Search This Blog

Translate

Followers

Wednesday, October 5, 2011

KISAH PERIHAL RAWATAN PEMULIHAN DADAH

 aktiviti senaman pagi yang dijalankan di Rumah Shiqal
 perbincangan dari masa ke semasa dengan pegawai AADK
 solat berjemaah di surau Rumah Shiqal
   program temu seru yang diadakan oleh residen Rumah Shiqal
 
      Pada hari ini kita lihat bagaimana pihak kerajaan telah bersungguh-sungguh untuk memastikan wawasan SIFAR DADAH 2015 menjadi kenyatan. Bermakna hanya tinggal 4 tahun saja lagi untuk mencapai wawasan tersebut. Dengan adanya AADK,PEMADAM serta PDRM bahagian Narkotik, maka secara tidak langsung kempen SIFAR DADAH 2015 ini nampak seperti akan mencapai kejayaan yang cemerlang. Lihat http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=595646&cat=sl dan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm . Saban hari ada saja program, aktiviti serta penguatkuasaan yang dijalankan agar dapat mengurangkan kes-kes yang bersangkutan dengan gejala DADAH !
    Tetapi apa benarkah masalah penagihan DADAH ini semakin berkurangan selepas kempen SIFAR DADAH 2015 ini dilancarkan? Begitu juga kempen SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR) 2010 , tidak mmenampakkan kejayaan 100%.
Cuba kita lihat rentetan demi rentetan segala perlaksanaan program yang dijalankan oleh pihak kerajaan demi untuk merealisasikan SIFAR DADAH 2015 ini.

  • 19 Februari 1983, Tun Dr Mahathir Mohammad Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu telah mengistiharkan bahawaDadah sebagai musuh negara nombor 1 dan merupakan ancaman terhadap keselamatan negara. Akta Rawatan dan Pemulihan juga telah diluluskan  yang membolehkan penahanan wajib pengguna dadah selama dua tahun.
  • Akta Kesalahan Dadah juga telah dipinda sehingga membawa ke hukuman mandatori.
  • Saban tahun ada saja berita tentang tangkapan sabit dengan kesalahan dadah.
  • Berita berita sensasi artis tempatan yang terlibat dengan DADAH juga makin bertambah. 

Kini sudah 28 tahun sejak Malaysia mengistiharkan DADAH sebagai musuh nombor wahid negara, namun kita masih lagi tidak melihat adanya tanda-tanda keSIFARan itu akan terjadi.
Apakah perlaksanaan program serta penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak kerajaan telah GAGAL?
Apakah program-program yang selama ini giat dijalankan oleh AADK telah sampai pada 'target group' yang disasarkan?
Apakah penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berwajib selama ini menampakkan kesan?
Apakah kempen penerangan demi penerangan tentang bahaya DADAH yang sedang giat diadakan oleh kerajaan amat berkesan?
Dan banyak lagi persoalan persoalan yang harus kita fikirkan bersama.
DADAH MUSUH NEGARA NOMBOR 1 
      28 tahun setelah diistiharkan oleh pihak kerajaan bukanlah satu jangka masa yang pendek. Sekiranya diukur dengan usia manusia maka ia telah melalui beberapa zaman, zaman bayi, zaman kanak kanak, zaman remaja dan telah masuk kezaman dewasa.
Lihat http://shifaulqalbi.blogspot.com/2011/04/sejarah-dadah-di-malaysia-1.html dan http://shifaulqalbi.blogspot.com/2011/04/pasca-kemerdekaan-tempoh-bermula-pada.html. Ini adalah bukti dimana negara kita telah menghadapi bahaya gejala penagihan DADAH melebihi 1 dekad. Atas kesedaran ini jugalah pemimpin pemimpin kita berusaha bersungguh sungguh untuk memastikan SIFAR DADAH 2015 adalah satu kaedah untuk menghapuskan anasir ini.
Amat malang sekali sekiranya hasrat murni pemimpin kita itu tidak dapat kita sama sama menjayakannya.
Persoalannya, mengapa sehingga ke hari ini (2011) kita masih lagi tercari cari kaedah yang terbaik untuk memerangi gejala ini? Sebagai indikator kepada tahap kesedaran bahaya DADAH di kalangan masyarakat kita, rata rata kita dapati penglibatan mereka ini masih lagi ditahap 'sambil lewa'. Info info yang disampaikan oleh pihak berwajib adakalanya bagaikan program 'syok sendiri'. Lebih kepada menjaga hati 'boss' sendiri.
Setelah berbillion RM telah dihabiskan oleh kerajaan (wang rakyat) namun hasilnya masih dibawah paras selesa.
Apakah kita masih menunggu akan sesuatu yang lebih buruk lagi menimpa kita?
Apakah tahap kesedaran kita masih rendah umpama 'Pak Kadok menang sorak, kampong tergadai' ?
Apakah masyarakat kita masih lagi mengamalkan 'tak pa....awal lagi....' ?
"seorang guru pernah menceritakan tentang seorang ayah dalam kejadian banjir di kampung mereka. Pada hari kejadian si anak telah mengejutkan ayahnya dari tidur dengan memberitahu bahawa hujan telah turun dengan lebatnya sejak dari malam tadi dan kemungkinan rumah mereka akan dinaiki air. Dengan selambanya si ayah menjawab, "ahhh, jangan risau la, masih awal lagi......", dan terus rebahkan dirinya untuk menyambung tidurnya. Dipendekkan cerita, pada petang itu hujan masih lagi turun mencurah curah. Si ayah dengan perasaan selambanya masih lagi yakin bahawa terlalu awal untuk persediaan menghadapi banjir kerana air ketika itu cuma paras lutut saja. Tak kala air telah sampai keparas dada, si ayah pun mulailah terasa akan bahayanya situasi semasa itu. Di cari si anaknya, yang ketika itu telah keluar menyelamatkan dirinya setelah merasa hampa akan sikap ayahnya yang tidak mengambil berat dalam soal ini. Akhirnya setelah air sampai ke tahap kritikal barulah si ayah tercunggap cunggap cuba menyelamatkan harta serta nyawanya yang mana sudah agak terlewat".
Apakah kita juga punya kesedaran diri serendah ini? Sama-samalah kita bangkit memerangi gejala DADAH ini habis habisan !!!!!















No comments: