Masalah dadah (candu) bermula di Asia Timur terutama dinegeri China pada abad ke 19 selepas kekalahan China dalam perang candu. Kemudian merebak ke Asia Tenggara dengan meluasnya disebabkan penghijrahan orang-orang China dari wilayah selatan tengah sepanjang abad ke 19. Dengan ini juga candu telah menjadi salah satu bahan komoditi berharga ketika itu. Perdagangan candu ini kemudian berkembang secara dramatik melalui kuasa penjajahan Syarikat Ingggeris Hindia Timur.
Di Tanah Melayu (Malaysia), walaupun penyalahgunaan dadah (opiat) bermula seawal abad ke 8 di kalangan peniaga Arab, tetapi masalah ini meningkat dengan kedatangan penjajah Inggeris! Ditambah pula dengan kedatangan buruh-buruh imigran China terutama yang bekerja di lombong-lombong bijih timah, kebanyakkannya adalah penagih candu. Imigran dari India yang bekerja di ladang-ladang getah pula cukup popular dengan penggunaan ganja.
Apabila masalah ini semakin parah, penjajah Inggeris akhirnya memutuskan untuk mengambil tindakan pencegahan (intervensi). Selepas 1910, sesuai dengan tujuan konvensyen Den Haag untuk mengurangkan penggunaan dadah terutama candu di peringkat global, kolonial Inggeris telah membuka kedai candu bertujuan mengawal monopoli candu.
Pada tahun 1925 selepas konvensyen Geneva, perdagangan candu dihadkan hanya kepada penagih candu yang berdaftar sahaja.Pada tahun 1929, terdapat 73,000 penagih candu berdaftar di negeri-negeri Selat dan52,313 di Negeri-Negeri Bersekutu. Pada 1934, tindakan yang lebih drastik telah diambil, dimana hanya penagih candu yang telah disahkan oleh pegawai perubatan sahaja dibenarkan membeli candu dan pada 1945, telah dikuatkuasakan larangan melalui undang-undang.
1 comment:
sumber maklumat dr mna ye? thanks :) syikin_hepygurl@yahoo.com.my
Post a Comment