Ini lagi satu perkara yang patut kita kena tau...! Menurut naskah MAKLUMAT DADAH 2009 terbitan KEMENTERIAN DALAM NEGERI ada menyatakan bahwa pada statistik jan-dis 2009 mengikut bangsa 31,705 adalah MELAYU ! Iaitu 87.1% dari keseluruhan penagih yang dikesan. Aku ulang balik 87.I% ! Tahniah!!!! Dan dari 2005-2009 (5 tahun), melayu sebanyak 73.30%!
Sepatutnya aku merasa sedih malahan kita semua seharusnya merasa sedih dan gementar. Kenapa aku cakap macam ni ? Antaranya apabila aku melayari laman web AADK aku lihat sebanyak 130 buah pusat pemulihan dadah persendirian (PPDP) telah ditubuhkan oleh badan-badan serta orang perseorangan yang prihatin pada masaalah sosial ini. Tapi yang menggemparkan aku ialah jumlah senarai bangsa melayu yang beragama islam hanya 32 buah saja seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak! Inilah hakikatnya.
Bila aku menceritakan tentang masaalah dadah ini pada masyarakat, 'feed back' yang aku dapat bukan masaalah kami atau sebagainya. Malahan bila aku cuba 'approched' pula badan-badan serta pertubuhan yang berteraskan Melayu/Islam pun sama. HAMPEH !!!!!!!!!
Cakap pandai, nak tolong bangsa la....,pejuang agama la....... kebanyakannya hanya..................... aku pun tak tau ? Cuba kita fikir sejenak; sekiranya di negara yang kita sayangi ini (MALAYSIA) peratus penduduknya beragama Islam/Melayu bersatu, bergerak, bertanggungjawab dalam soal ini aku rasa tidak mustahil SIFAR DADAH 2015 boleh tercapai !
Oleh itu aku seru pada sesiapa saja yang punya kesedaran dalam soal ini, hubungilah kami. Kami ketika ini sedang bergerak untuk menubuhkan sebuah RUMAH KOMUNITI yang melibatkan seluruh jentera masyarakat e.g. wakil-wakil kerajaan,jabatan-jabatan kerajaan serta NGO-NGO.
Sesiapa yang berminat boleh sertai kami.PIKIR-PIKIR LA............
1 comment:
Betul tu tuan. Kadang2 masalah kita kalau ada "mileage" khususnya dalam politik baru mereka ligat nak bantu konon. Hampa..
Post a Comment