr Norazan b Othman & Sdr Khairul b Mustafa.
Penutupan rasmi program ini dijayakan oleh YB Dato' Seri Raja Hj Ahmad Zainuddin b. Raja Hj Omar (ADUN Kubu Gajah).

No comments: