Search This Blog

Translate

Followers

Thursday, July 23, 2009

Mulanya SHIFA'UL QALBI

Cetusan dan kesedaran penubuhan SHIFAUL QALBI (SHIQAL) bermula pada Januari 2008 oleh saudara Shamzuri Bin Osman walaupun hakikatnya usaha-usaha untuk mengerakkannya telah bermula sejak 10 tahun yang lalu. Pada mulanya beroperasi dialamat No.73C, Perumahan Awam Bt.2 ½, Jln. Simpang, 34000, Taiping, Perak. Pada 1-11-2008, mula berpindah ke alamat NO. 4, JALAN MENTERI, KG. POTONG PINANG, POKOK ASSAM, 34000, TAIPING, PERAK.Selama 27 tahun terjebak di dalam penagihan dadah dan berjaya membebaskan dirinya dari perangkap maut tersebut telah memberi beliau satu pengalaman yang pahit namun cukup berharga untuk dimanfaatkan kepada rakan-rakan bekas penagih dan juga masyarakat.

       Atas kesedaran dan inisiatif  untuk  melihat  lebih ramai lagi bekas-bekas  penagih  untuk kembali  dalam
masyarakat seperti mana beliau, maka beliau berpendapat bahawa perjuangan dan usaha murni ini harus diteruskan. Memahami usaha ini tidak mampu untuk dilaksanakan secara individu,maka pengemblengan usaha dan tenaga secara kolektif melalui usaha dan tenaga secara kolektif melalui keterlibatan rakan-rakan masyarakat di atas platform rasmi ini akan lebih bermakna.Selain kesungguhan serta komitmen individu terbabit untuk berubah, pra syarat terpenting adalah sokongan dan dokongan berterusan dari keluarga terbabit dan masyarakat amnya Insyaalah akan menerbitkan kejayaan.
Melalui SHIFAUL QALBI (SHIQAL) dan pengalaman diri, beliau gigih berjuang untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa tiada yang mustahil untuk dicapai jika sekiranya benar-benar ikhlas selain mendapat pertolongan dan hidayah dari ALLAH s.w.t.

Walaupun sedar jalan yang akan ditempuh masih jauh dan berliku, namun ia tetap akan diteruskan. Dalam ertikata sebenar pemulihan serta rawatan penagihan dadah ini adalah perjuangan sepanjang hayat. Untuk mengekalkan kepulihan dari cengkaman penagihan dadah itu bukanlah boleh dipandang enteng, ia sesuatu yang akan terus menerus menghantui seseorang penagih dadah itu sehingga akhir hayatnya. Dengan berbekal semangat serta azam yang tinggi, yakini lah kita bersama......

1 comment:

Unknown said...

Way da go dad...u'r da best!! stay cool, stay frosty....