Search This Blog

Translate

Followers

info dadah

PENGERTIAN DADAH
Dadah ialah apa jua bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang dari segi fizikal atau mental.
JENIS-JENIS DADAH
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian.
1.     Opait
2.     Perangsang (stimulants)
3.     Penekanan (Depressants)
4.     Hallucinogen
5.     Ganja (Cannabis)
OPAIT
Jenis opait adalah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja
PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE)
Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.
JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP DIGUNAKAN DINEGERI INI
Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA SALAHGUNA DADAH
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-
1.     Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
2.     Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
3.     Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
4.     Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
5.     Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
6.     Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ahli keluarga.
7.     Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
8.     Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
9.     Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
10. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.
APA DIA SYABU
SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride". Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipina. Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-
a.      ICE
b.     GLASS
c.      CRACK METH
d.     HIROPONG
e.      BATU (STONES)
Rupa Syabu Di Pasaran
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya ( colourless rock-like transparent granules) yang halus.
Bungkusan (Packaging)
Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang  berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.
Isi Kandungan (Ingredient) dan Synthesis
Bahan-bahan syabu yang utama ialah " d-Methamphetamine" yang tersenarai di bawah Bahagian III Jadual Pertama dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pin. 1977) sebagai satu bahan dadah. Antara bahan-bahan lain ialah ephedrine, hydrochoride acid dan synthesis kimia sepwi berikut :-
C6 H5 CH (OH) CH (CH3) NHCH3 + HI + P4 C6 H5 CH2 CH (CH3) NHCH3
LATAR BELAKANG
Ø    Syabu adalah satu jenis dadah tiruan atau pun 'DESIGNER DRUGS' yang telah wujud sejak perperangan dunia yang kedua. Pada, ketika itu, juru terbang (Fighter pilot) menggunakan syabu perlu berjaga-jaga semasa dalam penerbangan jauh dan juga askar-askar lain berperang tanpa tidur untuk tempoh masa yang panjang;
Ø     Mereka yang paling mengemari mengguna syabu pada masa perperangan tersebut adalah askar-askar Amerika Syarikat, China dan Jepun. Oleh kerana itu, adalah sukar bagi menentukan pihak manakah yang mula bertanggungjawab atas rekaan syabu. Apa yang mereka mementingkan ialah supaya mendapatkan kesan positif daripada syabu tanpa mengirakan kesan negatithya yang kadangkala boleh mendatangkan maut;
Ø     Dari segi sejarah Sabah, syabu mulai dikesan pada awal tahun 1992 yang dipengaruh oleh pembiakan Syabu kerana kebanyakan daripada pendatang-pendatang tanpa izin warganegara Filipina di Sabah adalah pengguna syabu dan syabu yang mereka bawa bersama-sama untuk kegunaan sendiri telah diedarkan juga kepada penduduk-penduduk tempatan. Pengaruh Syabu di Filipin pula telah ditinggalkan oleh askar-askar Amerika Syarikat yang telah lama berkhidtnat di negara tersebut.
NAMA BRAND DAN GRED SYABU
Ø    Syabu yang terdapat di pasaran adalah terdiri daripada beberapa jenis nama mengikut rupa bentuk dan mutunya. Diantara nama-nama yang di panggil adalah seperti:
i) China White
ii) Cristal Stones
Ø    Pada umumnya, Syabu yang dipasarkan adalah dibahagikan kepada tiga gred iaitu
Gred I - Cristal Stones
Gred II - China White
Gred III - Syabu biasa yang kebanyakanya telah dicampur dengan tawas.
 KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]
Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:
a.      Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
b.     Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
c.      Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
d.     Bersifat agresif.
Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:
a.      Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
b.     Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
c.      Keracunan pada sistem saraf tunjang;
d.     Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
e.      Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
f.       Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.
KESALAHAN DlBAWAH ADB, 1952
METAMPHETAMINE adalah tersenarai di bawah Akta DadahBerbahaya 1952 (pindaan 1998) dan berkuatkuasa pada 15.9.98 mengikut Akta A 1025.
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN
JENIS DADAH
SEKSYEN
KESALAHAN
BERAT DADAH
HUKUMAN/DENDA
Ganja
6
Memiliki
Ke bawah 20gm
RM 20,000/-atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

39A (1)
Memiliki
20gm keatas tetapi kurang daripada 50gm
Tidak kurang 2 tahun penjara berat tidak kurang 3 kali dan tidak melebihi 10 kali.

39A(2)
Memiliki
50gm ke atas tetapi kurang dari 200gm
Penjara seumur hidup atau tidak kurang 6 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

6B
Menanam pokok ganja
Tidak kira berapa pokok
Penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 6 kali

39B
Mengedar
200gm ke atas
MATI
Candu
9
Memiliki
Ke bawah 100gm
RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

39A(1)
Memiliki
100gm ke atas tetapi kurang dari 250gm
Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.

39A(2)
Memiliki
250gm ke atas tetapi kurang dari 1000gm
Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

39B
Mengedar
1000gm
MATI
Heroin/ Morfin/ Monoacetyl Morphine
12(2)
Memiliki
Ke bawah 2gm
RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

39A(1)
Memiliki
2gm ke atas tetapi kurang dari 5gm
Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.

39A(2)
Memiliki
5gm ke atas tetapi kurang dari 15gm
Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

39B
MENGEDAR
15gm ke atas
MATI
Ubat Batuk
9(1)
Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar
-
RM3,000/- atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-duanya
Pil
30(3)
Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar
-
RM10,000/- atau penjara tidak kurang 4 tahun atau kedua-duanya
Syabu
12(2)
Memiliki
Kebawah 5gm
RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya

39A(1)
Memiliki
5gm ke atas tetapi kurang dari 30gm
Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.

39A(2)
Memiliki
30gm ke atas tetapi kurang dari 50gm
Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

39B
MENGEDAR
50gm ke atas atau lebih
MATI

SYABU @ ICE @ BATU

Masalah dadah di negara kita bermula sejak dari pemerintahan British lagi,klik di sejarah-dadah-di-malaysia-1. dan klik disini.












DADAH JENIS HEROIN
ANTARA PERALATAN YG DIGUNAKAN UNTUK MENAGIH DADAH JENIS HEROIN





PENGGUNA DADAH SEMAKIN BERTAMBAH?






Saban hari samada di dada dada akhbar mahupun di media media elektronik, kita seringkali dapat mendengar pelbagai isu yang berkaitan dengan DADAH. Ada sahaja berita berita yang kurang enak kita dengar terpampang  yang melibatkan dengan pengguna pengguna dadah ini. Kebanyakannya terbabit dengan jenayah.
Biar pun ia bagaikan sudah menjadi semacam santapan harian dalam ulasan isu semasa, namun yang jelas perlukah kita sebagai komuniti hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan diri tanpa dapat melakukan apa apa?
Perlukah kita hanya menunding jari dan membiarkan saja perkara itu berlaku dan hanya mengharapkan pihak pihak berwajib bertanggungjawab dalam hal hal seperti ini?

Ada juga sesetengah dari komuniti kita sendiri menganggap isu isu ini sebagai hal yang remeh temeh saja. Ada juga yang terlalu sibuk berpolitik seolah olah perkara perkara yang membabitkan soal komuniti ini sebagai tidak releven lagi!
Cuba kita fikir sejenak, kita mempunyai penduduk sekitar 28 juta orang. Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini pengguna penguna dadah semakin meningkat perpandukan dari statistik statistik yang dikeluarkan oleh pihak pihak yang prihatin dengan masalah sosial ini. Dan yang terkini.KLIK DISINI.

Walaupun berbagai bagai tindakan telah diambil, namun perkara ini tidak mungkin dapat dihapuskan sekiranya komuniti itu sendiri masih lagi berpeluk tubuh! Bayangkanlah apa akan terjadi pada negara kita sekiranya jumlah pengguna dadah ini telah mencapai angka JUTAAN ?
Selamatkah kita dan keluarga kita sekiranya perkara ini benar benar terjadi ? Pembunuhan, jenayah, penipuan, kecurian dan penculikan berlaku saban hari disekitar keJIRANAN kita?
Pikir pikir kan laaa