Search This Blog

Translate

Followers

Saturday, October 9, 2010

Hijrah Bersama Masyarakat Penyayang

Maka berakhirlah sudah bulan Shawal, letih nak memenuhi jemputan rumah terbuka dan yg. paling akhir semalam (8/10/2010). Hari ini kita mula buat satu program bersama Kementrian Kesihatan 'SEMINAR PENGURUSAN JENAZAH BERJANGKIT BERSAMA ANGGOTA KESIHATAN, PEMIMPIN DAN MASYARAKAT', bertempat di RUMAH KOMUNITI SHIQAL, POKOK ASSAM, TAIPING. Aku nak ucapkan ribuan terimakasih pada Jab. Kes. LMS, terutama pada En. Iahassan Majudin, En. Mohd. Adni Fazlil Alias serta mereka-mereka yg. terlibat dalam menjayakan program ini. Dalam kata-kata aluan, aku menyentuh soal komitmen yang di tunjukkan oleh k/tangan Jab.Kes. betapa keikhlasan mereka untuk membantu kami dengan memberi peluang agar dapat melibatkan RUMAH SHIQAL dalam program ini. Terima Kasih. Walaupun dari segi pasarananya serba kekurangan namun aku amat terharu dan harus diberi pujian pada kesemua residen RUMAH SHIQAL kerana kerjasama dan t/jawab yg. ditunjukkan amat tinggi nilainya. Mungkin bagi insan-insan biasa, perkara yang sebegini adalah perkara biasa bagi mereka. Namun, bagi residen RUMAH SHIQAL pula ini adalah sesuatu yg. tak pernah mereka lakukan sebelumnya.
Satu ketika dulu, mereka hanya asyik dengan dunia mereka saja, tanpa mempedulikan hal-hal yg. berlaku disekeliling mereka. Tapi apabila berada di RUMAH SHIQAL ini sifat t/jawab serta amanah telah serba sedikit mengubah cara hidup mereka. Dan yang penting penglibatan dari masyarakat juga amat memberangsangkan. Dengan kehadiran Pak Hashim Abu Bakar, ketua KRT Pokok Assam dan Ustd. Imanudin Zakaria, Naib Kadhi Pokok Assam, serta beberapa penduduk sekitar Pokok Assam sendiri seolah-olah menunjukkan satu ketika nanti masyarakat dapat menerima kehadiran bekas-bekas penagih ini sebagai sebahagian anggota masyarakat itu sendiri. Penyertaan dari kalangan k/tangan KKM.LMS serta k/tangan Kelinik Methadone (AADK LMS) telah menyuntik satu semangat jatidiri yang tinggi dan tak dapat dinilai dengan kata-kata.
Aku harap satu masa nanti RUMAH SHIQAL ini akan dpt memainkan peranannya sebagai sebuah RUMAH KOMUNITI dengan jayanya. Harapan kita akan ada lebih banyak aktiviti serta program yg akan kita laksanakan pd masa-masa mendatang.
HIJRAH BERSAMA MASYARAKAT PENYAYANG akan kita jadikan kenyataan !!!!!!!!

No comments: