Search This Blog

Translate

Followers

Friday, October 7, 2011

Tanggungjawab seorang bekas pengguna dadah




lapuran oleh OM
Batu Kurau  4 Okt – Biar pun pernah menerima tentangan hebat dari rakan-rakan serta ahli keluarga namun beliau tetap teguh berjuang untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang musuh utama Negara iaitu DADAH.
           Beliau tekad untuk berjuang dan berbakti kepada masyarakat dan pada 3 oktober 2011 , beliau dijemput oleh sahabat beliau iaitu En. Nazri Muluk (pegawai AADK LMS) untuk memberi taklimat tentang bahayanya dadah kepada pelajar-pelajar lepasan UPSR di Sekolah Kebangsaan Batu Kurau.Beliau telah berkongsi pengalaman beliau betapa peritnya hidup sebagai seorang pengguna dadah.Ketika taklimat, kita boleh lihat bahawa pelajar-pelajar ini tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang bahayanya penagihan dadah dan apabila di tanya kepada pelajar pelajar adakah mereka kenal ciri-ciri penagih? Namun pelajar pelajar yang ditanya tidak mampu menjawab.
          Sudah menjadi tanggungjawab sosial buat beliau serta Persatuan Shifaul Qalbi Taiping Perak agar generasi kita mempunyai kesedaran yang tinggi akan bahayanya dadah umpama perangkap maut yang sukar untuk melepaskan diri.
          Seperti yang diketahui oleh kakitangan AADK sendiri, kadar penagihan dadah di kawasan Batu Kurau adalah di tahap membimbangkan dan tidak harus di pandang enteng. Adakah kita mahu melihat ada dikalangan murid-murid ini menjadi penagih? Adakah kita mahu melawat mereka di PUSPEN? Tentulah tidak, namun pernahkah kita bertanya pada diri sendiri bahawa kita hanya mampu mengeleng kepala tetapi tiada tindakan atau sumbangan yang kita mampu beri sebagai salah seorang ahli masyarakat?
          Seperti yang kita sedia maklum, banyak lagi kawasan di mana penagihan dadah di tahap membimbangkan seperti di Bukit Gantang, Matang dan di Batu Kurau itu sendiri tetapi tiada tindakan di ambil. Kita sering menunding jari kepada pihak berkuasa sambil berkata “Aku bayar cukai mahal-mahal kat kerajaan untuk bayar gaji hangpa tapi dok makan gaji buta ja..apa pun tak buat” sebaliknya dari menunding jari sedarkah kita jari yang menunding itu juga sedang menunding jari kepada kita? Dari kita kering tekak membebel kepada pihak berkuasa apa kata kita sebagai ahli masyarakat mengambil inisiatif untuk melaksanakan tindakan dan ia bermula di rumah terlebih dahulu.

No comments: