Setakat hari ini kita lihat kebanyakkan pengguna pengguna dadah terutama jenis opioid, masih tidak memahami apa itu program MMT. Mereka yang mengikuti program ini rata rata menganggap dengan mengikutinya mereka telah menemui jalan penyelesaian pada masalah penagihan mereka. Apabila kerajaan melancarkan program MMT ini pada bulan Oktober 2005, ia merupakan salah satu program 'harm reduction' yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan. Pada bulan April 2006, kerajaan telah meluluskan RM56 juta dibawah Rancangan Malaysia 2006-2010 untuk melaksanakan program ini.
Sila klik: http://www.idimsut.jp/professor/activities/files/002-10-Dr.Ngadiman.pdf
Sekarang kita lihat pula dos dos yang diperlukan serta keberkesanannya pada pengguna dadah secara klinikal.

Dos
Dos yang diambil dalam program rawatan MMT ini, dimana seseorang individu itu akan dipantau ketinggian tahap toleransi mereka kepada opioid (dadah) dan dicatat dengan rapi dos harian yang diberikan. Pesakit yang mengikuti program ini secara berselangseli ditambah pula dengan sifat yang hampir sama jenis dadah yang lain, (berbanding dengan lain-lain opioid yang bertindak secara jangka panjang), perlu berhati-hati dalam memberi jumlah dos sebenar kepada pesakit menyamai kegunaannya. Majoriti pesakit dalam program MMT ini sebagai pesakit luar memerlukan 80-125 mg / sehari metadon, atau lebih, untuk mencapai kesannya dan memerlukan rawatan untuk tempoh masa yang tidak ditentukan, Perlu diketahui, program MMT bukanlah satu program rawatan pemulihan tetapi hanyalah satu ‘corrective’ program ketagihan dadah. “.methadone maintenance is a corrective but not a curative treatment for opiate addiction”. Dos yang rendah kadang-kadang tidak berkesan, atau tidak memberi kesan sekatan setara berbanding dos yang lebih tinggi. Sesetengah pesakit akan ditetapkan sebanyak 750 mg metadon sehari, walaupun dos serendah 30 mg boleh membawa maut kepada pengguna dadah yang malang ini atau mereka yang kekurangan silang toleransi “cross-tolerance” kepada opioid lain.

Di Amerika Syarikat klinik ketagihan biasanya bermula dengan dos yang rendah, selalunya ia hanya bermula kepada mereka yang berada di dalam ketagihan (withdrawal) dan diberi dos yang kecil sebagai ujian dan dibawah pemerhatian untuk kesan-kesan sampingan. Sekiranya tiada sebarang komplikasi, bahagian yang selebihnya dari dos hari pertama itu akan diberi. Selepas ini dos akan ditambah sehingga mencapai tahap klinikal yang mencukupi bagi menghalang ketagihan, keinginan dan kemungkinan penggunaan berterusan opioid (dadah), atau sehingga mereka mencapai dos maksimum yang ditetapkan oleh dasar klinik. Sebagai contoh, klinik boleh bermula pada 30 mg sehari dan meningkatkan dos 5 mg sehari sehingga laporan pesakit berasa selesa (contohnya bebas daripada gejala-gejala ketagihan). Alternatifnya, sesuatu klinik boleh menghentikan dos pada 80 mg, kemudian membenarkan pesakit untuk menambah 5mg atau 10mg setiap 2 atau 3 hari, sehingga mereka bebas daripada gejala-gejala ketagihan dan keinginan yang tinggi. Apabila stabil, pesakit seharusnya memerlukan pelarasan dos berkala sebagai perubahan toleransi klinikal secara subjektif.
Pada hari ini tidak ada dos siling yang ditetapkan dan begitu juga dengan tempoh lamanya seseorang pesakit itu harus mengikuti program MMT ini.
* Penulis cuba memahami mengapa kerajaan meluluskan program MMT ini walaupun mendapat tentangan yang hebat dari NGO NGO dan orang perseorangan di negara kita.
* Disini juga penulis akan memaparkan beberapa penulisan yang bersifat negatif pada keberkesanannya program ini disiri ke 3.

No comments:
Post a Comment