Aku nak bagitau sat..........perkara yang pertama ialah tentang si penagih dadah itu sendiri. Aku perhatikan bahawa seseorang penagih dadah itu sebenarnya telah mewujudkan satu budaya dadah dalam keseluruhan hidupnya. Apa itu budaya? Budaya ialah suatu kehidupan yang diwarisi turun temurun dan telah menjadi ikutan dari segi tingkahlaku, pergaulan dan cara hidup si penagih itu sendiri. Nah, penagih-penagih dadah telah mewujudkan satu BUDAYA dadah itu sendiri.
Sekiranya budaya dadah itu telah di wujudkan maka ia akan menjadi semakin sukar untuk di bendung. Seperti budaya rock, punk, hippies dan sebagainya. Ia akan menjadi begitu sukar untuk di bendung kerana penagihan dadah di negara kita kini telah hampir 40 tahun lamanya! Dari zaman 'spike' hingga ke zaman 'ice', dari harga RM 1.00 hingga ke RM 10.00 'sebatang'. Kita perlu peka hari ini datuk, anak, cucu, boleh duduk sekali menagih. Apakah kita masih lena......?
Oh.....aku tau, lenalah kita sebab bukan atuk aku yang terlibat, bukan ayah aku yang terlibat, malahan anak aku pun tak terlibat......! Oh ye menantu aku..???? ya robbi, TERLIBAT!!!!!
CUCU aku pun terlibat!!!!!!! YA...YA....YA......aku sedar .
Itu yang aku katakan tadi, kini BUDAYA DADAH telah meresap jauh kedalam masyarakat kita. Cuba kita renung-renungkan, mahukah anak bangsa kita sendiri terpengaruh dengan budaya ini? Apa akan jadi 10 tahun dari sekarang? Pada hari ini jumlah penagih telah meningkat kepada 1.2 juta di bandingkan dgn. 10 tahun dulu hanya sekitar 200,000 saja, peningkatan sebanyak 600% .
Dan yang menyedihkan aku ialah bila mendapat tahu bahwa di kalangan penuntut-penuntut IPTA & IPTS penggunaan syabu (ice/batu) semakin meningkat ! Apa nak jadi ni....... mana tanggungjawab sosial kita dalam membasmi gejala ini? Menurut seorang pegawai AADK yang aku temui, kesan pengambilan syabu ini akan dapat di lihat dalam tempoh 5-10 tahun akan datang. Kesannya, amat dashyat...... maka akan kelihatanlah akan kita pesakit-pesakit psikotik (kurang siuman) bertambah di negara kita. Apakah ini yang kita mahu sebagai sebuah negara maju dimana penduduknya dikalangan penagih dadah serta kurang siuman. Fikirkan lah.........
1 comment:
masalah yg makin parah.
Post a Comment