Search This Blog

Translate

Followers

Thursday, July 23, 2009

Harapan

Kami mengharapkan rumah komuniti ini mendapat sokongan dan dokongan pelbagai pihak,masyarakat,agensi kerajaan,NGO mahupun individu yang prihatin dengan masalah yang sedang membarah ini.Bagi pihak pemimpin masyarakat,ketua kampung,penghulu,pegawai daerah,ADUN,Ahli Parlimen,Ahli EXCO Negeri dan khususnya Dato Sri Menteri Besar sendiri amatlah diharapkan menyokong usaha murni ini.
Biarlah usaha ini akan menjadi pemangkin dan teladan pada negeri-negeri lain mencontohi RUMAH KOMUNITI SHIQAL yang kini bergerak maju.Kita berbangga kerana ia adalah daya usaha cetusan anak tempatan dimana satu ketika dulu dianggap sebagai "makanan rimau" ataupun "sampah masyarakat" oleh masyarakat itu sendiri.
Menjadi lumrah bagi sesuatu itu untuk berjaya perlukan sokongan sebagai pencetus semangat dan motivasi agar Persatuan Shifaul Qalbi Taiping terus bergerak sebagai barisan hadapan bersama sama AADK.Setelah sekian lama menanti,atas sokongan dan bantuan dari Pengarah AADK Negeri Perak,maka lahirlah Rumah Komuniti Shiqal dibawah naungan AADK ini.Ia akan terus menjadi satu bahan lipatan sejarah bagi Negeri Perak disebabkan kewujudan rumah komuniti ini adalah yang pertama di negeri Perak dan yang kedua di Malaysia.

Konsep Pendekatan

Pendekatan berasaskan konsep sokong-bantu, pembelajaran dan pengawasan sepanjang hayat melalui modul-modul terapi pemulihan, latihan dan juga peluang-peluang ekonomi. Penerapan dan pengukuhan potensi insaniah berteraskan pembangunan rohani, jasmani dan sosial menjadi elemen terpenting ke arah kecemerlangan sahsiah dan keupayaan pelatih. Metodologi yang ditekankan seperti butiran berikut:

· Sesi Motivasi dan Kaunseling
· Terapi Kerohanian
· Seminar dan Kursus
· Bengkel Kemahiran & Praktikal
· Usahawan Niaga
· Mentor-Mente
· Riadah
· Kelas Agama

Keahlian

SHIFAUL QALBI(SHIQAL) terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang beragama Islam. Ahli Shifaul Qalbi punyai dua pengertian tetapi mempunyai hak-hak yang sama seperti tertera di dalam peraturan organisasi. Dua pengertian berkaitan keahlian seperti berikut:
*Pelatih atau Bekas Penagih
Pelatih-pelatih(bekas penagih tanpa had umur) yang telah melalui program-program persatuan dan diisytihar bebas sepenuhnya dari penagihan dadah oleh badan penilai dan pemantau Shifaul Qalbi

*Orang Awam
Terbuka kepada ahli keluarga pelatih dan masyarakat awam yang mempunyai keyakinan serta keazaman untuk membantu bekas-bekas penagih (berumur 18 tahun dan ke atas).

Objektif

SHIFAUL QALBI(SHIQAL) adalah wadah untuk bekas-bekas penagih(berikutnya dikenali sebagai pelatih) bergerak secara kolektif melibatkan keluarga dan masyarakat secara bersistematik dan terarah. Ianya juga satu mekanisme untuk menyelaraskan sumber-sumber yang ada kepada suatu keputusan yang akhirnya membawa manfaat kepada pelatih dan masyarakat amnya.
Bergerak atas 7 asas seperti butiran berikut:
*Membantu bekas-bekas penagih.
*Mengembalikan kekuatan & keyakinan diri.
*Pengukuhan Duniawi & Ukhrawi.
*Mempereratkan Ukhuwah.
*Menyediakan diri untuk dapat bersama Masyarakat.
*Menjalankan program & aktiviti.
*Menyediakan peluang-peluang ekonomi dan kerjaya.

Mulanya SHIFA'UL QALBI

Cetusan dan kesedaran penubuhan SHIFAUL QALBI (SHIQAL) bermula pada Januari 2008 oleh saudara Shamzuri Bin Osman walaupun hakikatnya usaha-usaha untuk mengerakkannya telah bermula sejak 10 tahun yang lalu. Pada mulanya beroperasi dialamat No.73C, Perumahan Awam Bt.2 ½, Jln. Simpang, 34000, Taiping, Perak. Pada 1-11-2008, mula berpindah ke alamat NO. 4, JALAN MENTERI, KG. POTONG PINANG, POKOK ASSAM, 34000, TAIPING, PERAK.Selama 27 tahun terjebak di dalam penagihan dadah dan berjaya membebaskan dirinya dari perangkap maut tersebut telah memberi beliau satu pengalaman yang pahit namun cukup berharga untuk dimanfaatkan kepada rakan-rakan bekas penagih dan juga masyarakat.

       Atas kesedaran dan inisiatif  untuk  melihat  lebih ramai lagi bekas-bekas  penagih  untuk kembali  dalam
masyarakat seperti mana beliau, maka beliau berpendapat bahawa perjuangan dan usaha murni ini harus diteruskan. Memahami usaha ini tidak mampu untuk dilaksanakan secara individu,maka pengemblengan usaha dan tenaga secara kolektif melalui usaha dan tenaga secara kolektif melalui keterlibatan rakan-rakan masyarakat di atas platform rasmi ini akan lebih bermakna.Selain kesungguhan serta komitmen individu terbabit untuk berubah, pra syarat terpenting adalah sokongan dan dokongan berterusan dari keluarga terbabit dan masyarakat amnya Insyaalah akan menerbitkan kejayaan.
Melalui SHIFAUL QALBI (SHIQAL) dan pengalaman diri, beliau gigih berjuang untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai jika sekiranya benar-benar ikhlas selain mendapat pertolongan dan hidayah dari ALLAH s.w.t.

Walaupun sedar jalan yang akan ditempuh masih jauh dan berliku, namun ia tetap akan diteruskan. Dalam ertikata sebenar pemulihan serta rawatan penagihan dadah ini adalah perjuangan sepanjang hayat. Untuk mengekalkan kepulihan dari cengkaman penagihan dadah itu bukanlah boleh dipandang enteng, ia sesuatu yang akan terus menerus menghantui seseorang penagih dadah itu sehingga akhir hayatnya. Dengan berbekal semangat serta azam yang tinggi, yakini lah kita bersama......