Search This Blog

Translate

Followers

Monday, October 25, 2010

Siapa Aku.........? (1)

Apakah aku sedang bermimpi? Impian atau khayalan? Satu ketika dulu aku kehilangan arah, baru mengenal kehidupan terbabit pula dengan DADAH. Ketika berusia 13 tahun sudah berjinak dengan binatang h***m j***h tu. Semasa dibangku sekolah rendah lagi, aku memang aktif bersukan. Boleh di katakan semua 'games'aku mewakili sekolah (SRK KE VII(1),Tpg). Tapi kehidupan aku ketika itu agak bebas. Pelajaran no problem, average la! Maklum la mak cikgu, pak cikgu. Standard la masa tu.( gambar aku mewakili sekolah ketika darjah 5, aku mencangkung sebelah kanan ) Bila naik saja tingkatan 1 mulalah rasa diri ini sudah dewasa. Bergaul pun dengan kawan -kawan yang lebih tua. Bersama dengan kedua abang (ketika itu berusia 16 tahun dan 15 tahun), kami mulakan episod berDADAHan. Mula jebak boleh lagi control, mak pak tak dapat 'trace' lagi. Berlarutan sehingga aku tingkatan 3, aku dah teruk. Ketagihan pada masa itu aku kira 10 kali ganda lebih siksa dari d***h sekarang. Giannya perit.
Tapi yang anehnya, aku lulus cemerlang dalam peperiksaan SRP ! Otak cekang beb.......!! Aku pun naiklah tingkatan 4 sains 4 dalam keadaan yang cukup menderita ketagihan. Tak dapat tumpu dalam pelajaran langsung. Gila punye kerje...!!! Aku terumbang ambing ketika itu. Aku tak ambil peduli langsung pasal pelajaran. Ponteng kelas,ponteng sekolah dah jadi perkara biasa pada aku, sampailah tingkatan 5 berikutnya.
Masa tahun inilah aku jadi lagi teruk! SPM nak ambil, hidup aku pula dah 'serabai abis' . Sehinggakan satu peristiwa tu cikgu yang mengajar subjek fizik dari tahun lepas pun tak kenal aku! Pada hal ia mengajar kelas aku dari tingkatan 4. Mati la cam ni......! Arwah bapa selalu nasihat aku "hang dah besaq, pikiaq la yang mana baik, yang mana buruk", sehinggalah aku dapat mengatasi masaalah ketagihan dadah aku. Lagi 3 bulan nak SPM. Masa tu aku langsung tak pegi sekolah, dok rumah saja. Tengah malam study sendiri, tapi apakan daya 2 tahun punya pelajaran nak kena 'kampoi' dalam masa 3 bulan! LOTIH DEN.....!!!
Namun aku harungi juga. Selepas SPM, biasa la aku pun kerja la di KL. Tanpa diduga sangkut balik dengan binatang tu. Apa nak buat, nasib badan. Bila 'result' SPM keluar, dapat la 3rd gred.
Aku pun tak kisah, sebab aku dah gian masa tu. Peduli apa aku! Berterusanlah aku dengan cara hidup ku itu. Berbagai-bagai kesusahan,kesedihan haru biru berlaku dalam hidup aku. (malas la nak crita pasal kedua abang aku tu, kalu nak tau tanya la depa sendiri ).
Aku kerja kat kompo tak lama, masa ambil 'result' tempohari terus aku tak balik kesana lagi. berhenti keja la tu........! Sampai la aku kantoi tahun 86', suspect curi motor! ( pertama kali masuk lokap, siksa beb ). Nasib baik la kes tak sangkut, aku keluar lokap malam tahun baru 87.
Azam baru la kononnya, masa itulah aku mula berkawan dengan bakal isteri aku yang sekarang ni.
Lama juga aku tak sentuh benda alah tu hampir 5 tahun. Sehinggalah aku diterima mengikuti latihan di HBUK, Tanjung Rambutan sebagai Pembantu Hospital Rendah selama 2 tahun.
Malang tak berbau, ku sangka panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengahari, aku terlibat kembali pada tabiat lama ku!!!! Semasa masih dalam latihan lagi, nasib baiklah aku dapat tamatkan latihan.
Sehari sebelum aku di postingkan ke P.Pinang, kami menikah. Saat yang paling sedih, malam tu juga tembelang aku pecah, isteri ku ternampak aku sedang cas (tengah hisap la tu) maka menangislah akan ia melihat suaminya berkeadaan begituuuu.........!!
Okey aku stop dulu. Panjang lagi kisah aku ni, semasa aku di Penang pula. Lagi bertambah bala.
Aku sambung dilain kali. Wasallam.

2 comments:

benoy said...

Bro, bila nak sambung lagi citer ni... kat Penang lak!!!!

benoy said...

bila dah sambung citer penang tu, msg me..