Search This Blog

Translate

Followers

Thursday, April 21, 2011

SEJARAH 'DADAH' DI MALAYSIA - 2

"Pasca kemerdekaan" tempoh bermula pada 60-an, ketika pemuda Melayu secara berperingkat mengambil alih dari pemuda china sebagai penagih dadah utama. Kemajuan yang pesat dan pembangunan telah membawa kepada perubahan sosial, ekonomi dan politik di dalam negara. Disebabkan negara masih segar dari kemerdekaan dan pengaruh Inggeris masih kuat dikalangan pemuda tempatan, maka mereka telah mula terpengaruh dengan revolusi budaya 60 an BARAT yang merangkumi gerakan "hippies" serta pesta "woodstock".
Ada juga lebih dipengaruhi oleh tentera Amerika yang sedang perperang di Vietnam
(nota: kebanyakan tentera US pengguna 'morphine') dan pelancong asing dengan gaya hippies yang membawa dadah (heroine) ke negara ini. Sekitar tempoh yang sama, pembentukan "Segitiga Emas" di Birma, Laos dan Thailand meningkatkan bekalan dadah ke daerah sekitarnya, termasuk Malaysia.

Masalah ini meningkat dengan pesatnya dalam tahun 70an dan awal 80an. Dari hanya 711 penagih dikenalpasti pada 1970, telah bertambah kepada 26,513 pada tahun 1982, dan hanya setahun kemudian, ia meningkat menjadi 92,310. Akhirnya pada 19 Februari 1983, Tun Dr Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu telah mengistiharkan bahawa Dadah sebagai musuh negara nombor 1 dan merupakan ancaman terhadap keselamatan negara. Akta Rawatan dan Pemulihan juga telah diluluskan pada tahun 1983, yang membolehkan penahanan wajib pengguna dadah selama dua tahun.

Berbagai-bagai cara serta kaedah telah digunakan sejak hampir 40 tahun untuk mengurangkan masalah gejala penagihan dadah ini. Namun, sejak akhir-akhir ini penyelenggaraan metadon di Malaysia telah dilaksanakan. Ia bermula di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada tahun 2003 sebagai projek perintis. Sejak Oktober 2005, Jabatan Kesihatan telah melaksanakan rawatan methadome sebagai rawatan standard untuk penagih heroin di kebanyakan hospital daerah. Harapan agar dengan kaedah ini, akan dapat mengurangkan kadar penagihan dadah dan secara tidak langsung akan mengurangkan juga kadar jenayah jalanan pada tahun-tahun mendatang. Dan akhirnya akan melihat penyelesaian yang berkekalan untuk masalah dadah di Malaysia.





Dari KEMenteriAN PEMBANGUNAN Wanita, Keluarga dan Masyarakat , statistik PENAGIH DADAH dari tahun 2000 hingga 2005

NEGARA

2000

2001

2002

2003

2004

2005

Johor

3,506

2,470

2,462

2,237

4,094

3,910

Kedah

1,716

1,747

3,965

4,593

3,444

2,606

Kelantan

2,740

2,699

2,825

3,625

3,516

2,514

Melaka

851

678

524

393

791

650

N. Sembilan

1.359

1.704

1.195

1.034

923

760

Pulau Pinang

5.731

6.201

6.214

6.685

5,976

6,403

Pahang

1.881

1.665

1.414

1.695

1.283

1.663

Perak

2.669

3.348

2.943

2.845

2.705

3.340

Perlis

128

192

405

511

447

318

Sabah

1.752

2.213

2.045

2.393

5.367

2.134

Sarawak

305

234

306

569

374

669

Selangor

3.461

3.908

3.698

3.509

3.090

2.562

Terengganu

951

1.791

1.059

724

706

356

WPKL

3.475

2.619

2.680

6.073

5.852

4.906


No comments: