Search This Blog

Translate

Followers

Monday, October 4, 2010

Program Pemulihan SHIQAL

Antara program yang ditekankan pada residen ialah pembentukan akhlak yang murni. Prinsip kita di RUMAH SHIQAL berpegang pada istilah J.A.T.I.
J= jujur,
A=amanah,
T= tanggungjawab,
I=ikhlas.
Inilah pegangan asas dalam pembentukan sahsiah diri yang perlu diterap pada setiap residen. Dalam konteks ini, 3 elemen penting yang diberi penekanan adalah; pembentukan rohani (mental), pembentukan jasmani (fizikal) dan pembentukan ukhwah (sosial).
Dari segi rohani, beberapa program yg. dilaksanakan selain dari solat, kita juga mengadakan program usrah, muzakarah, taklim, kuliah dan yg penting satu program mengenal diri, taubat serta bai'ah.
Jasmani pula -senaman pagi, bersiar (morning walk), aktiviti kebersihan dan yg. penting memberi penampilan(imej) baru pada diri e.g. keyakinan diri, kendiri, berdikari serta t/jawab pada diri sendiri.
Ukhwah- berkongsi pengalaman, motivasi, kaunseling,riadah, gotong royong serta kerja-kerja amal dalam masyarakat yang bertujuan untuk membina modal insan & dapat kembali bersama dlm masyarakat.
(Gambar menunjukkan beberapa program yg dijlnkan).

No comments: