Search This Blog

Translate

Followers

Monday, October 18, 2010

Prihatinkah kita......??

Program yang aku buat di RUMAH SHIQAL ini banyak yang menyentuh tentang masaalah kerohanian, kejasmanian dan kemasyarakatan. Selama 2 tahun membantu penagih-penagih ini, aku kadang kala buntu dan kecewa. Ada yang berjaya dan ada juga yang kecundang! Aku tertanya-tanya mengapa mereka -mereka ini masih tidak mahu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi masaalah ini? Bagi aku semua ini bergantung pada kesungguhan penagih-penagih ini untuk berubah. Aku tidak mengatakan bahawa konsep aku adalah yang terbaik. Tapi sekurang-kurangnya aku berusaha dan sentiasa berdoa agar terbukalah hati mereka ini dengan cahaya keimanan serta keinsafan.
Kita sememangnya tahu semuanya bermula dengan pangkal hati. Tapi kita juga tidak boleh menafikan bahwa faktor persekitaran juga memainkan peranan dalam konteks pemulihan diri. Pertama kita kena faham, setelah sekian lama (menagih lebih dari 3-10 tahun) kitaran hidup si penagih hanya cari wang, cari 'barang', hisap/jab, kemudian cari wang balik dan begitulah seterusnya lebih dari bertahun-tahun. Bak kata arwah bapa "dah jadi darah daging", mana mungkin si penagih dapat berubah dengan hanya beberapa bulan saja. Sekurang-kurangnya separuh dari waktu ketika beliau menagih. Konsep sokong bantu yang aku terapkan disini bertujuan supaya mereka dapat berkongsi masaalah dan mengatasinya. Kekuatan rohani juga memainkan peranan penting dalam proses pemulihan. Percayakah tuan - tuan ada dikalangan mereka ini sampai tak reti mandi wajib !!!!!?? Soalnya sekarang, dimana integriti kita sebagai satu masyarakat prihatin dalam membentuk modal insan yang bertakwa berjaya didunia dan akhirat!!!!!!????? Pikir-pikir la.........

No comments: