Pada 15/10 ni aku akan adakan satu perjumpaan dengan wakil-wakil kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan kerajaan serta NGO-NGO. Rentetan dari perjumpaan yg. pertama tempohari, 'feed-back'yang diterima amat memberangsangkan.Dalam gerakerja yg. kami jalankan, maka pada kali ini aku jangkakan lebih ramai lagi yg. akan melibatkan diri dalam perjumpaan kali ini. Tujuannya hanya satu, menubuhkan sebuah RUMAH KOMUNITI.
Antara fungsinya ialah,
dpt menggerakkan masyarakat sivil secara terarah.
menyatukan seluruh NGO-NGO dalam satu penyatuan yg. lebih jitu.
endorsment dari seluruh jabatan-jabatan kerajaan.
melibatkan wakil-wakil kerajaan spt. ketua kampong, KRT dsb secara bersepadu.
menjadi golongan pendesak serta mewakili masyarakat marhein.
membantu kerajaan dalam usaha membasmi gejala sosial.
dpt menjalankan aktiviti-aktiviti sosial dengan lebih berkesan lagi.
dan sekiranya RUMAH KOMUNITI ini menjadi kenyataan, ianya juga berfungsi sebagai pusat menggerakkan segala aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
Aku yakin satu hari kelak usaha ini akan menjadi pemangkin serta model bagi seluruh negara khususnya Negeri Perak. Sama-samalah kita berdoa agar ianya menjadi kenyataan.
gambar menunjukkan pengerusi bersama Orang Besar Jajahan Y.A.Bhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato’Dr. Haji Wan Mohd. Isa bin Dato’ Seri Haji Wan Ahmad dan gambar bersama Y/B Dato' Mohd Zahir Abd Khalid.
No comments:
Post a Comment