Assalamualaikum w.b.t,di atas kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan ingin memohon seribu satu kemaafan dari semua orang yang mengenali diri saya di atas segala salah silap saya.Saya Zainal Abidin Bin Kamarulzaman dari Sitiawan,Perak.Saya mula terjerumus dengan dadah pada usia 17 tahun.Saya mula terlibat dengan pengaruh rakan-rakan.Pada mulanya memang di sudut sekadar untuk suka-suka,ada masa kena,kalau tiada pun tak mengapa.Tetapi anggapan saya jauh silapnya.Apabila menjangkau usia 23 tahun.saya sendiri nampak betapa teruk dan hancurnya di kawal oleh dadah.Hubungan dengan kawan-kawan
pun hilangnya erti persahabatan.Dengan keluarga apatah lagi rosaknya hubungan itu.Ketika itu saya tahu bahawa diri saya tidak mampu untuk pulih dan tangani masalah dadah.Dengan tahu adanya rumah SHIQAL,saya datang kesini untuk meminta bantuan terhadap masalah saya,iaitu tangani mengatasi masalah dadah.Pada mulanya saya sampai ke sini,sesuatu yang kelainan saya nampak di rumah SHIQAL ini.Konsep yang dilakukan di sini saya tidak pernah terlintas di fikiran.Semua residen dan pengerusi adalah dari bekas penagih.Mereka mengajar dan memberi bimbingan terhadap konsep sokong bantu yang tiada paksaan atau arahan.Dari hari-hari timbulnya kesedaran betapa teruknya kesan dan akibat terlibat.Dengan semangat yang terbit dari rumah SHIQAL membuatkan diri saya lebih bersemangat untuk terus selangkah demi selangkah membina kerjaya dan tersematlah di dalam hati bencinya terhadap dadah yang banyak merosakkan dan menghancurkan hidup saya selama ini.Sebagaimana para residen dan pihak terbabit boleh membantu saya untuk kepulihan diri mengapa saya dan mereka tidak boleh membantu penagih-penagih yang masih terus menagih dan tidak diberi sokong bantu.Sekian.
nota: Sdr Zainal adalah seorang penagih 'ice ' (syabu ). Beliau kini dengan sukarela telah membantu RUMAH SHIQAL dalam membantu penagih-penagih yang ingin kembali ke pangkal jalan. Bersama-samalah kita doakan akan kejayaan beliau dalam menghadapi hidup yang mendatang. Coretan diatas adalah catitan beliau sendiri tanpa diedit.
No comments:
Post a Comment