Search This Blog

Translate

Followers

Thursday, April 28, 2011

Sejarah NA (Narcotic Anonymous)


James Patrick Kinnon (5 April 1911 – 9 Julai 1985) Lebih dikenali sebagai Jimmy Kinnon atau "Jimmy K. adalah pengasas Narcotics Anonymous (NA), sebuah persatuan antarabangsa untuk memulihkan penagih. Selama hidupnya, hanya dikenali sebagai "Jimmy K." kerana prinsip NA adalah tentang anonimiti peribadi pada peringkat masyarakat. Dia tidak pernah menyebut dirinya sebagai pengasas NA, walaupun jelas menunjukkan bahawa beliau memainkan peranan sebagai pengasas.
Mr Crookshank
Ketika Kinnon berumur tujuh tahun beliau berkawan dengan Crookshank seorang lelaki tempatan yang pemabuk. Beliau sering dipukul orang ketika mabuk. Suatu hari Kinnon menemuinya dalam keadaan pengsan disebabkan parah dipukul. Kinnon berlari untuk mendapatkan bantuan.Setelah berminggu-minggu tidak menemui Crookshank, ibunya membawa beliau melihat temannya itu setelah didesak olehnya. Mereka menziarahi Crookshank di sebuah intitusi komuniti tempatan. Dia berkerusi roda dan sentiasa meracau. Setelah pulang, Kinnon memberitahu ibunya bahawa apabila dewasa ia akan membantu orang-orang seperti Crookshank.
Awal kehidupan
Kinnon lahir di Paisley, Scotland pada 5 April 1911. Beliau berpindah ke Amerika Syarikat pada 1920-an bersama keluarganya. Atas alasan perubatan beliau dipisahkan dari orang tuanya di Ellis Island. Ketika itu beliau tinggal bersama keluarga angkat berbangsa Jerman. Mereka berpindah ke New York dan kemudian kePhiladelphia sebaik saja keluarga beliau berkumpul kembali. Sementara di Philadelphia Kinnon mula ke sekolah swasta dan mempunyai rancangan untuk menjadi paderi. Beliau mula menggunakan alkohol dan dadah apabila dalam kesulitan. Akhirnya beliau tidak pernah menjadi paderi seperti cita-citanya.

Mencari Kepulihan

Ketika diusia tiga puluhan, Kinnon berpindah keSun Valley, California. Beliau berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Walaupun beliau bekerja sebagai pelukis dan pemasang atap rumah, namun disebabkan penagihan beliau tidak dapat menumpu sepenuhnya pada pekerjaan beliau. Beliau sering ditangkap dan akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti menagih. Beliau menderita terjerit-jerit didalam biliknya disebabkan halusinasi ketika dalam ‘withdrawal’. Kinnon berhenti menggunakan dadah dan alkohol pada 2 Februari 1950. Ia mula menghadiri Alcoholics Anonymous, sebuah program dua belas langkah. Sementara di Alcoholics Anonymous ia bertemu dengan ahli-ahli lain yang telah berjuang dengan kecanduan terhadap ubat ubatan selain alkohol. Alcoholics Anonymous sering mengecewakan ahli ahlinya kerana sering berbicara selain dari kecanduan alkohol. Kemudian Kinnon mula menghadiri pertemuan kelompok kelompok yang lain tetapi tetap kecewa dengan mereka.

Formasi Dadah Anonymous
Kinnon dan ahli-ahli Narcotics Anonymous mula mengadakan pertemuan mereka sendiri Setelah beberapa pertemuan dengan Danny Carlson dari New York, yang juga cuba untuk membuat sebuah program untuk penagih dadah, Kinnon dan beberapa yang lain diberi kebenaran daripada Alcoholics Anonymous. untuk mengadaptasi langkah-langkah dua belas. Narcotics Anonymous ditubuhkan pada tahun 1953.
Sastera
Sebahagian besar buku-buku Narcotic Anonymous ditulis oleh James Kinnon.Dia adalah penyumbang utama bagi
Yellow Booklet, Little White booklet, and Little White Book yang digunakan sepanjang tahun 1960-an dan 1970-an. Pada tahun 1981 beratus-ratus ahli Narcotics Anonymous memperluaskan lagi tulisan - tulisan ini dan mencipta the Basic Text.
Kematian
James Kinnon meninggal dunia pada 9 Julai 1985 di California. Beliau pernah menyebut sebelum kematiannya , “aku ingin memiliki batu nisan yang tertulis,
“All we did was sow some seeds and work and wrought to make this work, so that we and others could live. In Peace, in Freedom and in Love ". Beliau bersih selama tiga puluh lima tahun pada saat kematiannya.

No comments: