Search This Blog

Translate

Followers

Saturday, July 2, 2011

Berapakah kos perbelanjaan PUSPEN?

Saban hari masyarakat menghadapi masalah sara diri yang semakin meningkat. Ibubapa terpaksa bekerja lebih masa kerana permintaan kos yang semakin bertambah. Sehingga ada kalanya terpaksa mengabaikan 'sedikit' tanggungjawab dalam melindungi anak anak kita. Pada hari ini jarang kita lihat ibu menjadi suri rumah sepenuh masa.
Apakah ini juga menyumbang kearah bertambahnya jumlah penagih dari tahun ke tahun? Salah menyalahi sudah menjadi semacam satu trend di kala ini. Institusi keluarga akan salahkan institusi pendidikan dan sebaliknya. Begitu juga ada yang menyalahi institusi pemerintahan negara dan bermacam lagi. Hakikatnya kalau kita masih mencari siapa salah dan siapa betul, ia umpama 'menegak benang yang basah' saja! Apa tidaknya, bagi aku kesemua anggota masyarakat harus berperanan dalam menyelesaikan masalah ini. Biar pun peranannya kecil, namun ianya begitu penting dalam kita ingin membentuk sebuah negara yang maju serta berdaya saing dalam mengejar erti kemajuan insaniah itu sendiri.
Apabila kita masih punya pemikiran yang berbentuk 'pasif' sebegini, natijahnya kerajaan itu sendiri akan mengalami kerugian yang amat ketara sekali. Baik dari sudut ekonomi mahu pun dari sudut modal insan itu sendiri.
Sebagai contoh klik >berapa-ramaikah-penagih-dadah-yang. Masalah penagih di negara kita bukanlah sesuatu yang baru. Masalah ini telah lama wujud hampir 40 tahun lamanya.
Menurut Datuk Wira Abu Samah selaku Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri, kos perbelanjaan untuk mengurus tadbir bagi seorang penagih di pusat pusat pemulihan dadah adalah sebanyak RM 593.10 sebulan. Tempuh rawatan pemulihan bagi seseorang penagih dadah itu adalah diantara 1 tahun hingga 2 tahun lamanya. Ini bermakna kita membelanjakan untuk seorang penagih dadah sahaja adalah sebanyak rm 593.10 x 12 bulan (sekadar mengambil kira untuk 1 tahun saja.) = RM 7,117.20 dalam tempoh 1 tahun.
Di negara kita terdapat 28 buah pusat yang rata ratanya menempatkan sekitar 200 penagih bagi sebuah pusat.
Ini bermakna 200 penagih x 28 buah pusat = 5,600 penagih untuk jangka masa 1 tahun. Sekiranya di jumlahkan  RM 7,117.20 peruntukan untuk menjalani rawatan bagi seorang penagih dalam jangka waktu 1 tahun, ini bermakna KERAJAAN ( kita )  membelanjakan bagi 1 tahun untuk 5,600 penagih setahun adalah :
7,117.20 x 5,600 = RM 39,856,320.00 setahun!
Apa komen?

No comments: