Satu soalan yg kompleks.Mungkin ya atau pun tidak. Pokoknya terdapat 2 elemen yang perlu diberi perhatian.Pertama, sebagai penyanyi, beliau cukup berbakat dan mempunyai suara yg evergreen. Beliau boleh dianggap sebagai aset negara khususnya dalam industri hiburan. Tidak dinafikan, sumbangan beliau pada industri hiburan amat besar serta patut dihargai. Okey, persoalannya, pada elemen ke2, sebagai seorang idola yang punya ramai peminat, mahu tak mahu beliau sudah pasti menjadi idola pada segelintir peminat beliau. Nah, ini yg aku nak sentuh, sebagai idola atau pun pujaan ramai sudah tentu beliau menjadi kebanggaan ramai. Soalnya sekarang, perlukah beliau diberi tempat sebagai IDOLA ! Kadang-kadang aku lihat masyarakat langsung tidak endahkan apa yang sedang berlaku. Seolah-olah kita menutup mata sebelah tanpa menghiraukan pada situasi yang sebenar. Kita lihat ada ketikanya 'perfomance' beliau mengjengkelkan. Tangkap lentok kot, bro......??
Aku pun fikir sejenak, seorang selebriti yang ####### boleh diberi tempat sebagai 'public figure' , dimana letaknya integriti kita sebagai masyarakat yang prihatin dengan soal membasmi dadah? Bukankah itu membawa imej yang kurang enak? Salah satu cabang merosakkan remaja?
Menimbulkan masaalah 'psyco-social' yang berantakkan?
Apa yang aku nak sentuh, mengapa tidak kita pastikan semua selebriti kita, yang masih atau sedang menggunakan dadah, di BAN kan buat seketika sehingga beliau benar-benar berjaya mengatasi 'tabiat buruk'nya. Barulah kita menyokong beliau 100% selagi beliau OK!!!!!
Jangan KO sudah!!!!!!!!
Barulah kita dianggap sebagai masyarakat yang penyayang serta prihatin dalam soal DADAH!!! Sebenarnya ini adalah salah satu t/jawab sosial yang perlu dititik beratkan. Jadi, tanyalah pada diri tuan/puan , RELEVENkah SOALAN AKU INI?????
No comments:
Post a Comment