Search This Blog

Translate

Followers

Showing posts with label Narcotic Anonymous NA. Show all posts
Showing posts with label Narcotic Anonymous NA. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Risalah NA- Untuk Sahabat Baru



Untuk Sahabat Baru

NA ialah satu persahabatan yang tidak berasaskan keuntungan masyarakat lelaki dan perempuan yang mana dadah telah menjadi masalah utama. Kami adalah penagih yang kian pulih dan kerap ber­temu untuk membantu antara satu sama lain kekal bersih. Tiada bayaran atau yuran yang dikenakan. Cuma satu syarat untuk menjadi ahli iaitu keinginan untuk berhenti menggunakan dadah.

Anda tidak perlu bersih apabila meng­hadiri perjumpaan, tetapi setelah perjumpaan yang pertama, kami mencadang­kan supaya anda terus datang dan datang bersih. Anda tidak perlu tunggu sehingga kritikal, dihukum penjara atau sehingga tiada pulih untuk mendapat pertolongan dari NA. Penagihan atau keadaan yang KRITIKAL ini mungkin dapat diatasi dengan pertolongan program Dua Belas Langkah Narcotic Anonymous dan persahabatan dengan penagih yang kian pulih.

Penagihan ialah satu penyakit yang boleh terjadi kepada sesiapa saja. Setengah dari­pada kita menggunakan dadah untuk me­nikmatinya, sementara yang lain untuk menghilangkan perasaan yang sedia ada. Manakala yang lain menderita daripada fizikal atau penyakit mental dan menjadi penagih kepada pengubatan yang diberi semasa sakit. Sebahagian pula meng­ikuti mereka yang menggunakan dadah beberapa kali hanya untuk diterima dan kemudiannya mendapati kita tidak boleh berhenti.

Ramai daripada kita cuba untuk meng­atasi penagihan dan kadangkala boleh diringankan buat sementara waktu sahaja, tetapi ia selalunya diikuti dengan penglibatan yang lebih teruk daripada sebelumnya.

Apa jua keadaan sekali pun, penagihan ialah penyakit yang ber­tambah teruk seperti kencing manis. Kita alah kepada dadah. Penghujungnya selalunya sama: penjara, pusat, atau maut. Jika kehidupan telah menjadi tidak terurus dan anda inginkan hidup tanpa menggunakan dadah, kami telah menemui caranya. Ini ialah Dua Belas Langkah Narcotic Anonymous yang kami gunakan pada setiap hari untuk membantu mengatasi penyakit kita !

1. Kami mengaku bahawa kami tiada daya upaya di atas penagihan sehinggakan kehidupan kami tidak boleh lagi diurus.

2. Kami mula mempercayai bahawa ada satu kuasa lain yang lebih berkuasa daripada kami mampu mengembalikan kewarasan kami.

3. Kami membuat keputusan untuk men­yerah kemahuan dan penghidupan kami kepada penjagaan Tuhan, sebagaimana kami memahamiNya.

4. Kami menyelidiki senarai moral diri kami tanpa ketakutan.

5. Kami mengaku kepada Tuhan, kepada diri sendiri dan seseorang lain, tentang punca sebenarnya kesalahan diri kami.

6. Kami dengan sepenuhnya bersedia agar Tuhan mengubah segala sifat-sifat kami yang buruk.

7. Kami dengan rendah diri memohon kepada Tuhan supaya mengubah segala kekurangan diri kami.

8. Kami menyenaraikan siapa yang telah kami aniaya dan rela untuk mem­betulkan kesalahan kepada mereka semua.

9. Kami secara langsung membetulkan kesalahan kepada orang tertentu di mana kami berpeluang, kecuali bila melaku­kannya akan menyakiti mereka atau yang lain.

10. Kami dengan berterusan akan men­yelidik peribadi diri dan apabila kami bersalah dengan segera mengakuinya.

11. Kami memohon melalui doa dan ber­tafakur untuk membaiki kesedaran hubungan dengan Tuhan; sebagaimana kami memahamiNya, berdoa hanya untuk ketetapanNya dan keupayaan melakukanya.

12. Setelah memperolehi keinsafan rohani kesan dari langkah-langkah di atas, kami akan cuba menyampaikan pesanan ini kepada penagih lain dan mengamalkan prinsip-prinsip ini di dalam segala urusan hidup kami.

Pemulihan bukan berhenti dengan hanya menjadi bersih. Apabila kita meninggalkan semua dadah (bermakna arak dan ganja juga) kita akan menghadapi perasaan yang tidak pernah dapat diatasi dengan jayanya. Kita juga akan mengalami perasaan yang tidak dapat dirasai pada masa lalu. Kita mesti bersedia untuk menghadapi perasaan yang lama serta baru yang mendatang.

Kami belajar mengalami perasaan dan menyedari bahawa perasaan ini tidak boleh melukakan kecuali kami bertindak ter­hadapnya. Daripada bertindak ter­hadapanya, kami menghubungi ahli NA jika mempunyai perasaan yang kami tidak boleh hadapi. Dengan berkongsi kami belajar untuk meng­atasinya. Ada kemungkinan mereka mem­punyai pengalaman yang sama dan dapat berkongsi apa yang berkesan untuk mereka. Ingat, seorang penagih yang keseorangan berada dalam kumpulan yang tidak baik.

Semua perasaan-perasaan ini dapat kami hadapi dengan bantuan Dua Belas Langkah, kawan-kawan baru dan penaja (sponsor). Dalam NA, kegembiraan kami akan bertambah dan kedukaan kami akan berkurangan bila ianya dikongsi. Buat pertama kali di dalam penghidupan kami, kami tidak perlu menghadapinya ber­sendirian. Kini dengan kumpulan ini, kami boleh mengujudkan hubungan dengan Tuhan sebagaimana kami memahamiNya yang berada bersama kami.

Kami mencadangkan anda mencari se­orang penaja (sponsor) secepat mungkin, setelah berkenalan dengan ahli-ahli di kawasan anda. Untuk menjadi seorang penaja (sponsor) kepada sahabat baru adalah satu kelebihan, jadi jangan teragak- agak untuk meminta. Penajaan (sponsorship) adalah satu pengalaman yang ber­faedah bagi kedua-duanya. Kami di sini untuk membantu dan dibantu. Kami yang sedang dalam pemulihan mesti berkongsi apa yang kami telah pelajari supaya dapat memilihara perkembangan di dalam program N.A. dan berkemampuan untuk ber­fungsi tanpa dadah.

Program ini menawarkan harapan. Apa yang anda perlukan ialah keinginan untuk berhenti mengguna dan kemahuan untuk mencuba penghidupan baru ini.

Hadirilah perjumpaan, dengar dengan pemikiran terbuka, bertanya, mengambil nombor talipon serta menggunakannya. Kekal bersih untuk hari ini.

Kami juga mengingatkan anda bahawa program ini adalah anonymous dan anonimiti anda berada dalam kerahsiaan. “Kami tidak berminat tentang apa atau berapa banyak yang telah anda gunakan atau siapa hubungan anda, apa yang telah anda lakukan dimasa yang lalu, berapa banyak atau kurang anda miliki, tetapi hanya apa yang anda harus lakukan tentang masalah anda dan bagaimana kami dapat membantu.”

Risalah ini diluluskan oleh Persaudaraan NA

Copyright © 1998 by
Narcotics Anonymous World Services, Inc.
Semua hak cipta terpelihara

Thursday, April 28, 2011

Sejarah NA (Narcotic Anonymous)


James Patrick Kinnon (5 April 1911 – 9 Julai 1985) Lebih dikenali sebagai Jimmy Kinnon atau "Jimmy K. adalah pengasas Narcotics Anonymous (NA), sebuah persatuan antarabangsa untuk memulihkan penagih. Selama hidupnya, hanya dikenali sebagai "Jimmy K." kerana prinsip NA adalah tentang anonimiti peribadi pada peringkat masyarakat. Dia tidak pernah menyebut dirinya sebagai pengasas NA, walaupun jelas menunjukkan bahawa beliau memainkan peranan sebagai pengasas.
Mr Crookshank
Ketika Kinnon berumur tujuh tahun beliau berkawan dengan Crookshank seorang lelaki tempatan yang pemabuk. Beliau sering dipukul orang ketika mabuk. Suatu hari Kinnon menemuinya dalam keadaan pengsan disebabkan parah dipukul. Kinnon berlari untuk mendapatkan bantuan.Setelah berminggu-minggu tidak menemui Crookshank, ibunya membawa beliau melihat temannya itu setelah didesak olehnya. Mereka menziarahi Crookshank di sebuah intitusi komuniti tempatan. Dia berkerusi roda dan sentiasa meracau. Setelah pulang, Kinnon memberitahu ibunya bahawa apabila dewasa ia akan membantu orang-orang seperti Crookshank.
Awal kehidupan
Kinnon lahir di Paisley, Scotland pada 5 April 1911. Beliau berpindah ke Amerika Syarikat pada 1920-an bersama keluarganya. Atas alasan perubatan beliau dipisahkan dari orang tuanya di Ellis Island. Ketika itu beliau tinggal bersama keluarga angkat berbangsa Jerman. Mereka berpindah ke New York dan kemudian kePhiladelphia sebaik saja keluarga beliau berkumpul kembali. Sementara di Philadelphia Kinnon mula ke sekolah swasta dan mempunyai rancangan untuk menjadi paderi. Beliau mula menggunakan alkohol dan dadah apabila dalam kesulitan. Akhirnya beliau tidak pernah menjadi paderi seperti cita-citanya.

Mencari Kepulihan

Ketika diusia tiga puluhan, Kinnon berpindah keSun Valley, California. Beliau berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Walaupun beliau bekerja sebagai pelukis dan pemasang atap rumah, namun disebabkan penagihan beliau tidak dapat menumpu sepenuhnya pada pekerjaan beliau. Beliau sering ditangkap dan akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti menagih. Beliau menderita terjerit-jerit didalam biliknya disebabkan halusinasi ketika dalam ‘withdrawal’. Kinnon berhenti menggunakan dadah dan alkohol pada 2 Februari 1950. Ia mula menghadiri Alcoholics Anonymous, sebuah program dua belas langkah. Sementara di Alcoholics Anonymous ia bertemu dengan ahli-ahli lain yang telah berjuang dengan kecanduan terhadap ubat ubatan selain alkohol. Alcoholics Anonymous sering mengecewakan ahli ahlinya kerana sering berbicara selain dari kecanduan alkohol. Kemudian Kinnon mula menghadiri pertemuan kelompok kelompok yang lain tetapi tetap kecewa dengan mereka.

Formasi Dadah Anonymous
Kinnon dan ahli-ahli Narcotics Anonymous mula mengadakan pertemuan mereka sendiri Setelah beberapa pertemuan dengan Danny Carlson dari New York, yang juga cuba untuk membuat sebuah program untuk penagih dadah, Kinnon dan beberapa yang lain diberi kebenaran daripada Alcoholics Anonymous. untuk mengadaptasi langkah-langkah dua belas. Narcotics Anonymous ditubuhkan pada tahun 1953.
Sastera
Sebahagian besar buku-buku Narcotic Anonymous ditulis oleh James Kinnon.Dia adalah penyumbang utama bagi
Yellow Booklet, Little White booklet, and Little White Book yang digunakan sepanjang tahun 1960-an dan 1970-an. Pada tahun 1981 beratus-ratus ahli Narcotics Anonymous memperluaskan lagi tulisan - tulisan ini dan mencipta the Basic Text.
Kematian
James Kinnon meninggal dunia pada 9 Julai 1985 di California. Beliau pernah menyebut sebelum kematiannya , “aku ingin memiliki batu nisan yang tertulis,
“All we did was sow some seeds and work and wrought to make this work, so that we and others could live. In Peace, in Freedom and in Love ". Beliau bersih selama tiga puluh lima tahun pada saat kematiannya.

Tuesday, October 26, 2010

Narcotic Anonymous ( NA ) di Taiping......?????

ANTARA program yang dijalankan di RUMAH SHIQAL termasuklah kaunseling. Sejak mula di buka awal 2008, kami telah mulakan program kaunseling ini. Satu program yang lebih kepada kesedaran diri, motivasi serta persediaan utk bersama masyarakat. Kami yakin sesungguhnya tiada rawatan yang boleh memulihkan penagih itu melainkan beliau sentiasa 'aware' dan sedar akan bila-bila masa pun kita boleh terjebak kembali. Kesedaran ini penting dalam proses menjaga kepulihan dirinya agar beliau sentiasa 'alert' dan berjaga-jaga hinggalah keakhir hayat!
Baru-baru ini bila kami mengikuti satu seminar di Ipoh, program kumpulan sokong bantu dan 'family association', rupa-rupanya kami di RUMAH SHIQAL telah menjalankan aktiviti ini setelah sekian lama. Cuma caranya berbeda tapi tujuannya sama. Pendekatan NA (narcotic anonymous) telah kami terapkan selama ini. Tapi apabila diberi penerangan dengan 12 langkah, kami hanya perbetulkan langkah-langkah tersebut secara lebih sistematik. Saudara Faizal Abdullah (I salute U,bro) patut diketengahkan sebagai 'rule model', dijadikan living proof bahawa seorang penagih itu boleh pergi jauh jika punya kemahuan yang cukup tinggi. Syabas, saudara Faizal, kau umpama seorang pejuang!!!
Kami juga berazam untuk menubuhkan kumpulan sokong bantu NA dan akan bergerak di Larut Matang & Selama ini, jika diizinkan olehNya. Dalam kesempatan ini juga kami merayu sesiapa sahaja diluar sana yang ingin membantu kami, hubungilah kami. Disini juga kami pamerkan beberapa aktiviti yang kami jalankan sepanjang tahun 2008-2009. Tuan/puan nilailah sendiri betapa kesungguhan kami untuk membantu rakan -rakan seklian. Ayuh, marilah bersama-sama kita membantu sebagai t/jawab sosial kita yang kita abaikan selama ini.