-sebagaimana yang dilapurkan oleh sdr. Aidil Ideris, pelajar Kolej Multimedia Utara. Beliau kini sedang menjalani pratikal di Koperasi Shifaul Qalbi Taiping Berhad dibawah Persatuan Shifaul Qalbi.
Batu Kurau,Tanggal 30 September 2011 tibanya aku di pusat serenti batu kurau buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki disana kerana telah menerima jemputan dari pihak Kementerian Kesihatan Taiping untuk memberi ceramah tentang pengalaman hidup sebagai penagih yang akan sampaikan oleh En. Shamzuri . Sebelum ini aku hanya mendengar perkabaran tentang pusat tersebut dan hanya membayangkan keadaan dan suasana disana sahaja. Sejak aku menyertai Persatuan Shifaul Qalbi Taiping, aku mula mengenali apa itu penagihan dadah dan siapa yang menagih dadah. Persatuan Shifaul Qalbi telah menubuhkan sebuah pusat pemulihan dadah persendirian yang diberi nama Rumah Shiqal. Tujuan aku disini bukan untuk menceritakan tentang Rumah Shiqal, sekadar sebagai pengenalan.
Perjalanan kami dari Taiping menuju Pusat Serenti (PUSPEN) Batu Kurau mengambil masa lebih kurang 30minit jaraknya lebih kurang 25 km. Tibanya kami disana aku amat teruja melihat keadaan luar pusat serenti tidak ubah seperti penjara, apa yang membezakannya adalah keadaan sekeliling lebih terbuka, ia hanya di kelilingi dawai besi yang tajam dan pagar setinggi 3 meter (anti climbing). Apabila selesai melihat keadaan sekeliling kami mula menuju ke pintu masuk untuk bertanya dan meminta kebenaran masuk kedalam pusat tersebut. Setelah mendapat kebenaran oleh Polis Bantuan kami diberikan pas pelawat untuk mengesahkan yang kami telah pun mendapatkan kebenaran. Setelah itu kami di iringi oleh pergawai yang bertugas untuk membawa kami ke destinasi yang dituju. Sepanjang perjalanan aku melihat keadaan sekeliling yang memberi kesedaran pada diri, bertapa sukarnya hidup didalam pusat. Hidup sentiasa di awasi dan diperhatikan disiplin begitu kuat, kadang-kadang tak ubah seperti tentera.Tertanya-tanya dalam lubuk hati ini, adakah dengan cara ini mereka mampu berubah, lalu suara halus mengatakan insyaAllah, sesunguhnya setiap kesusahan pasti ada kesenangan.
Setelah memerhatikan keadaan sekeliling tiba-tiba kami disergah oleh polis bantuan yang bertugas dibahagian pondok yang lain, beliau menyatakan bahawa keadaan sekitar kawasan pusat serenti tidak dibenarkan untuk menangkap gambar, disini aku dapat lihat bertapa mereka menjaga keselamatan kawasan agar pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.
Setelah tibanya kami didewan makan, kami disambut mesra oleh pegawai AADK dan Pegawai Kesihatan Unit HIV/AIDS LMS yang selama ini telah bekerjasama dengan Rumah Shiqal. Kami di jemput untuk naik keatas pentas untuk duduk di kerusi yang disediakan sementara menunggu ceramah dari seorang doctor selesai. Semasa berada didewan makan tersebut aku kelihatan ramai penghuni yang rata-ratanya berbangsa melayu dan Islam, kenapa mundurnya masyarakat kita mana perginya kata-kata Hang Tuah, “takan melayu hilang didunia”, disitu sekali lagi timbul rasa kesedaran diri, melihat golongan yang berumur dan bergelar datuk, begitu juga golongan remaja turut berada didalam pusat pemulihan.
Sambil aku duduk menunggu ucapan itu selesai aku memperhatikan gelagat-gelagat si penghuni, kelakuan mereka tidak ubah seperti kanak-kanak, aku tidak tahu adakah keadaan persekitaran mereka yang mempengaruhi ataupun sebaliknya.
Kini baru aku tahu, mereka semua perlukan orang seperti kita, mereka perlukan pendorong untuk berubah. Kalau bukan kita siapa lagi kalau bukan sekarang bila lagi?? Adakah kita menunggu lagi, tidakah ktia risau anak-anak kita keturunan kita turut menjejaki langkah mereka. Sedarlah wahai saudaraku.
No comments:
Post a Comment