Search This Blog

Translate

Followers

Tuesday, March 20, 2012

PENGGUNA DADAH SEMAKIN BERTAMBAH?

Tuesday, March 20, 2012




Saban hari samada di dada dada akhbar mahupun di media media elektronik, kita seringkali dapat mendengar pelbagai isu yang berkaitan dengan DADAH. Ada sahaja berita berita yang kurang enak kita dengar terpampang  yang melibatkan dengan pengguna pengguna dadah ini. Kebanyakannya terbabit dengan jenayah.
Biar pun ia bagaikan sudah menjadi semacam santapan harian dalam ulasan isu semasa, namun yang jelas perlukah kita sebagai komuniti hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan diri tanpa dapat melakukan apa apa?
Perlukah kita hanya menunding jari dan membiarkan saja perkara itu berlaku dan hanya mengharapkan pihak pihak berwajib bertanggungjawab dalam hal hal seperti ini?

Ada juga sesetengah dari komuniti kita sendiri menganggap isu isu ini sebagai hal yang remeh temeh saja. Ada juga yang terlalu sibuk berpolitik seolah olah perkara perkara yang membabitkan soal komuniti ini sebagai tidak releven lagi!
Cuba kita fikir sejenak, kita mempunyai penduduk sekitar 28 juta orang. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini pengguna penguna dadah semakin meningkat perpandukan dari statistik statistik yang dikeluarkan oleh pihak pihak yang prihatin dengan masalah sosial ini. Dan yang terkini.KLIK DISINI.

Walaupun berbagai bagai tindakan telah diambil, namun perkara ini tidak mungkin dapat dihapuskan sekiranya komuniti itu sendiri masih lagi berpeluk tubuh! Bayangkanlah apa akan terjadi pada negara kita sekiranya jumlah pengguna dadah ini telah mencapai angka JUTAAN ?
Selamatkah kita dan keluarga kita sekiranya perkara ini benar benar terjadi ? Pembunuhan, jenayah, penipuan, kecurian dan penculikan berlaku saban hari disekitar keJIRANAN kita?
Pikir pikir kan laaa

No comments: