Search This Blog

Translate

Followers

Saturday, June 4, 2011

Perubahan sikap...,BEBASKAN DIRI ANDA !

Gambar ketika bercuti di P. Pinang 2010
Gambar keluarga pada hari raya 2010
Gambar ketika aku masih menagih


Pengalaman sebagai seorang penagih dadah bukanlah satu pengalaman yang boleh aku banggakan, namun atas sikap ingin berkongsi pengalaman maka aku kongsikan pengalaman ini buat mereka yang ingin belajar dari apa yang aku lalui ini. Apa yang ingin aku kongsikan bukanlah sesuatu yang boleh dibanggkan oleh setiap penagih itu ketika ia menagih ! Tetapi ia merupakan suatu pengalaman yang harus dipelajari hanya untuk mengekalkan kepulihan serta keluar dari 'kepompong' alam penagihan itu sendiri.
Mental
Mula-mula aku paksakan diriku untuk 'mindset'kan fikiran & emosi untuk mendekatkan diri dengan Nya. Boleh dikatakan kerja aku pergi surau balik surau setiap 5 waktu solat. Doa, senjata orang-orang mukmin, aku gunakan dengan sepenuhnya. Aku mohon pada isteriku beri aku tempoh hingga setahun untuk aku tumpukan pada memulihkan 'mental & emosi' ku agar benar-benar mantap dan bersedia untuk fasa pemulihan seterusnya !
Fizikal
Bila aku mula memperkukuhkan imanku dengan hati yang berpandukan pada agama, sedikit demi sedikit aku mula tumpukan pada kepulihan fizikalku pula. Aku mula melakukan senaman-senaman ringan, berjogging di taman tasik setiap minggu, mula mengamalkan makanan-makanan yang berzat (sehingga kini ) serta menjaga penampilan diri (imej). Aku begitu optimis bahwa perubahan sikap perlu ada untuk mengekalkan kepulihan diriku. Aku mula menyenaraikan sikap-sikap buruk untuk aku melakukan perubahan sikap dan mempunyai jatidiri !
Masyarakat
Satu lagi perubahan yang perlu aku lakukan, aku mula mengatur langkah untuk aku kenali kawan-kawan yang baru. Maksudku bukan dikalangan penagih-penagih ! Aku mula 'delete' nama-nama 'tokan', kawan sepenagih dari handsetku. Cuba tonjolkan diriku dalam bentuk baru dengan bergaul dalam masyarakat secara sihat.

Inilah antara pengalaman-pengalaman aku yang ingin aku kongsi bersama untuk dijadikan panduan pada mereka-mereka yang ingin berubah dari seorang penagih kepada insan yang lebih bermakna dalam kita mengharungi kehidupan yang tidak kekal ini.
Ingatlah sekiranya kita ingin keluar dari kepompong penagihan, maka PERUBAHAN SIKAP perlu ada pada diri kita dengan mengamalkan 4 perkara ini:- J.A.T.I.
  1. JUJUR
  2. AMANAH
  3. TANGGUNGJAWAB
  4. IKHLAS.
Aku cuma ingin melihat lebih ramai lagi insan-insan seperti aku dapat bebas dari cengkaman maut PENAGIHAN DADAH! Tidak ada yang mustahil sekiranya kita punya iltizam yang cukup tinggi dan harus berusaha untuk mencapainya. KITA BOLEH MELAKUKANNYA !



No comments: