Search This Blog

Translate

Followers

Tuesday, September 20, 2011

ANTARA KOMUNIS DAN DADAH


Kita lihat dari skop definasi kedua-duanya kita akan dapati kedua duanya mempunyai makna yang amat jauh berbeza. Komunis > dr wikipedia bermaksud- Communism is a sociopolitical movement that aims for a classless and stateless society structured upon common ownership of the means of production, free access to articles of consumption, and the end of wage labour and private property in the means of production and real estate. Manakala Dadah pula -A drug, broadly speaking, is any substance that, when absorbed into the body of a living organism, alters normal bodily function. There is no single, precise definition, as there are different meanings in drug control law, government regulations, medicine, and colloquial usage.
Kesimpulannya komunis adalah satu ideologi yang dianggap merbahaya oleh pemerintahan Malaysia walaupun ada sesetengah negara mengamalkannya. Dadah pula lebih kepada satu bahan sekiranya diambil secara memasukkan kebadan seseorang akan dapat mengubah fungsi tubuh seseorang itu.
Apabila kita menyingkap sejarah kemasyarakatan di negara kita, kita akan dapati bahawa pada satu ketika dulu Tanah Melayu (Malaysia) pernah diancam dengan kehadiran PKM (Parti Komunis Malaya) atau lebih dikenali dengan bintang tiga! The Malayan Communist Party (MCP), officially known as the Communist Party of Malaya (CPM), was founded in 1930 and laid down its arms in 1989. It is most famous for its role in the Malayan Emergency (zaman darurat).
Rentetan dari berbagai peristiwa yang bermula dari asas perjuangan iaitu memerdekakan Tanah Melayu dari sebarang bentuk PENJAJAHAN kuasa luar.
Bila kita lihat dari skop penjajahan maka terdapat PERSAMAAN dengan fungsi yang melibatkan DADAH!
Cuma dari pandangan kebahayaannya mungkin kita dapati fahaman komunis ini semakin terhakis sejak peristiwa genjatan senjata pada 1989 di Haadyai, Thailand antara kerajaan Malaysia dengan PKM, maka berakhirlah satu zaman kegelapan darurat yang amat digeruni oleh kebanyakan penduduk Malaysia terutama yang telah melalui zaman bintang tiga pada akhir tahun 40an.

ERA baru, era mengisi dan menikmati erti kemerdekaan negara kita. Masih ada lagi satu bentuk ancaman penjajahan baru! ORDE BARU yang mungkin tidak sama dengan bentuk kezaliman bintang tiga. Tetapi, ia lebih 'advance' dan 'sophisticated' berbanding dengan bentuk penjajahan dan kezaliman komunis, iaitu DADAH!
Cara serangannya, mula-mula ia meresap ditengah tengah masyarakat kita dengan menjadikan remaja-remaja kita sebagai mangsa serangan. Agen-agennya amat licik dan sukar dikesan kerana mereka ini merupai kita, hidup dikalangan kita dan kemungkinan juga terdiri dari mereka yang amat kita kenali.
Kesan serangan, amat dasyat, hanya memerlukan beberapa orang saja yang menjadi mangsa dan hasilnya  hampir keseluruhan remaja disesebuah komuniti itu akan turut menjadi mangsa juga umpama bom berangkai atau pun penyakit yang menjalar dibawa virus.

Kini terdapat 28 buah puspen (umpama kem tahanan ) diseluruh negara berbanding ketika era komunis. Lagi dasyat bila masyarakat masih lagi 'lena diulit mimpi' tidak sedar akan bahayanya penjajahan orde baru ini! Apa yang berlaku kini adalah lebih bahaya dari apa yang pernah kita lalui satu ketika dulu! Mengapa tidak? Peningkatan mereka yang terlibat kini saban tahun makin bertambah, penjajahannya telah menular hampir seusia kemerdekaan negara kita, ia menyerang tanpa mengira bangsa, agama mahu pun taraf sosial ekonomi mangsa dan yang paling ditakuti kini ia telah pun menular ke institusi-institusi pengajian tinggi, IPTA serta IPTS.
Kerajaan juga telah menjalankan berbagai-bagai pendekatan untuk membanteras anasir subversif ini, namun telah hampir 40 tahun kita masih lagi gagal menyekat kemaraannya. Apa lagi yang perlu kita lakukan untuk menyekat kemaraannya? Selagi kita masih lagi dibuai lena maka masalah ini tidak akan dapat kita atasi!!!!!
Sedarlah akan bahayanya penjajahan orde baru ini......,wahai anak bangsaku....!

No comments: