apa itu usrah
Bermakna keluarga dalam bahasa arab. Atas ikatan kekeluargaan dikalangan sesuatu kumpulan yang berpegangan pada seruan ALLAH swt; maksudnya, “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar” Al-asr 103:2&3
Kita boleh simpulkan bahawa objektif penting usrah ;
Kita boleh simpulkan bahawa objektif penting usrah ;
- mengikat hubungan sesama ahli kumpulan.
- tegur menegur
- nasihat menasihati
tujuan usrah
- mendidik hati para ahli menjadi lebih komited (beriman).
- meletakan kefahaman hidup pada sumber yang baik (alQuran dan alSunnah).
- membina akhlak yang dipuji (patuh pada perintahNya dan meninggalkan apa yang dilarang).
- menjadikan mereka yang berjaya sebagai 'rule model' (rasul dan para sahabat).
- berfikir dan bertindak mengikut kehendak agama (selari dengan ajaran Islam).
- selalu memperkatakan perkara perkara yang baik dan berakhlak (bermulazamah).
- melahirkan sikap ikhlas atas setiap perbuatan (keikhlasan pada Allah dalam setiap amalan).
- membentuk keperibadian diri, keluarga serta komuniti yang luhur dan murni (membentuk peribadi islam yang sejati).
- merapatkan silaturahim dikalangan ahli (membentuk ukhwah).
- mendapat dan memberi khidmat nasihat dikalangan ahli (membudayakan nasihat menasihati).
- menanamkan semangat cintakan pada kebaikan (cintakan Allah swt).
- meningkatkan motivasi kepada setiap ahli
- mewujudkan satu sistem komunikasi terarah
- dapat mengenalpasti bakat serta kebolehan ahli
- dapat lebih memahami keperibadian ahli.
kita sambung dilain posting tajuk RUKUN USRAH.....
No comments:
Post a Comment