testimoni residen
Search This Blog
Translate
Followers
Friday, August 30, 2013
Luahan Residen RUMAH SHIQAL........
nota: catitan ini dibuat pada 20.10.2010 ketika beliau masih berada dirumah shiqal, saya 'post'kan luahan beliau sekadar sebagai renungan, Kini (2013) beliau tidak lagi bersama kami setelah berkahwin (pernikahan beliau diadakan dirumah shiqal) dan kami telah putus hubungan sehingga ke hari ini.......selepas membuat semakan dalam 'draft' blog, kami terjumpa catitan ini, dan mengambil keputusan untuk dipostkan.-pengendali (tiada sebarang pindaan dilakukan)
Saya Mohd Yusry b. Mohd Yusuf berusia 36 tahun berasal dari Kamunting, Taiping. Mula terlibat dengan dadah ketika berusia 17 tahun. Saya pernah ditangkap dan dimasukkan ke penjara sebanyak 2 kali. Antaranya kesalahan memiliki dadah dan ditahan dibawah sek.39 B(a(2))sabit kesalahan boleh di hukum gantung. Alhamdulillah, saya bernasib baik kerana didapati tidak bersalah setelah di tahan selama 4 tahun. Saya juga pernah dimasukkan ke pusat serenti sebanyak 5 kali. Kali terakhir di Puspen, Sepang, Selangor pada 2008.
Apabila saya kembali ke kampong (2009), saya memang berazam untuk berubah, namun hanya dapat bertahan selama 2 bulan saja. Kehidupan saya selepas itu terumbang ambing. Saya tidak tahu kepada siapa hendak mengadu sehingga saya diusir dari rumah.
Akhirnya, saya dinasihati oleh pegawai AADK untuk datang ke RUMAH SHIQAL ini. Niat saya hanya satu, untuk berubah menjadi insan yang berguna. Apabila saya tiba disini,saya merasakan bahwa disinilah tempat yang dapat membuka jalan untuk saya berubah. Suasana serta konsep sokong bantu yang diterap diRUMAH SHIQAL ini telah memberi saya satu semangat baru untuk saya berubah serta berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Kini setelah hampir setahun saya berjaya membuka sebuah bengkel kimpalan sendiri.
Atas daya usaha kepulihan yang saya tunjukkan serta sokongan padu yang diberi oleh pihak pengurusan kini cita-cita saya untuk berjaya hampir pasti tercapai.
Luahan saya, sebenarnya kami sebagai penagih dadah boleh berubah dan berjaya sekiranya kita mempunyai azam yang kuat serta diberi peluang dan sokongan dibantu pula oleh mereka-mereka YANG PRIHATIN. Oleh itu saya menyeru kepada sahabat-sahabat agar kembalilah kepangkal jalan, masih ada yang ingin membantu kita.
Sekian terima kasih, kita bertemu lagi di lain 'posting'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment