Search This Blog

Translate

Followers

Friday, October 21, 2011

Dari Heroin kepada Methadone - 3

MMT adalah satu program 'harm reduction' untuk tujuan menghapuskan gejala ketagihan, kebergantungan serta cuba menghapuskan sifat euphoria pada pengguna dadah jenis opiod seperti heroin. Persoalannya, berapa lama serta jumlah yang diperlukan bagi mereka mereka ini harus gunakan ketika mengikuti program MMT ini?

Durasi (Tempoh)
Pada amnya,walaupun terdapat banyak berdebatan tentang tempoh dan jadual rawatan, pesakit selalunya boleh mendapatkan rawatan yang berterusan di klinik methadone selama mana yang mereka perlukan. Sebenarnya terdapat b
anyak faktor yang menentukan jadual rawatan seseorang itu, termasuk dasar-dasar klinik tertentu yang kadang-kadang membenarkan pesakit itu untuk terus menjalani rawatan selagi mereka ingin untuk berbuat demikian. Secara umum, program MMT ini dilihat sebagai pengurusan gejala yang berterusan dan bukannya sebagai rawatan pemulihan. Terdapat hujah-hujah asas bagi mereka yang melihat metadon sebagai hanya satu lagi dadah preskripsi yang diambil secara berjadual untuk keadaan jangka panjang bagi pengguna dadah yang kronik.
Di bawah adalah fakta-fakta yang menarik tentang penyalahgunaan dadah di Malaysia dan Methadone:
(sumber maklumat daripada Lee Lam Thye, Malaysian Crime Prevention Foundation: 2/10/2007)

·           Terdapat perubahan dalam paten penyalahgunaan dadah di Malaysia yang ketara kebelakangan ini.
·            Terdapat lebih kurang 300,000 jumlah penagih yang berdaftar tetapi jumlah sebenar mungkin menghampiri 1.2 juta orang.
·            1 orang bagi setiap 25 orang Malaysia adalah penagih dadah bersamaan dengan 4% rakyat Malaysia, berbanding 1 nisbah 30,000 atau 0.03% rakyat Amerika Syarikat!
·            91% penagih mempunyai pendapatan tetap dan sebahagian mereka mempunyai pendapatan yang lumayan didalam industri hiburan dan pemakanan.
·      Remaja di antara 13 hingga 15 tahun mula mencuba dadah kali pertama.
·            71% penagih adalah berumur di antara 19-39 tahun.
·            Penagih tegar membelanjakan RM100-00 sehari, purata yang lain membelanjakan RM30-00 sehari dan jumlah perbelanjaan mereka bersamaan dengan RM1 bilion setahun!!
·           40% daripada penagih adalah peragut, pencuri dan penjenayah kecil-kecilan.
·           Heroin dan amphetamine adalah paling popular.

Kajian Methadone di Scottish 2006 pula seperti berikut:
(sumber maklumat daripada Neil McKeganey, Glassgow Centre for Drug Research 2006)
·          20, 000-00 penagih menerima 1/2 juta methadone pada harga 12 juta pound.
·          695 penagih yang menggunakan methadone semenjak 2001 menunjukkan 97% kegagalan.
·          30% tahap kejayaan selepas 3 tahun menerima perkhidmatan 'Residential Rehabilitation' (berbanding rawatan methadone)
·          Kaedah rawatan methadone boleh dianggap sebagai kejayaan yang sangat tipis, lebih baik daripada tidak membuat apa-apa

Kajian di Amerika Syarikat pula seperti berikut:
(sumber: Drug Abuse Treatment Outcome Studies, DATOS 2007)
·          1,200 kemudahan pusat rawatan dengan 200,000 pesakit menggunakan methadone
·          10,000 orang terpaksa dirawat dibilik kecemasan selepas penyalahgunaan methadone pada tahun 2001



Penyalahgunaan Methadone
(sumber: International Journal of Pharmacology, 2005)
·            sebahagian penagih heroin mengaku bahawa mereka lebih suka menggunakan methadone untuk ketagihan
·           banyak bekas penagih heroin mengakui bahawa ketagihan heroin lebih mudah dirawat/dihentikan daripada untuk keluar daripada methadone
Menurut satu blog klik http://legal-malaysia.blogspot.com/2008/07/fakta-fakta-menarik-tentang-dadah-dan.html , Methadone juga mempunyai perangkap:-
·           banyak penagih mengakui bahwa ketagihan methadone lebih teruk daripada heroin, jika terlepas sehari mengambil methadone penagih akan terus sakit berbanding heroin.
Kesimpulan Methadone:-
·            satu kejahatan digantikan dengan yang lain.
·            tempoh ketagihan dan penggantungan kepada dadah yang dipanjangkan melalui rawatan methadone.
·            Kehayalan boleh menjadi sama dengan heroin.

Kesimpulan 

  • jika dilihat, seolah olah program MMT ini akan mendatangkan masalah pada kepulihan penggunanya.
  • tidak ada 'bench mark' yang mengatakan program ini membawa kejayaan.
  • apakah program MMT ini hanyalah salah satu program 'experiment' yang selalu diamal oleh kerajaan e.g. tough n rugged, halaqah, TC dsb tanpa kajian yang menyeluruh.
  • apakah ia satu konspirasi ?
  • dan banyak lagi yang masih menjadi tanda tanya pada kita......  
sambungan......


No comments: