Saya Mohd. Aliff b. Ismi berasal dari Ampang, Ipoh berumur 23 tahun, anak ke 6 dari tujuh beradik. Saya merupakan salah seorang daripada beribu-ribu pelajar sekolah yg menghadapi masalah menghidu gam (spirit,glue,petrol dsb). Saya mula terjebak dgn masalah ini ketika berumur 10 tahun ketika dalam darjah 4 SK ********, Ipoh. Sehinggalah ia semakin menjadi-jadi selama hampir 11 tahun. Saya bersyukur kerana dapat tamatkan persekolahan saya sehingga ke tingkatan 5. Nasib saya boleh dikatakan baik ,kerana walaupun saya menghidu gam pada usia yang muda, namun tidaklah sampai tidak siuman seperti kebanyakan sahabat saya yang lain! APAbila tamat sekolah, masalah saya makin melarat sehinggakan menjejaskan penampilan saya. Saya langsung tidak pedulikan apa yang berlaku di sekeliling saya. Makan minum, penampilan hinggakan tempat tidur pun saya tak ambil kisah! Melihatkan keadaan saya yang tak terurus, akhirnya keluarga telah berusaha untuk pulihkan saya. Saya di bawa merawat keserata tempat. Namun semuanya hampa, saya tetap dengan tabiat lama saya juga. Setelah menghadapi pelbagai masalah yang tiada penghujungnya, maka atas permintaan dari keluarga saya pun dihantar ke RUMAH SHIQAL, Taiping.
Kini setelah hampir 11 bulan berada disini, ia telah mengembalikan keyakinan saya untukmenjadi normal tanpa lagi dibelenggu masalah lampau.Saya mendaftar masuk di RUMAH SHIQAL ini pada 12hb/1/2010 dan semenjak berada di sini pelbagai perkara telah saya pelajari dari segi kehidupan. Dan kini saya telah faham walaupun siapa diri saya dan apa keadaannya hanya saya sendiri yang mampu untuk mengubahnya. Dan dengan bantuan rakan-rakan yang sen asib dengan saya yang mahu berubah kami boleh menjadikannya kenyataan. Tiada sesiapa yang akan membantu dan orang seperti kami mesti berhenti berharap dan bersatu berjuang bersama supaya kami boleh berdiri sealiran dengan insan lain dalam masyarakat. Dengan belajar memfokuskan pada diri sendiri, saya telah berubah dari seorang yang tiada keyakinan kepada seorang yang aktif serta berkeyakinan tinggi. Harapan saya janganlah kita selalu melihat kesalahan orang, tapi jadikanlah meraka itu sebagai cermin untuk melihat arca sendiri. Sekian Terima Kasih.
testimoni residen
Search This Blog
Translate
Followers
Thursday, October 28, 2010
luahan Residen RUMAH SHIQAL............
Tuesday, October 26, 2010
KENANGAN 2009-antara aktiviti yang dijalankan.
MESYUARAT PENUBUHAN PERSATUAN |
PROGRAM PELANCARAN KOPERASI |
MAJLIS TAHLIL PENUBUHAN RUMAH SHIQAL |
KULIAH MAGHRIB |
SAMBUTAN AWAL MUHARRAM BERSAMA J/K BIRO AGAMA SILVERSTONE |
Kunjungan mesra PENGARAH AADK NEGERI PERAK ke RUMAH SHIQAL
Aktiviti ekonomi-membeli sambil menderma-ketika PROGRAM RAYA KORBAN AADK, Ipoh.
Kelas fardhu ain oleh ustaz Zaihan (klinik methadone,AADK) di RUMAH SHIQAL
Kelas penawar jiwa- moderator sdr. Sallehuddin Ibrahim di RUMAH SHIQAL
Program menyantun rumah anak yatim BUDI MULIA- anjuran BUDI MULIA/RUMAH SHIQAL/SYKT. HARTAMONT. turut hadir DATO' HAMIDAH OSMAN (EXCO KANAN NEGERI PERAK).
Dan banyak lagi yang tak sempat aku masukkan disini.
Narcotic Anonymous ( NA ) di Taiping......?????
ANTARA program yang dijalankan di RUMAH SHIQAL termasuklah kaunseling. Sejak mula di buka awal 2008, kami telah mulakan program kaunseling ini. Satu program yang lebih kepada kesedaran diri, motivasi serta persediaan utk bersama masyarakat. Kami yakin sesungguhnya tiada rawatan yang boleh memulihkan penagih itu melainkan beliau sentiasa 'aware' dan sedar akan bila-bila masa pun kita boleh terjebak kembali. Kesedaran ini penting dalam proses menjaga kepulihan dirinya agar beliau sentiasa 'alert' dan berjaga-jaga hinggalah keakhir hayat!
Baru-baru ini bila kami mengikuti satu seminar di Ipoh, program kumpulan sokong bantu dan 'family association', rupa-rupanya kami di RUMAH SHIQAL telah menjalankan aktiviti ini setelah sekian lama. Cuma caranya berbeda tapi tujuannya sama. Pendekatan NA (narcotic anonymous) telah kami terapkan selama ini. Tapi apabila diberi penerangan dengan 12 langkah, kami hanya perbetulkan langkah-langkah tersebut secara lebih sistematik. Saudara Faizal Abdullah (I salute U,bro) patut diketengahkan sebagai 'rule model', dijadikan living proof bahawa seorang penagih itu boleh pergi jauh jika punya kemahuan yang cukup tinggi. Syabas, saudara Faizal, kau umpama seorang pejuang!!!
Kami juga berazam untuk menubuhkan kumpulan sokong bantu NA dan akan bergerak di Larut Matang & Selama ini, jika diizinkan olehNya. Dalam kesempatan ini juga kami merayu sesiapa sahaja diluar sana yang ingin membantu kami, hubungilah kami. Disini juga kami pamerkan beberapa aktiviti yang kami jalankan sepanjang tahun 2008-2009. Tuan/puan nilailah sendiri betapa kesungguhan kami untuk membantu rakan -rakan seklian. Ayuh, marilah bersama-sama kita membantu sebagai t/jawab sosial kita yang kita abaikan selama ini.
Monday, October 25, 2010
Siapa Aku.........? (1)
Apakah aku sedang bermimpi? Impian atau khayalan? Satu ketika dulu aku kehilangan arah, baru mengenal kehidupan terbabit pula dengan DADAH. Ketika berusia 13 tahun sudah berjinak dengan binatang h***m j***h tu. Semasa dibangku sekolah rendah lagi, aku memang aktif bersukan. Boleh di katakan semua 'games'aku mewakili sekolah (SRK KE VII(1),Tpg). Tapi kehidupan aku ketika itu agak bebas. Pelajaran no problem, average la! Maklum la mak cikgu, pak cikgu. Standard la masa tu.( gambar aku mewakili sekolah ketika darjah 5, aku mencangkung sebelah kanan ) Bila naik saja tingkatan 1 mulalah rasa diri ini sudah dewasa. Bergaul pun dengan kawan -kawan yang lebih tua. Bersama dengan kedua abang (ketika itu berusia 16 tahun dan 15 tahun), kami mulakan episod berDADAHan. Mula jebak boleh lagi control, mak pak tak dapat 'trace' lagi. Berlarutan sehingga aku tingkatan 3, aku dah teruk. Ketagihan pada masa itu aku kira 10 kali ganda lebih siksa dari d***h sekarang. Giannya perit.
Tapi yang anehnya, aku lulus cemerlang dalam peperiksaan SRP ! Otak cekang beb.......!! Aku pun naiklah tingkatan 4 sains 4 dalam keadaan yang cukup menderita ketagihan. Tak dapat tumpu dalam pelajaran langsung. Gila punye kerje...!!! Aku terumbang ambing ketika itu. Aku tak ambil peduli langsung pasal pelajaran. Ponteng kelas,ponteng sekolah dah jadi perkara biasa pada aku, sampailah tingkatan 5 berikutnya.
Masa tahun inilah aku jadi lagi teruk! SPM nak ambil, hidup aku pula dah 'serabai abis' . Sehinggakan satu peristiwa tu cikgu yang mengajar subjek fizik dari tahun lepas pun tak kenal aku! Pada hal ia mengajar kelas aku dari tingkatan 4. Mati la cam ni......! Arwah bapa selalu nasihat aku "hang dah besaq, pikiaq la yang mana baik, yang mana buruk", sehinggalah aku dapat mengatasi masaalah ketagihan dadah aku. Lagi 3 bulan nak SPM. Masa tu aku langsung tak pegi sekolah, dok rumah saja. Tengah malam study sendiri, tapi apakan daya 2 tahun punya pelajaran nak kena 'kampoi' dalam masa 3 bulan! LOTIH DEN.....!!!
Namun aku harungi juga. Selepas SPM, biasa la aku pun kerja la di KL. Tanpa diduga sangkut balik dengan binatang tu. Apa nak buat, nasib badan. Bila 'result' SPM keluar, dapat la 3rd gred.
Aku pun tak kisah, sebab aku dah gian masa tu. Peduli apa aku! Berterusanlah aku dengan cara hidup ku itu. Berbagai-bagai kesusahan,kesedihan haru biru berlaku dalam hidup aku. (malas la nak crita pasal kedua abang aku tu, kalu nak tau tanya la depa sendiri ).
Aku kerja kat kompo tak lama, masa ambil 'result' tempohari terus aku tak balik kesana lagi. berhenti keja la tu........! Sampai la aku kantoi tahun 86', suspect curi motor! ( pertama kali masuk lokap, siksa beb ). Nasib baik la kes tak sangkut, aku keluar lokap malam tahun baru 87.
Azam baru la kononnya, masa itulah aku mula berkawan dengan bakal isteri aku yang sekarang ni.
Lama juga aku tak sentuh benda alah tu hampir 5 tahun. Sehinggalah aku diterima mengikuti latihan di HBUK, Tanjung Rambutan sebagai Pembantu Hospital Rendah selama 2 tahun.
Malang tak berbau, ku sangka panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengahari, aku terlibat kembali pada tabiat lama ku!!!! Semasa masih dalam latihan lagi, nasib baiklah aku dapat tamatkan latihan.
Sehari sebelum aku di postingkan ke P.Pinang, kami menikah. Saat yang paling sedih, malam tu juga tembelang aku pecah, isteri ku ternampak aku sedang cas (tengah hisap la tu) maka menangislah akan ia melihat suaminya berkeadaan begituuuu.........!!
Okey aku stop dulu. Panjang lagi kisah aku ni, semasa aku di Penang pula. Lagi bertambah bala.
Okey aku stop dulu. Panjang lagi kisah aku ni, semasa aku di Penang pula. Lagi bertambah bala.
Aku sambung dilain kali. Wasallam.
Friday, October 22, 2010
PATUTKAH JAMAL DIPUJA..........???
Satu soalan yg kompleks.Mungkin ya atau pun tidak. Pokoknya terdapat 2 elemen yang perlu diberi perhatian.Pertama, sebagai penyanyi, beliau cukup berbakat dan mempunyai suara yg evergreen. Beliau boleh dianggap sebagai aset negara khususnya dalam industri hiburan. Tidak dinafikan, sumbangan beliau pada industri hiburan amat besar serta patut dihargai. Okey, persoalannya, pada elemen ke2, sebagai seorang idola yang punya ramai peminat, mahu tak mahu beliau sudah pasti menjadi idola pada segelintir peminat beliau. Nah, ini yg aku nak sentuh, sebagai idola atau pun pujaan ramai sudah tentu beliau menjadi kebanggaan ramai. Soalnya sekarang, perlukah beliau diberi tempat sebagai IDOLA ! Kadang-kadang aku lihat masyarakat langsung tidak endahkan apa yang sedang berlaku. Seolah-olah kita menutup mata sebelah tanpa menghiraukan pada situasi yang sebenar. Kita lihat ada ketikanya 'perfomance' beliau mengjengkelkan. Tangkap lentok kot, bro......??
Aku pun fikir sejenak, seorang selebriti yang ####### boleh diberi tempat sebagai 'public figure' , dimana letaknya integriti kita sebagai masyarakat yang prihatin dengan soal membasmi dadah? Bukankah itu membawa imej yang kurang enak? Salah satu cabang merosakkan remaja?
Menimbulkan masaalah 'psyco-social' yang berantakkan?
Apa yang aku nak sentuh, mengapa tidak kita pastikan semua selebriti kita, yang masih atau sedang menggunakan dadah, di BAN kan buat seketika sehingga beliau benar-benar berjaya mengatasi 'tabiat buruk'nya. Barulah kita menyokong beliau 100% selagi beliau OK!!!!!
Jangan KO sudah!!!!!!!!
Barulah kita dianggap sebagai masyarakat yang penyayang serta prihatin dalam soal DADAH!!! Sebenarnya ini adalah salah satu t/jawab sosial yang perlu dititik beratkan. Jadi, tanyalah pada diri tuan/puan , RELEVENkah SOALAN AKU INI?????
Monday, October 18, 2010
Prihatinkah kita......??
Program yang aku buat di RUMAH SHIQAL ini banyak yang menyentuh tentang masaalah kerohanian, kejasmanian dan kemasyarakatan. Selama 2 tahun membantu penagih-penagih ini, aku kadang kala buntu dan kecewa. Ada yang berjaya dan ada juga yang kecundang! Aku tertanya-tanya mengapa mereka -mereka ini masih tidak mahu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi masaalah ini? Bagi aku semua ini bergantung pada kesungguhan penagih-penagih ini untuk berubah. Aku tidak mengatakan bahawa konsep aku adalah yang terbaik. Tapi sekurang-kurangnya aku berusaha dan sentiasa berdoa agar terbukalah hati mereka ini dengan cahaya keimanan serta keinsafan.
Kita sememangnya tahu semuanya bermula dengan pangkal hati. Tapi kita juga tidak boleh menafikan bahwa faktor persekitaran juga memainkan peranan dalam konteks pemulihan diri. Pertama kita kena faham, setelah sekian lama (menagih lebih dari 3-10 tahun) kitaran hidup si penagih hanya cari wang, cari 'barang', hisap/jab, kemudian cari wang balik dan begitulah seterusnya lebih dari bertahun-tahun. Bak kata arwah bapa "dah jadi darah daging", mana mungkin si penagih dapat berubah dengan hanya beberapa bulan saja. Sekurang-kurangnya separuh dari waktu ketika beliau menagih. Konsep sokong bantu yang aku terapkan disini bertujuan supaya mereka dapat berkongsi masaalah dan mengatasinya. Kekuatan rohani juga memainkan peranan penting dalam proses pemulihan. Percayakah tuan - tuan ada dikalangan mereka ini sampai tak reti mandi wajib !!!!!?? Soalnya sekarang, dimana integriti kita sebagai satu masyarakat prihatin dalam membentuk modal insan yang bertakwa berjaya didunia dan akhirat!!!!!!????? Pikir-pikir la.........
Thursday, October 14, 2010
Letihnya aku...............
Hampir 2 tahun PSQTP beroperasi, berbagai kerenah,fitnah & dugaan aku hadapi. Letih rasanya........ Sesuatu yang aku belajar bukan mudah untuk menggerakkan sebuah organisasi yg. berpaksikan pada kebajikan. Adakalanya aku melihat sikap masyarakat kita sendiri yang membina satu budaya sosial yang aku anggap cukup parah. Sikap kesedaran serta t/jawab sosial itu sendiri dianggap macam sesuatu yang tak perlu difikirkan. Pengalaman aku apabila bertemu dgn. ketua-ketua jabatan, kebanyakan dari mereka dengan mengambil jalan mudah seolah-olah itu adalah t/jawab ibubapa! Nah, betapa dangkalnya jawapan yg. diberi! Baiklah aku nak tanya, sekiranya kita lihat anak-anak muda melakukan maksiat atau sewaktu dgn.nya adakah kita mengambil jalan mudah dgn. membiarkannya krn. menganggap itu bukan t/jawab kita! Itu t/jawab mak pak dia! Habis tu mana peginya t/jawab kita sebagai masyarakat, jiran serta insan yg. bermaruah dan berintegriti. Janggal jawapan itukan? Jangan lagi kita memperkatakan soal tuntutan agama serta maruah bangsa. Apa tidaknya, sekiranya setiap dari kita mempunyai sikap seperti ini maka, inlah hasilnya. Bohsia ke, mat rempit ke, penagih ke, hisap gam ke, perut 'buncit' ke, bukan anak aku !Dia ada mak pak.
Hasilnya, inilah dia, semakin parah. Mana peginya t/jawab sosial kita? Tak mustahil lagi 10 tahun keadaan akan menjadi semakin PARAH!!!
Sekarang ini penghidu gam d kalangan pelajar sekolah rendah semakin bertambah! Dikalangan penuntut IPTA & IPTS pula SYABU @ ICE @ BATU sudah begitu sinonim dgn mrk!
Tak sedaq lagi ka oi!!!!!!!! Aku pun tak tau, payah, letih. Tak paham-paham lagi agak nya.
Begitu juga dgn masaalah nak gerakkan NGO ni, asyik tukar AJK aje, maklum lah NGO (none gaji organisation) sapa nak susah-susah! Tapi, tahukah mrk. sekiranya kita tak buat, sapa nak buat! Kalu nak harap gomen aje, haaaa itula (terutama orang melayu) asyik-asyik gomen, tak reti idup ka? (sori, aku pun melayu) Kita kena ubah, kita kena revolusikan mental serta cara kita berpikir! Jangan suka menunding jari pada orang ! Tahukah tuan-tuan, bila kita menunding jari pada org. 3 jari lagi tunjuk pada diri sendiri! Kan dah kena batang idung!!!!!
Ni lagi satu tolong, jangan politikkan isu t/jawab sosial ini. Sebabnya bila dah berlaku dia bukan kira parti mana pun, MCA ke, DAP ke, UMNO ke, PPP ke, PAS ke, dia tak kira semua dia sapu!
Aku pula tak kira, janji hangpa nak tolong.Aku sebagai penggerak utk. membantu mereka yg. memerlukan akan hanya ada satu saja matlamat dan niat aku, meneruskan usaha aku hingga berjaya. Semoga harapan aku ini menjadi kenyataan dan sentiasa dibawah rahmat NYA. Amin.
Sunday, October 10, 2010
Rumah Komuniti LMS bakal diujudkan
Pada 15/10 ni aku akan adakan satu perjumpaan dengan wakil-wakil kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan kerajaan serta NGO-NGO. Rentetan dari perjumpaan yg. pertama tempohari, 'feed-back'yang diterima amat memberangsangkan.Dalam gerakerja yg. kami jalankan, maka pada kali ini aku jangkakan lebih ramai lagi yg. akan melibatkan diri dalam perjumpaan kali ini. Tujuannya hanya satu, menubuhkan sebuah RUMAH KOMUNITI.
Antara fungsinya ialah,
dpt menggerakkan masyarakat sivil secara terarah.
menyatukan seluruh NGO-NGO dalam satu penyatuan yg. lebih jitu.
endorsment dari seluruh jabatan-jabatan kerajaan.
melibatkan wakil-wakil kerajaan spt. ketua kampong, KRT dsb secara bersepadu.
menjadi golongan pendesak serta mewakili masyarakat marhein.
membantu kerajaan dalam usaha membasmi gejala sosial.
dpt menjalankan aktiviti-aktiviti sosial dengan lebih berkesan lagi.
dan sekiranya RUMAH KOMUNITI ini menjadi kenyataan, ianya juga berfungsi sebagai pusat menggerakkan segala aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
Aku yakin satu hari kelak usaha ini akan menjadi pemangkin serta model bagi seluruh negara khususnya Negeri Perak. Sama-samalah kita berdoa agar ianya menjadi kenyataan.
gambar menunjukkan pengerusi bersama Orang Besar Jajahan Y.A.Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato’Dr. Haji Wan Mohd. Isa bin Dato’ Seri Haji Wan Ahmad dan gambar bersama Y/B Dato' Mohd Zahir Abd Khalid.
Saturday, October 9, 2010
Hijrah Bersama Masyarakat Penyayang
Maka berakhirlah sudah bulan Shawal, letih nak memenuhi jemputan rumah terbuka dan yg. paling akhir semalam (8/10/2010). Hari ini kita mula buat satu program bersama Kementrian Kesihatan 'SEMINAR PENGURUSAN JENAZAH BERJANGKIT BERSAMA ANGGOTA KESIHATAN, PEMIMPIN DAN MASYARAKAT', bertempat di RUMAH KOMUNITI SHIQAL, POKOK ASSAM, TAIPING. Aku nak ucapkan ribuan terimakasih pada Jab. Kes. LMS, terutama pada En. Iahassan Majudin, En. Mohd. Adni Fazlil Alias serta mereka-mereka yg. terlibat dalam menjayakan program ini. Dalam kata-kata aluan, aku menyentuh soal komitmen yang di tunjukkan oleh k/tangan Jab.Kes. betapa keikhlasan mereka untuk membantu kami dengan memberi peluang agar dapat melibatkan RUMAH SHIQAL dalam program ini. Terima Kasih. Walaupun dari segi pasarananya serba kekurangan namun aku amat terharu dan harus diberi pujian pada kesemua residen RUMAH SHIQAL kerana kerjasama dan t/jawab yg. ditunjukkan amat tinggi nilainya. Mungkin bagi insan-insan biasa, perkara yang sebegini adalah perkara biasa bagi mereka. Namun, bagi residen RUMAH SHIQAL pula ini adalah sesuatu yg. tak pernah mereka lakukan sebelumnya.
Satu ketika dulu, mereka hanya asyik dengan dunia mereka saja, tanpa mempedulikan hal-hal yg. berlaku disekeliling mereka. Tapi apabila berada di RUMAH SHIQAL ini sifat t/jawab serta amanah telah serba sedikit mengubah cara hidup mereka. Dan yang penting penglibatan dari masyarakat juga amat memberangsangkan. Dengan kehadiran Pak Hashim Abu Bakar, ketua KRT Pokok Assam dan Ustd. Imanudin Zakaria, Naib Kadhi Pokok Assam, serta beberapa penduduk sekitar Pokok Assam sendiri seolah-olah menunjukkan satu ketika nanti masyarakat dapat menerima kehadiran bekas-bekas penagih ini sebagai sebahagian anggota masyarakat itu sendiri. Penyertaan dari kalangan k/tangan KKM.LMS serta k/tangan Kelinik Methadone (AADK LMS) telah menyuntik satu semangat jatidiri yang tinggi dan tak dapat dinilai dengan kata-kata.
Aku harap satu masa nanti RUMAH SHIQAL ini akan dpt memainkan peranannya sebagai sebuah RUMAH KOMUNITI dengan jayanya. Harapan kita akan ada lebih banyak aktiviti serta program yg akan kita laksanakan pd masa-masa mendatang.
HIJRAH BERSAMA MASYARAKAT PENYAYANG akan kita jadikan kenyataan !!!!!!!!
Wednesday, October 6, 2010
PENDAMAI YANG DAMAI
Okey, aku nak crita sikit. Kalu aku 'surfing'dlm internet, aku banyak cari bab-bab yg.bersangkutan dgn. 'DRUGS'. So, jumpa la dengan PENDAMAI. Aku baca dia punya blog, okey, ganas! Best giler. Tapi, yg. mengharukan aku ialah pencapaiannya pada kumpulan sasar! Maklumat yg. terakhir pada 2007. Tiga tahun lalu! Apa sudah jadi Hafney? Ari tu masa mai Teping bersemangat bro, aku memang 'salute' kat U, bro. Damai kah pendamai pada hari ini? Atau sudah damai kah negara hinggakan pendamai sudah berdamai? Aku pun cubalah selidik kat AADK daerah, rupanya si Malik pun dah tertonggek! Haaaaa! Kesian dia, sebenarnya pernah bertemu si mamat ni kat Jelapang. Aku pegi ngan motor kapcai bertolak dari tpg. Time tu dia masih kerja dgn kilang _________ lagi. Waktu tu time rehat, kami pun bersembang la kat restoren yg berdekatan. Aku pun ceritalah tentang hasrat aku nak tubuhkan sebuah rumah komuniti atas nama persatuan. Nak tau dia kata ape? Si mamat ini punya berlagak la seolah-olah dia ni dilatih sebagai pemimpin. Aku ni tak layak.
Disini aku nak tanya sikit, betoi ka hangpa ada bagi latihan kepimpinan pada depa ni????
Pimpin lagu mana? Aku nak pesan sikit...... Abdullah ibni Umar r.a ketika dicalonkan nama beliau sebagai KHALIFAH oleh para sahabat, beliau menolak atas alasan pesanan dari ayahanda beliau. Dan juga atas sebab t/jawab berlaku adil pada sesiapa yg. dipimpin. Berat sebenarnya menjadi pemimpin ni t/jawabnya akan dipikul sehingga akhirat. Yang si mamat ni suka-suka aje nak ngku sebagai pemimpin negeri! Bukan apa ini adalah sebagai renungan kita bersama untuk sentiasa bermuhasabah diri agar jauhkan kita dari sifat-sifat riak,takbur dsb.
Bagi aku sifat jujur,ikhlas,t/jawab serta amanah adalah kunci pada perjuangan. Perkara ini bukan boleh dibuat main-main. Sekejap ade, sekejap takde.
Buat pendamai, usaha murni anda adalah satu perjuangan. Perjuangan tidak akan berakhir selagi belum mencapai kejayaan. Bukan kejayaan 'perut'!
Aku cuba juga cari wakil pendamai di Taiping, namun hampa. Bro, tak kan senyap aje? Dah jumpa kedamaian ke? Aku bukan nya apa, cuma merasa sedih kenapa sebuah organisasi macam PENDAMAI ni tidak bermaya? Kemana menghilang sejak tahun 2008? Lain la macam kami, baru setahun jagung. Sepatut nya NGO-NGO yg terlibat dalam membantu membasmi gejala sosial ini boleh di 'payung'kan dalam satu gerakan secara bersepadu.
Kalau boleh biarlah ia di cetuskan oleh AADK ?
DADAH DAN POLITIK.......
Aku merasa sedih!!!!!!!! Berita hangat yg diperkatakan kini hampir kesemuanya soal politik. POLITIK! POLITIK! POLITIK! Memang sah soal integriti kita sebagai rakyat (citizenship) hampir hancurrrrrrr! Sedarkah tuan-tuan kesemua kita ini warganegara Malaysia.Bukan rakyat China, bukan rakyat India dan bukan juga rakyat Indonesia. Bagi aku pabila kita merdeka lebih dari 50 tahun (umoq kat pencen ooooo.....) sepatutnya cara kita berpolitik akan menjadi lebih matang ! Soal idelogi atau pun kefahaman dalam berpolitik sepatutnya kita jadikan sebagai medan lontaran ide-ide yang berfaedah demi agama dan negara.Disini aku nampak seolah-olah kita ini jauh ketinggalan dari aspek ilmu sosial politik serta political thinking. Kata mengata, tuduh menuduh dan tah apa-apa lagi sudah begitu sinonim dengan watak yang di mainkan oleh kebanyakan ahli politik kita. Mana perginya integriti kita, dimana maruah kita?
Sedar tak sedar kita seolah-olah terlupa akan t/jawab sosial kita.Penyakit sosial yang kini begitu tenat membarah tak dipedulikan langsung. Semuanya ini berlaku betul-betul depan hidung kita, yang sedihnya benda ni dah terlambat( maksud aku sampai kena bunuh la, kena tangkap la, kena itu dan ini ) baru tersedar baru kita sibuk! 'dah terantuk baru nak terngadah' Kenapa jadi begini???????
Sebabnya satu, terlalu sibuk berpolitik sepanjang tahun! Yang jadi mangsa kita, masyarakat marhein. Ni yang kita (NGO) ni sorang-sorang terkial-kial nak bantu golongan masyarakat yg. punya masaalah pun nak di politikkan juga ! Mampusssss camni. Tolong la, jangan sampai soal t/jawab sosial pun nak dipolitikkan jugak. Sebenarnya ia telah menjadi satu ibadah fardhu kifayah yg. wajib antara kita semua (rakyat Malaysia) tanpa mengira fahaman politik, agama,bangsa serta keturunan. Fikir, fikir laaaaaa.............
SEBAGAI RENUNGAN : sekiranaya kesemua penagih-penagih dadah ini (jumlah sekitar 500,000) diletak dalam sebuah negeri,(e.g Perak) dan mengundi calon mereka, sudah tentu mereka menang looooo....., MB sapa pulak !!!!?
Monday, October 4, 2010
Program Pemulihan SHIQAL
Antara program yang ditekankan pada residen ialah pembentukan akhlak yang murni. Prinsip kita di RUMAH SHIQAL berpegang pada istilah J.A.T.I.
J= jujur,
A=amanah,
T= tanggungjawab,
I=ikhlas.
Inilah pegangan asas dalam pembentukan sahsiah diri yang perlu diterap pada setiap residen. Dalam konteks ini, 3 elemen penting yang diberi penekanan adalah; pembentukan rohani (mental), pembentukan jasmani (fizikal) dan pembentukan ukhwah (sosial).
Dari segi rohani, beberapa program yg. dilaksanakan selain dari solat, kita juga mengadakan program usrah, muzakarah, taklim, kuliah dan yg penting satu program mengenal diri, taubat serta bai'ah.
Jasmani pula -senaman pagi, bersiar (morning walk), aktiviti kebersihan dan yg. penting memberi penampilan(imej) baru pada diri e.g. keyakinan diri, kendiri, berdikari serta t/jawab pada diri sendiri.
Ukhwah- berkongsi pengalaman, motivasi, kaunseling,riadah, gotong royong serta kerja-kerja amal dalam masyarakat yang bertujuan untuk membina modal insan & dapat kembali bersama dlm masyarakat.
(Gambar menunjukkan beberapa program yg dijlnkan).
(Gambar menunjukkan beberapa program yg dijlnkan).
Friday, October 1, 2010
melayu oh...melayu
Ini lagi satu perkara yang patut kita kena tau...! Menurut naskah MAKLUMAT DADAH 2009 terbitan KEMENTERIAN DALAM NEGERI ada menyatakan bahwa pada statistik jan-dis 2009 mengikut bangsa 31,705 adalah MELAYU ! Iaitu 87.1% dari keseluruhan penagih yang dikesan. Aku ulang balik 87.I% ! Tahniah!!!! Dan dari 2005-2009 (5 tahun), melayu sebanyak 73.30%!
Sepatutnya aku merasa sedih malahan kita semua seharusnya merasa sedih dan gementar. Kenapa aku cakap macam ni ? Antaranya apabila aku melayari laman web AADK aku lihat sebanyak 130 buah pusat pemulihan dadah persendirian (PPDP) telah ditubuhkan oleh badan-badan serta orang perseorangan yang prihatin pada masaalah sosial ini. Tapi yang menggemparkan aku ialah jumlah senarai bangsa melayu yang beragama islam hanya 32 buah saja seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak! Inilah hakikatnya.
Bila aku menceritakan tentang masaalah dadah ini pada masyarakat, 'feed back' yang aku dapat bukan masaalah kami atau sebagainya. Malahan bila aku cuba 'approched' pula badan-badan serta pertubuhan yang berteraskan Melayu/Islam pun sama. HAMPEH !!!!!!!!!
Cakap pandai, nak tolong bangsa la....,pejuang agama la....... kebanyakannya hanya..................... aku pun tak tau ? Cuba kita fikir sejenak; sekiranya di negara yang kita sayangi ini (MALAYSIA) peratus penduduknya beragama Islam/Melayu bersatu, bergerak, bertanggungjawab dalam soal ini aku rasa tidak mustahil SIFAR DADAH 2015 boleh tercapai !
Oleh itu aku seru pada sesiapa saja yang punya kesedaran dalam soal ini, hubungilah kami. Kami ketika ini sedang bergerak untuk menubuhkan sebuah RUMAH KOMUNITI yang melibatkan seluruh jentera masyarakat e.g. wakil-wakil kerajaan,jabatan-jabatan kerajaan serta NGO-NGO.
Sesiapa yang berminat boleh sertai kami.PIKIR-PIKIR LA............
Subscribe to:
Posts (Atom)