Search This Blog

Translate

Followers

Saturday, September 17, 2011

Melayu Islam dalam Isu Penggunaan Dadah

salam buat semua,
Sudah agak lama aku tak post apa-apa catitan dalam blog ni, agaknya sibuk kot... sebelum itu aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI untuk semua pengunjung laman blog ni terutama yang beragama Islam.
Hari ini rata-rata isu yang sedang diperkatakan oleh masyarakat kita adalah berkenaan isu MURTAD. Bukan niat aku nak campurtangan atau menyibuk dalam isu ini tapi sekadar ingin berkongsi pendapat serta pandangan dari skop yang berbeza. Sebagai sebuah Persatuan (NGO) pandangan aku ini mungkin akan menyinggung perasaan sesetengah pihak, tapi percayalah apa jua coretan aku ini adalah berkisar atas pengalaman sendiri.
KES I
Kami pernah mengadakan satu program ceramah dan telah menjemput seorang ustaz dari pantai timur yang kebetulan berada di Taiping. Atas topik KEMBALI KE PANGKAL JALAN beliau bersama seorang lagi imam dari salah sebuah masjid di Taiping telah memberi ceramah seperti topik yang diberikan oleh pihak kami. Oleh sebab kami sebuah NGO, tidak menjadi satu keberatan untuk kami bekerjasama dengan mana-mana persatuan, parti politik atau pun badan-badan kebajikan lain asalkan mereka itu berdaftar dengan Suruhanjaya Pertubuhan Malaysia. Atas alasan ini juga, pada program tersebut kami mendapat kerjasama dari sayap pemuda sebuah parti politik. Agak malang buat kami dengan tak semena-mena kami dianggap pembangkang yang terlibat dalam politik! Aku sendiri telah di'serang'oleh beberapa orang berbangsa Melayu yang beragama Islam atas sebab kejadian ini. Sedangkan tujuan aku adakan program tersebut adalah semata-mata untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya kesedaran tentang peranan mereka dalam membantu bekas-bekas penagih ini dalam proses pemulihan itu sendiri.
KES II
Aku pernah bertemu dengan wakil BaitulMal di pejabat Majlis Agama Islam dan bertemu dengan Ustaz ******* dan memperkenalkan diri aku pada beliau.Aku bersama teman dengan panjang lebar menceritakan  fungsi persatuan hinggalah kepada betapa sukarnya kami untuk menggerakkan persatuan ini kerana pandangan masyarakat serta stigma yang sukar untuk dikikiskan dari persepsi masyarakat terhadap 'pengguna   dadah'. Amat malang sekali apabila beliau dengan sikap 'acuh tak acuh' melayan kami seperti #@%*X@ aje!
Dengan muka yang bersahaja beliau meminta diri sebab ada urusan lain !!!! Apa ni??! Kami ini bukan urusan beliau ke? Kami juga terdiri dari 8 asnaf yang mana kami yang ingin kembali ke pangkal jalan, berjuang menahan nafsu, berjuang untuk menjadi seorang muslim sejati, berjuang untuk mempertahankan akidah kebanyakan kami yang jauh terpesong dan berbagai-bagai lagi. Tidak ada niatkah disudut hati beliau untuk membantu kami yang ingin kembali ke pangkal jalan? Cer cite......
KES III
Awal tahun ini kami mendapat bantuan dari sebuah kelab yang dianggap oleh kebanyakkan orang muslim kita sebagai proksi pada pertubuhan 'freemason'! Dan atas bantuan dan keperihatinan kelab tersebut maka kami mendapat sumbangan dari sebuah yayasan dan kini kami mempunyai sebuah kedai 'laundry'di Taman Lake View. Tetapi tomahan yang kami dapat dari kalangan orang-orang Melayu yang beragama islam! Kenapa bersekongkol la...., haram la.., tak baik la..... dan sebagainya. Isunya disini  bila kami mohon pada pertubuhan kebajikan yang berteraskan MELAYU...., apa kata mereka....? Depa ni boleh pulih ka...? dan yang paling sedih sekali bila ada dikalangan individu ini mengeluarkan kata-kata seperti "bagi kat rimau aje mereka niiii"..., dan banyak lagi kata kata berunsur keji dan hina.
KES IV
Ini juga kisah yang melibatkan kes-kes politik. Aku dah jumpa berbagai Dato', YB serta pemimpin setempat yang sudah tentu cenderung kearah Parti Pemerintah. Sepatutnya pada mereka mereka ini lah untuk kita mengadu segala perit jerih kita serta masalah yang kita hadapi. Lagi sekali malang buat kita bila mana ada juga dikalangan mereka ini lebih cenderung ke arah kepentingan politik mereka pulak! ( bukan semua.., Dato' Zahir, best !!!) Tolong la..., kami bekas bekas pengguna DADAH ni selama kami terlibat dengan dadah mana ada masa nak berpolitik! Cap tengkorak kami tau laaaa! Jadi nak bantu..., bantu la. Jangan mempolitikkan soal yang membabitkan anak bangsa kita sendiri. Sedarilah wahai anak bangsa ku...., 87% penagih adalah dikalangan anak bangsa MELAYU!!!!
KES V
Haaaaa ini lagi satu kisah sedih juga. Aku merasa cukup sedih bercampur marah serta kecewa. Apa tidaknya, untuk pengetahuan semua, dinegara kita yang kita cintai ini terdapat hampir 50 buah pertubuhan yang berkonsepkan membantu bekas bekas pengguna dadah ini di seluruh negara. Tapi yang malangnya 90% digerakkan oleh badan-badan yang bercirikan agama KRISTIAN. Mereka ini pula punya sumber kewangan yang cukup kukuh kerana dibantu oleh gerakkan mereka yang begitu bersistematik! Yang sedihnya terdapat juga dikalangan penghuninya terdiri dari bangsa Melayu sendiri! Apa sudah jadi ? Dimana NGO-NGO melayu, pertubuhan pertubuhan Islam yang tampil membantu umat Islam itu sendiri? Cakap tak serupa bikin ! Apakah pengguna dadah yang sebangsa dengan kita, seagama dengan kita ini tak 'wajib' bagi kita membantu mereka???? Pikir pikir la.
 
 

No comments: