Search This Blog

Translate

Followers

Friday, August 30, 2013

Luahan Residen RUMAH SHIQAL........











nota: catitan ini dibuat pada 20.10.2010 ketika beliau masih berada dirumah shiqal, saya 'post'kan luahan beliau sekadar sebagai renungan, Kini (2013) beliau tidak lagi bersama kami setelah berkahwin (pernikahan beliau diadakan dirumah shiqal) dan kami telah putus hubungan sehingga ke hari ini.......selepas membuat semakan dalam 'draft' blog, kami terjumpa catitan ini, dan mengambil keputusan untuk dipostkan.-pengendali (tiada sebarang pindaan dilakukan) 

Saya Mohd Yusry b. Mohd Yusuf berusia 36 tahun berasal dari Kamunting, Taiping. Mula terlibat dengan dadah ketika berusia 17 tahun. Saya pernah ditangkap dan dimasukkan ke penjara sebanyak 2 kali. Antaranya kesalahan memiliki dadah dan ditahan dibawah sek.39 B(a(2))sabit kesalahan boleh di hukum gantung. Alhamdulillah, saya bernasib baik kerana didapati tidak bersalah setelah di tahan selama 4 tahun. Saya juga pernah dimasukkan ke pusat serenti sebanyak 5 kali. Kali terakhir di Puspen, Sepang, Selangor pada 2008.
Apabila saya kembali ke kampong (2009), saya memang berazam untuk berubah, namun hanya dapat bertahan selama 2 bulan saja. Kehidupan saya selepas itu terumbang ambing. Saya tidak tahu kepada siapa hendak mengadu sehingga saya diusir dari rumah.
Akhirnya, saya dinasihati oleh pegawai AADK untuk datang ke RUMAH SHIQAL ini. Niat saya hanya satu, untuk berubah menjadi insan yang berguna. Apabila saya tiba disini,saya merasakan bahwa disinilah tempat yang dapat membuka jalan untuk saya berubah. Suasana serta konsep sokong bantu yang diterap diRUMAH SHIQAL ini telah memberi saya satu semangat baru untuk saya berubah serta berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Kini setelah hampir setahun saya berjaya membuka sebuah bengkel kimpalan sendiri.
Atas daya usaha kepulihan yang saya tunjukkan serta sokongan padu yang diberi oleh pihak pengurusan kini cita-cita saya untuk berjaya hampir pasti tercapai.
Luahan saya, sebenarnya kami sebagai penagih dadah boleh berubah dan berjaya sekiranya kita mempunyai azam yang kuat serta diberi peluang dan sokongan dibantu pula oleh mereka-mereka YANG PRIHATIN. Oleh itu saya menyeru kepada sahabat-sahabat agar kembalilah kepangkal jalan, masih ada yang ingin membantu kita.
Sekian terima kasih, kita bertemu lagi di lain 'posting'.

Thursday, August 29, 2013

PERSATUAN SHIFAUL QALBI TAIPING PERAK: USRAH - I

PERSATUAN SHIFAUL QALBI TAIPING PERAK: USRAH - I: Kali ini kita memperkatakan pula tentang rukun rukun usrah. 1. TAARUF                   mengenali sesama ahli dengan penuh rasa tanggung...

Wednesday, August 28, 2013

USRAH - I

Kali ini kita memperkatakan pula tentang rukun rukun usrah.

1. TAARUF                  

mengenali sesama ahli dengan penuh rasa tanggungjawab, hormat menghormati dengan penuh kasih sayang.
seperti maksud hadis; 
Abu Musa ra berkata; Nabi saw bersabda,"seorang mukmin terhadap sesama mukmin bagaikan satu bangunan yang setengahnya menguatkan setengahnya", lalu Nabi saw mengeramkan jari jarinya. (Bukhari, Muslim)
dan yang ini;
Abdullah bin Umar ra berkata; Nabi saw bersabda,"seorang muslim bersaudara sesama muslim, tidak menganiaya dan tidak akan dianiayai orang lain, dan siapa yang menyempurnakan hajat saudaranya, maka Allah swt akan menyempurnakan pula hajatnya; dan sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang muslim, maka Allah swt akan melapangkannya dari kesukaran dihari Qiamat; dan sesiapa yang menutupi aurat (aib) seseorang muslim, maka Allah swt akan menutupi aibnya dihari Qiamat" (Bukhari, Muslim)

2. TAFAHUM                                     

saling memahami sesama ahli dalam beramal dan bertindak.Dengan terbentuknya sifat persefahaman ini maka ia akan memantapkan lagi ikatan persaudaraan. Maka dengan sendirinya akan terhindarlah segala perasaan dengki,syak wasangka dan bermacam macam lagi. Ia berkait rapat dengan ukhwah.
Anas ra berkata; Nabi saw bersabda," jangan putuskan hubungan dan jangan membelakangi dan jangan membenci,dan jangan menghasut; dan jadilah kamu hamba Allah swt sebagai saudara, dan tidak dihalalkan bagi seorang muslim memulau saudara sesama muslim lebih dari tiga hari. (Muttafaq'alaih) (Bukhari, Muslim)

3. TAKAFUL              

amat penting dalam usrah dan menjadi tunjang dalam sesuatu kumpulan itu. Intipati sesebuah kumpulan itu terletak pada rukun takaful ini. Perasaan membantu dikalangan ahli bukan sekadar motivasi ataupun kata kata perangsang malahan sanggup turun menghulurkan pertolongan umpama ' berat sama dipikul, ringan sama dijinjing'. Jangan biarkan walau seorang pun tercicir terlantar tanpa sebarang berita dan terbela.
”Sesungguhnya salah seorang di antara kamu adalah cermin bagi saudaranya, jika ia melihat sesuatu (pada saudaranya) maka hendaklah ia membersihkannya.” (Hr. Abu Dawud dan Tirmidzi) 
Inilah 3 rukun yang perlu ada dalam sesebuah majlis usrah.

-bersambung....




Tuesday, August 27, 2013

Latooook, mau kasi halimau makan ka......?


Sebelum itu aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATHIN dari seluruh warga RUMAH SHIQAL, rasa-rasanya belum terlambat. (sebenarnya memang dah terlambat pun, sebab artikel ini aku dah draft lama dah serasa aku dari 2010 lagi...,pen)
Selama aku jadi penagih apa yang aku lihat pandangan komuniti itu sendiri..... ini benda yg sama ....... sehingga pada satu kejadian agak-agak aku tahun lepas (2009) masa tu aku dengan sahabat aku (dah arwah pun dah sahabat aku nie...,alfatihah...,pen) pergi ke Ipoh untuk ambil sijil pendaftaran KOPERASI yg telah lulus, semasa menunggu dibah. menunggu pejabat tersebut...
sorang 'Dato' pun masuk, biasala..... kena 'raspect'la...abis satu jabatan bagi laluan kat dia......
bila urusan selesai akupun nak turun lif la kebetulan masa turun tu bersama dengan 'Dato' tadi, maka berlakulah satu dialog bermula dgn sapa menyapa.....

DATO : ambil sijil ka....?
AKU : ya ,dato.
DATO : Koperasi apa?
AKU : kami buat koperasi bawah persatuan.
DATO : Persatuan utk apa tu?
AKU : persatuan ni kami bantu bekas penagih...
DATO : Oooooo, dulu saya ada kenal satu ustaz tu... dia pun buat rawatan utk penagih , tapi......
( seolah-olah tengah pikiaq ) depa ni kena bagi rimau makan aja !!!!! tu ya ubat dia.

elok pun masa tu kami dah tiba diruang lobi dan dia pun terus beredar ke tempat yang berlainan. aku ketika itu tersentak sedikit, mudian aku kejar 'Dato' tu .....

AKU : Dato, for your information, saya juga bekas penagih....
KAWAN AKU : saya pun penagih juga......

Dato tu tengok kami atas bawah atas bawah dalam keadaan terkedu !

AKU : kalau nak kena makan rimau, kami dah lama kena makan dek rimau dah.......
DATO : Bagus la ( Terus beredar )

LIHAT !!! apa yang kita paham ? ini la yang berlaku 'stigma' yang melekat pada penagih. susah untuk di kikis, sehinggakan bila ada saya bertemu dengan bekas-bekas penagih yang sudah bekerja, mereka takut untuk dedahkan identiti mereka yg sebenar, takut d buang kerja atau bila sudah berumahtangga risau anak isteri tau background dia ! Sebab itu problem dalam aku nak ketengahkan info bahwa diluar sana ada ramai lagi bekas-bekas penagih yang telah berjaya dan masih merahsiakan identiti mereka.
Komuniti hanya tahu sekadar beberapa orang , itu pun jenis yang glamer. itu pun entah la.....
mrk ini la juga antara penyumbang kepada ketidakpercayaannya komuniti pada penagih........
sori bro.... that is fact.....





Rumah ada Program ke.....?


Aku asaskan rumah shiqal atas satu tujuan- membantu mereka yang perlu dibantu. setiap kali ada kemasukan baru ke rumah shiqal, soalan yang sering ditanya "sini ada program apa, aktiviti apa ?" kenapa soalan ini yang sering ditanya pada ku ? jawapannya mudah;
1. kebanyakkan penagih dan masyarakat telah di'input' seolah-olah program lah yang boleh memulihkan seseorang penagih,
2. penagih telah dididik oleh AADK dengan program, dlm puspen ada program, dlm PS(pengawasan ) ada program, seolah-olah semua penagih perlu diprogramkan!
Sedarkah kita bahwa sesungguhnya apabila seseorang penagih itu pulang ke pangkuan masyarakat, satu perkara yang penting beliau mahu tak mahu terpaksa hidup berpandukan gerak hatinya sendiri! Realitinya selama 5-10 tahun ataupun lebih setiap hari (aku hampir 30 tahun ) menjadi penagih 'cycle of life'nya hanya tahu cari duit, cari benda alah tu, hisap atau 'jab' kemudian cari duit balik dan seterusnya begitulah selama bertahun-tahun KEMUDIAN 'kantoi', masuk pusat jadi macam robot kena diprogramkan agak-agak bila bebas dia reti ka nak idup ? Jawapannya dia tak reti........! sebab itu kita di rumah shiqal mengajar setiap residen itu harus belajar cara-cara kendiri (kendali diri sendiri) ! Cuba bayangkan bila berada di rumah, mana ada program yang di fixed kan ? Beliau sendiri yang harus belajar memprogramkan untuk dirinya sendiri. Kaedah yang kita gunakan berprinsipkan pada JATI- jujur, amanah, t/jawab dan ikhlas. Bagi aku apabila kita dpt membentuk akhlak yg sempurna maka akan lahirlah modal insan yang hampir sempurna. Sama-sama lah kita berdoa agar mereka-mereka ini termasuk diri ini diberi hidayah dan iman yang sempurna.
Pikirkan sejenak, sekiranya seseorang itu telah sebati dengan cara dan amalan yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan hariannya, maka dengan sendirinya ia membentuk keperibadian dan tingkahlaku seseorang itu. Begitu juga dengan sifat sifat seseorang penagih itu, mereka telah membentuk suatu kelaziman dalam diri mereka sendiri setelah sekian lama terbabit dengan gejala alam penagihan itu....,
Begitulah Islam memandang serius dalam soal membentuk akhlak:
Allah SWT berfirman :“ Dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari ( perbuatan-perbuatan ) keji dan mungkar. “ ( Al-Ankabut : 45 )

dan terdapat banyak hadis hadis berkenaan akhlak, diantaranya;
“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dari pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.” ( Riwayat At-Tirmidzi )

"Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang).
Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain)." (Riwayat At Tabrani)

Renungkanlah......

PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH: USRAH

PUSAT RAWATAN DAN PEMULIHAN DADAH: USRAH: apa itu usrah B ermakna keluarga dalam bahasa arab. Atas ikatan kekeluargaan dikalangan sesuatu kumpulan yang berpegangan pada seruan A...

USRAH

apa itu usrah

Bermakna keluarga dalam bahasa arab. Atas ikatan kekeluargaan dikalangan sesuatu kumpulan yang berpegangan pada seruan ALLAH swt; maksudnya, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar” Al-asr 103:2&3 
Kita boleh simpulkan bahawa objektif penting usrah ;

  1. mengikat hubungan sesama ahli kumpulan.
  2. tegur menegur
  3. nasihat menasihati

tujuan usrah


  1. mendidik hati para ahli menjadi lebih komited (beriman).
  2. meletakan kefahaman hidup pada sumber yang baik (alQuran dan alSunnah). 
  3. membina akhlak yang dipuji (patuh pada perintahNya dan meninggalkan apa yang dilarang). 
  4. menjadikan mereka yang berjaya sebagai 'rule model' (rasul dan para sahabat).
  5. berfikir dan bertindak mengikut kehendak agama (selari dengan ajaran Islam).
  6. selalu memperkatakan perkara perkara yang baik dan berakhlak (bermulazamah).
  7. melahirkan sikap ikhlas atas setiap perbuatan (keikhlasan pada Allah dalam setiap amalan).
  8. membentuk keperibadian diri, keluarga serta komuniti yang luhur dan murni (membentuk peribadi islam yang sejati).
  9. merapatkan silaturahim dikalangan ahli (membentuk ukhwah).
  10. mendapat dan memberi khidmat nasihat dikalangan ahli (membudayakan nasihat menasihati).
  11. menanamkan semangat cintakan pada kebaikan (cintakan Allah swt).
  12. meningkatkan motivasi kepada setiap ahli
  13. mewujudkan satu sistem komunikasi terarah
  14. dapat mengenalpasti bakat serta kebolehan ahli
  15. dapat lebih memahami keperibadian ahli. 

kita sambung dilain posting tajuk RUKUN USRAH.....












Tuesday, August 20, 2013

Blog baru khas untuk rawatan dan pemulihan dadah sahaja.

untuk maluman tuan/puan kami sedang dalam pembikinan blog yang baru. Tuan/puan boleh melayari blog kami ini dengan http://rawatan-dadah-shiqal.blogspot.com/. Terima kasih.

Friday, August 16, 2013

BEBAS DADAH MATLAMAT KAMI ! 
RAWATAN ALTERNATIF DALAM PEMULIHAN DADAH

Rumah SHIQAL adalah sebuah persatuan yang  menjalankan satu konsep pemulihan yg. berbeza dari mana mana PPDP ( Pusat Pemulihan Dadah Persendirian ) yg berdaftar setakat ini. Kami menyediakan penempatan buat pengguna pengguna dadah yang ingin memulihkan ketagihan dengan syarat syarat yang ditetapkan.
Antara kaedah pemulihan yang kami jalankan:

Kaedah rawatan :

          MINGGU PERTAMA

  • detoxifikasi- menyahkan toksid 
  • pengurutan dan bekam 
  • mandi wap 
          MINGGU KEDUA
  • pemulihan fizikal 
  • terapi kerja 
         MINGGU KETIGA
  • kemampatan aqidah 
  • pengajian agama 
  • solat taubat 
          MINGGU KEEMPAT
  • perkongsian masalah - kaedah ' recovering partner '
  • 12 teras pemulihan.
  • FA (family association)
  • kemampatan ukhwah
  • riadah dan rekreasi.


Tempoh :

  • sebulan 
  • lebih dari sebulan (bergantung atas permintaan )


Syarat syarat :
  • mempunyai azam yang kuat.
  • kesedaran diri tentang bahana penggunaan dadah.
  • sukarela
  • tiada rekod dikehendaki pihak berkuasa.
  • seorang pengguna dadah yang ingin berjaya untuk dipulihkan.
Pengambilan :
  • minggu pertama setiap bulan
  • pengambilan terhad.

BERSAMA SAMALAH DENGAN KAMI DEMI MASA DEPAN BERSAMA !!!!!!