Isu yang hangat diperkatakan dikalangan pengguna pengguna dadah samaada beliau masih menggunakannya atau pun tidak, ia sangat menarik untuk kita sama sama hayati permasalahan ini. Keterlibatan pihak pihak kerajaan, swasta, NGO NGO serta individu individu tertentu banyak memberi impak terutama dari segi keberkesanannya program MMT ( Methadone Maintenance Treatment) ini. Pada siri ini PSQTP cuba membongkar disebalik isu isu berkenaan program MMT ini menurut pandangan kami sendiri.
Menurut wikipedia Methadone juga dikenali sebagai Symoron, Dolophine, Amidone,Methadose, Physeptone,Heptadon,Phy dan banyak nama-nama lain. Ia merupakan opioid sintetik (dadah gantian). Dalam bidang perubatan digunakan sebagai analgesic dan penyelenggaraan anti-ketagihan untuk digunakan pada pengguna pengguna dadah jenis narkotik. Ia telah dibangunkan di Jerman pada tahun 1937. Walaupun secara kimia tidak seperti morfin atau heroin, metadon hanya bertindak sebagai opioid reseptor pada dadah jenis ini, dan dengan itu mempunyai banyak kesan yang sama. Methadone juga digunakan dalam menguruskan pesakit pesakit yang kronik , disebabkan jangka masa tindakan yang panjang, kesan yang sangat kuat dan kos yang sangat rendah. Methadone telah diperkenalkan ke Amerika Syarikat pada tahun 1947 oleh Eli Lilly and Company.
Methadone telah digunakan dalam rawatan ketagihan dadah (opioid dependence).Ia mempunyai toleransi yang sama dengan opioid lain termasuk heroin dan morfin serta kesan yang hampir serupa dan tempoh kesan yang lama. Mengambil secara oral boleh menstabilkan pengguna dadah dengan mengurangkan sindrom ketagihan opioid. Dos metadon yang tinggi boleh menghalang kesan euphoric (keinginan yang tinggi) pada heroin, morfin dan dadah yang serupa. Akibatnya, pesakit metadon yang mengambil dos secara betul boleh mengurangkan atau menghentikan sama sekali penggunaan bahan narkotik ini. Ia tidak boleh digunakan untuk tujuan mengurangkan penggunaan dadah selain dari narkotik seperti kokain, methamphetamine atau alkohol .
MMT ( Methadone Maintenance Treatment)
Program MMT mula dipraktikkan di negara kita pada bulan Oktober 2005. Lihat http://www.idimsut.jp/professor/activities/files/002-10-Dr.Ngadiman.pdf.
MMT adalah satu program terapi penggantian, penenang, pengurangan serta penghapusan penggunaan opiate haram (penyalahgunaan dadah) dan dapat mengurangkan jenayah yang dikaitkan dengan penggunaan dadah; dan membolehkan pesakit meningkatkan kesihatan dan produktiviti sosial mereka.
Di samping itu, mereka mereka yang mengikuti program MMT ini, mempunyai potensi untuk mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit yang berkaitan dengan suntikan, seperti hepatitis dan HIV. Kesan utama program MMT ini, adalah untuk mengurangkan ketagihan narkotik,mengurangkan perasaan yang tinggi untuk mengambil dadah dan menghalang kesan
"The principal effects of methadone maintenance are to relieve narcotic craving, suppress the abstinence syndrome, and block the euphoric effects associated with opiates".
Tetapi di Rusia, rawatan metadon adalah menyalahi undang-undang. Pegawai-pegawai kesihatan di sana tidak yakin dengan keberkesanan rawatan. Sebaliknya, doktor menggalakkan berpantang serta-merta dari penggunaan dadah, dan bukannya proses secara beransur-ansur seperti terapi penggantian metadon. Pesakit sering diberi sedatif dan ubat penahan sakit untuk menangani gejala ketagihan.
* siri yang kedua akan disambung dan ia lebih kepada sudut pandangan perubatan itu sendiri serta fungsi nya pada pengguna dadah itu sendiri.
* siri yang kedua akan disambung dan ia lebih kepada sudut pandangan perubatan itu sendiri serta fungsi nya pada pengguna dadah itu sendiri.
No comments:
Post a Comment