https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8393698637833502167#editor/target=post;postID=8045255676341587062;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=99;src=link
http://shifaulqalbi.blogspot.com/2009/07/mulanya-shifaul-qalbi.html
Sudah lama aku tak updated blog nie, 2013 aku tak pernah post pun lagi. Emmmm, aku rasa tahun 2013 nie adalah tahun utk RUMAH SHIQAL beroperasi secara aktif kembali ! Sebelum aku mulakan apa2 posting pada tahun 2013 nie, terlebih dulu aku ingin memperkenalkan sahabat aku sejak dari sekolah rendah lagi ( SRK King Edward VII - 1 Tpg ). Aku merasa terpanggil untuk membantu beliau selepas beliau bebas dari penjara kerana kesalahan mengedar dadah ! Selama 12 tahun dipenjara termasuk 3 tahun dibilik akhir BA ( maksudnya bilik menanti hukuman gantung ) maka beliau dibebaskan setelah mendapat keampunan dengan ditukar seksyen kesalahan beliau kepada 15 tahun dan 20 sebatan !
Kini beliau bersama sama dalam organisasi RUMAH SHIQAL dengan satu azam ingin membantu mereka yang ingin 'kembali ke pangkal jalan' agar perjuangan ini menjadi suatu usaha yang murni dengan kesungguhan beliau dalam membantu anak bangsa kita untuk memerangi gejala penyalahgunaan najis dadah. Satu pengalaman yang pahit tapi amat berguna untuk dikongsi bersama masyarakat yang sehingga kini masih lagi leka akan bahayanya ancaman NAJIS DADAH ini kepada generasi kita.
Tapi amat malang sekali, dalam masarakat kita masih terdapat lagi golongan yang memandang sepi akan usaha kami ini ! Aku tidak tahu apa silapnya...... Sedang kami bertungkus lumus memperjuangkan nasib rakan rakan yang masih lagi terjebak dalam kancah penyalahgunaan DADAH, terdapat juga suara suara nakal yang mempertikaikan usaha kami!
Sedih rasanya apabila mendapat tahu dari sumber sumber yang boleh dipercayai adanya suara suara yang mengata betapa usaha ini hanya sia sia belaka ! Dengan memperbesarkan fitnah fitnah yang tidak berasas (malas nak disebutkan secara detail- pen) tanpa bukti yang kukuh telah menjadi mainan umpatan dikalangan mereka yang tak bertanggungjawab ! Inilah sikap 'orang kita'......, menolong tak mau...., mengata bukan main lagi....! Ajak berdepan takut !!!
Apapun kami diPSQTP tetap akan memperjuangkan apa yang kami pegang, biar pun seribu rintangan yang mendatang.....akan kami harungi jua..., tanpa rasa jemu dan jelek !!!!! SALAM PERJUANGAN.........!
( TENTANG SAHABATKU INI NANTI AKAN AKU DEDAHKAN SIAPAKAH BELIAU BILA TIBA MASA DAN KETIKANYA......-pen)
http://shifaulqalbi.blogspot.com/2009/07/mulanya-shifaul-qalbi.html
Sudah lama aku tak updated blog nie, 2013 aku tak pernah post pun lagi. Emmmm, aku rasa tahun 2013 nie adalah tahun utk RUMAH SHIQAL beroperasi secara aktif kembali ! Sebelum aku mulakan apa2 posting pada tahun 2013 nie, terlebih dulu aku ingin memperkenalkan sahabat aku sejak dari sekolah rendah lagi ( SRK King Edward VII - 1 Tpg ). Aku merasa terpanggil untuk membantu beliau selepas beliau bebas dari penjara kerana kesalahan mengedar dadah ! Selama 12 tahun dipenjara termasuk 3 tahun dibilik akhir BA ( maksudnya bilik menanti hukuman gantung ) maka beliau dibebaskan setelah mendapat keampunan dengan ditukar seksyen kesalahan beliau kepada 15 tahun dan 20 sebatan !
Friday, August 16, 2013
RAWATAN DAN PEMULIHANRata rata ibubapa amat 'concern' akan anak-anak mereka...., kita melihat bahawa perkara ini sebenarnya menjadi sebahagian dari tanggungjawab ibubapa untuk memastikan akan keselamatan serta kebahagiaan pada anak-anak mereka. Begitu juga dalam tuntutan amnya semua agama khususnya agama Islam.
Namun tidak boleh dinafikan apabila sesebuah negara itu menuju kearah kemajuan, tidak boleh tidak arus pembangunan itu juga akan mengheret seluruh institusi kekeluargaan itu bersama sama. Atas nama pembangunan itu juga tidak boleh dinafikan ada kebaikan dan ada juga keburukannya.
Aku ingin fokus pada isu yang jarang sekali diperkatakan oleh masyarakat mahupun pemimpin pemimpin yang diberi amanah untuk menjaga kesejahteraan rakyat dari segala aspek iaitu gejala sosial yang melibatkan dengan penyalahgunaan najis DADAH !
Menurut disini (klik) atau (klik disini) 1.12 juta penagih dadahdi negara ini sejak 1988. Pendekata, masalah penggunaan dadah ini semakin bertambah dari tahun ke tahun !
Berbagai cara serta kaedah telah digunapakai samada pihak penguatkuasa mahupun individu individu yang mengaku punya kebolehan dan kemahiran dalam rawatan dan pemulihan dadah ini.
Bagi aku pula yang terlibat sebagai pengguna dadah hampir 30 tahun ( 1978-2007) dan kini melibatkan diri dalam kerja kerja sosial membantu pula 'ahli ahli keluarga' yg senasib dengan aku satu ketika dulu, lebih meyakini akan ukhwah dalam berjemaah (kumpulan) serta 'recovering partner' untuk membantu seseorang pengguna dadah itu untuk 'keluar' dari kepompong penagihan itu !
Program program yang berbentuk 'sharing' serta berkongsi masalah sebagai contoh 12 langkah pemulihan, NA dan 'group therapy' adalah pilihan yang paling tepat dalam meniti arus kejayaan dalam proses pemulihan seseorang pengguna dadah itu.
Ditambah pula dengan keterlibatan keluarga mereka sendiri dalam program 'family association' yang mana ibubapa,isteri,anak serta sanak saudara mereka juga mengambil peranan dalam membantu pengguna dadah itu sebagai pendorong dalam menjaga kepulihan mereka.
Friday, March 9, 2012
Penubuhan AJK baru
9/3/12 (Jumaat) SHIQAL RESIDENSI,
Pada hari ini jam 3.30 petang, satu mesyuarat AJK Persatuan telah dijalankan dengan jayanya. Antara agenda yang dibincangkan untuk mengstrukturkan kembali AJK yang ada kepada perlantikan AJK yang lebih bersifat dinamik, efisien dan komited pada wadah perjuangan persatuan.
Antara yang dicadangkan ialah memasukkan beberapa nama yang terbukti gerakerja serta penglibatan mereka dalam organisasi organisasi NGO sebelum ini amat memberangsangkan. Antaranya Tn Ismail Nasaruddin Mat Awi, En. Abd Halim Yahaya, En. Muhd Nazzri Hj Abd Mulok serta pakar motivasi cikgu (b) Ali Akbar Ibrahim Gani.
Dengan pemantapan AJK ini, maka persatuan mengharapkan agar pada 2012 ini, kita dapat menghasilkan satu gandingan mantap untuk mencapai wawasan yang jitu dan konkrit walaupun sebelum ini agak sukar untuk kita tampil sebagai satu wadah memperjuangkan matlamat kita dalam membantu kerajaan untuk mencapai misi " sifar dadah 2015" !
Harapan kita pada 2012 ini, kita dapat kembali kelandasan perjuangan secara proaktif dan lebih agresif dalam memberi kesedaran pada komuniti akan bahaya dadah serta membantu pengguna pengguna dadah dalam proses kepulihan mereka.

No comments:
Pautan pada catatan ini
di rumah ada program ke....?
Aku asaskan rumah shiqal atas satu tujuan- membantu mereka yang perlu dibantu. setiap kali ada kemasukan baru ke rumah shiqal, soalan yang sering ditanya "sini ada program apa, aktiviti apa ?" kenapa soalan ini yang sering ditanya pada ku ? jawapannya mudah; 1. kebanyakkan penagih dan masyarakat telah di'input' seolah-olah program lah yang boleh memulihkan seseorang penagih, 2. penagih telah dididik oleh AADK dengan program, dlm puspen ada program, dlm PS(pengawasan ) ada program, seolah-olah semua penagih perlu diprogramkan!
setiap tahun penagih dadah semakin meningkat?