Jurnal Perjalanan ini......
petikan dari basic text NA-
NA adalah sebuah kumpulan lelaki & wanita yang
berkongsi satu masalah iaitu DADAH. Kita
bertemu setiap hari hanya bertujuan saling membantu didalam kepulihan
kita. Program ini tidak melibatkan sebarang
penggunaan DADAH. Syarat bagi setiap ahli, berazam untuk pulih. Kita
syorkan untuk anda membuka minda dan memberi peluang pada diri sendiri. Program
ini amat mudah untuk diikuti dalam kehidupan harian kerana disusun mengikut
prinsip prinsip tertentu. Apa yang penting ia berkesan. Tiada sebarang ikatan
dan terikat dengan mana mana organisasi,tiada yuran serta tiada perjanjian
dengan sesiapa. Kita tiada ikatan dengan kumpulan politik, agama atau
penguatkuasa dan bukan dibawah pengawasan. Sesiapa sahaja boleh menyertai kita.
Kita tidak berminat dengan jenis dan jumlah dadah yang digunakan atau diambil
dari mana, itu semua telah berlalu, tetapi kita ingin tahu bagaimana untuk
menyelesaikan masalah dan cara untuk kita membantu. Setiap peserta baru amat
penting dalam setiap perjumpaan, kerana kita hanya boleh menyimpan apa yang
boleh kita berikan. Dari pengalaman yang kita perolehi bahawa sesiapa yang
kerap hadir dalam perjumpaan ini lazimnya akan kekal ‘bersih’ ......
Aku terpaksa mempelajari hidup tanpa dadah. Bayaran yang perlu aku bayar adalah hak
untuk aku pulihkan diri aku sendiri.
Berhadapan dengan apa jua kemungkinan, aku perlu berkongsi dan mendengar secara jujur mesej yang disampaikan
oleh mana mana sumber demi pemulihan aku. Akhirnya aku mulai sedar adanya harapan buat diriku. Aku akan gunakan apa saja yang aku perolehi dan pelajari
untuk hidup tanpa dadah. Dua Belas Langkah adalah satu kaedah positif yang
membantu pemulihanku.
Selepas dibebaskan dari penjara, 2007, aku mencari kaedah yang aku fikirkan amat bertepatan dengan kehendak pemulihan aku. Telah lama aku selidiki punca mengapa aku tidak dapat mengekalkan kepulihan selepas berjaya 'buang gian'. Paling lama 4 tahun itu pun sebab tengah hangat bercinta...., belum pun bernikah, dah terlibat balik! Aku masih ingat malam pernikahan tu aku 'kantoi' dengan isteriku, dia 'combat' tengok aku tengah chasing(hisap) dalam bilik air. Dari 2007 hingga sekarang 2013 aku berjaya kekalkan kepulihan aku bukan kerana faktor faktor tertentu, aku mengekalkan kepulihan aku kerana aku berjaya mengikuti 12 LANGKAH MENUJU PEMULIHAN.
Tujuan utama kita ialah untuk kekal bersih dan menyampaikan mesej kepada penagih yang masih menderita. Kita semua bersatu dengan masalah yang sama. Dengan berbincang, berkongsi, dan membantu penagih yang lain, kita dapat kekalkan kepulihan kita. Mereka mereka yang baru adalah orang yang paling penting dalam setiap perbincangan kita, kerana kita hanya boleh menyimpan apa yang akan kita berikan.

NA mempunyai bertahun-tahun
pengalaman dengan beratus-ratus ribu penagih. Pengalaman secara langsung dalam
semua fasa penyakit dan pemulihan tiada tandingan dari nilai terapeutiknya.
Kita berada di sini untuk berkongsi secara bebas dengan mana-mana penagih yang mendambarkan pada kepulihan.
Mesej pemulihan ini berdasarkan pada pengalaman sendiri.
Sebelum ini aku keletihan, konon dapat mengawalnya dan tertanya-tanya "apa yang tidak kena?". Selepas aku berada
dikalangan mereka yang pulih dan berkongsi pengalaman, aku mulai menaruh harapan. Jika mereka, begitu juga aku! Cuma dengan
satu syarat, keinginan untuk pulih. Catitan jurnal ini boleh menjadi pemangkin untuk berjaya sekiranya kita jujur
dan ikhlas mahukan kepulihan. Kita tidak semestinya
bersih apabila kita mulakan, tetapi yang pasti pemulihan itu akan datang sekiranya kita tetap kembali, kembali dan kembali bersih. Kita tidak
perlu menunggu untuk ‘overdose’ atau penjara , untuk mendapatkan bantuan daripada
program ini bersama sama denganku. Percayalah, ketagihan tidak bermakna tiada harapan untuk pulih…..
Aku bertemu penagih yang bersih, melihat, mendengar
dan menyedari bahawa mereka telah menemui satu cara untuk hidup dan menikmati
kehidupan tanpa dadah. Aku tidak perlu lagi melihat masa lampauku.
Aku mula memeriksa dan mengkaji semula idea-idea
lamaku. Aku sentiasa boleh memperbaiki idea-idea lama ini atau menggantikannya
dengan yang baru. Yang pasti aku sedar dan mengakui
bahawa aku amat lemah untuk mengatasi penagihanku ini.
Apabila kita gunakan, kita kalah.
Dalam aku meniti usia, dari 13 tahun hinggalah keusia 42 tahun, telah aku habiskan lebih dari suku abad usiaku dengan DADAH. Apabila aku mendapati bahawa aku tidak boleh hidup
dengan atau tanpa dadah , aku berusaha mencari bantuan, bukannya
memanjangkan lagi penderitaanku.
Program ini bagai suatu keajaiban dalam kehidupan kita. Kita menjadi orang yang berbeza. Mengekalkan pantang larang dengan kaedah program ini, memberikan kita peluang setiap hari kehari mejauhi ‘perangkap maut’ yang dikenakan oleh kita sendiri. Kita bebas untuk hidup.

Kini aku mahukan tempat pemulihan yang selamat , bebas
daripada ancaman luar. Bagi tujuan perlindungan, aku melarang keras sebarang
bahan terlarang (dadah dsb) dibawa semasa perbincangan. Dalam program ini, kita boleh mengeluarkan apa jua kata kata kerana tiada agensi-agensi
penguatkuasaan yang terlibat. Ianya penuh dengan suasana empati.
Selaras dengan prinsip-prinsip pemulihan, bukan untuk diadili, bukan untuk menunjuk atau cuba
merendahkan moral sesama kita. Kita tiada borang keahlian serta yuran dan juga tiada perkhidmatan kaunseling
atau komuniti.
Perjalanan aku semakin jauh, hidup aku semakin teratur. Dalam setiap perjumpaan, akutelah melalui proses mengenal diri, harapan dan perkongsian. Inilah nadi degupan jantung intipati sebenar apabila dua penagih berkongsi atas tujuan pemulihan mereka! Semuanya menjadi nyata apabila kita berkongsi. Ia pasti berlaku apabila lebih besar skala yang hadir dalam perjumpaan kita. Bermula dari situ aku mula berkumpul untuk membantu antara penagih dengan penagih. Kami akan mulakan dengan membaca kisah kisah teladan yang boleh dijadikan pedoman, 'naqib' akan dilantik dan mulalah kami bincangkan topik topik tertentu. Atau aku hadirkan diri dalam perjumpaan tertutup, dimana sifat perkongsian serta mengambil tahu (sharing and caring) menjadi intipati utama dalam pertemuaan ini.
Mesyuarat terbuka pula mengalu-alukan sesiapa yang ingin bersama dengan kami. Suasana ini dilindungi oleh prinsip dan tradisi kita. Dengan sukarela aku serta sekelian ahli sepenuhnya menyokong melalui sumbangan sumbangan kami. Tidak kira di mana aku berada, perjumpaan seperti ini boleh aku adakan, tidak semestinya terikat.
Penyediaan tempat bertujuan untuk bersama dengan penagih lain. Apa yang diperlukan hanyalah dua orang penagih yang sedia mengambil tahu dan berkongsi (sharing and caring), untuk mengadakan perjumpaan itu.

Aku membiarkan 'idea-idea' baru mengalir ke dalam diriku. Aku sering bertanya soalan. Aku berkongsi apa yang aku pelajari, hidup tanpa
dadah. Walaupun prinsip-prinsip adakalanya kelihatan aneh pada mulanya, namun ia berhasil bagi diriku. Program ini
merupakan satu cara hidup. Aku mempelajari prinsip nilai nilai keimanan seperti tawakal, muhasabah dan tarbiah dari naskah naskah yang disediakan,
hadir dalam perjumpaan dan mengikuti kaedahnya. Aku dapati bahawa kehidupan aku semakin bertambah baik, jika aku sentiasa berpantang larang dan mematuhi
setiap kaedahnya untuk mengekalkan pemulihanku. Menghidupkan
program ini memberikan aku kekuatan dalam perhubunganku dengan Illahi, membetulkan
keimanan dan membawa aku untuk membantu orang lain. Di mana terdapatnya kesalahan,
ia mengajar aku semangat bermaaf maafan.
Banyak buku telah
ditulis mengenai sifat ketagihan, dan catitan ini lebih kepada sifat
pemulihan. Jika anda adalah seorang penagih, sila berikan diri anda peluang dan
membaca catitan ini..........bersambung
1 comment:
sebarang cadangan serta pandangan amat dialu alukan.-adm
Post a Comment