Search This Blog

Translate

Followers

Thursday, October 28, 2010

luahan Residen RUMAH SHIQAL............

Saya Mohd. Aliff b. Ismi berasal dari Ampang, Ipoh berumur 23 tahun, anak ke 6 dari tujuh beradik. Saya merupakan salah seorang daripada beribu-ribu pelajar sekolah yg menghadapi masalah menghidu gam (spirit,glue,petrol dsb). Saya mula terjebak dgn masalah ini ketika berumur 10 tahun ketika dalam darjah 4 SK ********, Ipoh. Sehinggalah ia semakin menjadi-jadi selama hampir 11 tahun. Saya bersyukur kerana dapat tamatkan persekolahan saya sehingga ke tingkatan 5. Nasib saya boleh dikatakan baik ,kerana walaupun saya menghidu gam pada usia yang muda, namun tidaklah sampai tidak siuman seperti kebanyakan sahabat saya yang lain! APAbila tamat sekolah, masalah saya makin melarat sehinggakan menjejaskan penampilan saya. Saya langsung tidak pedulikan apa yang berlaku di sekeliling saya. Makan minum, penampilan hinggakan tempat tidur pun saya tak ambil kisah! Melihatkan keadaan saya yang tak terurus, akhirnya keluarga telah berusaha untuk pulihkan saya. Saya di bawa merawat keserata tempat. Namun semuanya hampa, saya tetap dengan tabiat lama saya juga. Setelah menghadapi pelbagai masalah yang tiada penghujungnya, maka atas permintaan dari keluarga saya pun dihantar ke RUMAH SHIQAL, Taiping.
Kini setelah hampir 11 bulan berada disini, ia telah mengembalikan keyakinan saya untukmenjadi normal tanpa lagi dibelenggu masalah lampau.Saya mendaftar masuk di RUMAH SHIQAL ini pada 12hb/1/2010 dan semenjak berada di sini pelbagai perkara telah saya pelajari dari segi kehidupan. Dan kini saya telah faham walaupun siapa diri saya dan apa keadaannya hanya saya sendiri yang mampu untuk mengubahnya. Dan dengan bantuan rakan-rakan yang sen asib dengan saya yang mahu berubah kami boleh menjadikannya kenyataan. Tiada sesiapa yang akan membantu dan orang seperti kami mesti berhenti berharap dan bersatu berjuang bersama supaya kami boleh berdiri sealiran dengan insan lain dalam masyarakat. Dengan belajar memfokuskan pada diri sendiri, saya telah berubah dari seorang yang tiada keyakinan kepada seorang yang aktif serta berkeyakinan tinggi. Harapan saya janganlah kita selalu melihat kesalahan orang, tapi jadikanlah meraka itu sebagai cermin untuk melihat arca sendiri. Sekian Terima Kasih.

No comments: