Hampir 2 tahun PSQTP beroperasi, berbagai kerenah,fitnah & dugaan aku hadapi. Letih rasanya........ Sesuatu yang aku belajar bukan mudah untuk menggerakkan sebuah organisasi yg. berpaksikan pada kebajikan. Adakalanya aku melihat sikap masyarakat kita sendiri yang membina satu budaya sosial yang aku anggap cukup parah. Sikap kesedaran serta t/jawab sosial itu sendiri dianggap macam sesuatu yang tak perlu difikirkan. Pengalaman aku apabila bertemu dgn. ketua-ketua jabatan, kebanyakan dari mereka dengan mengambil jalan mudah seolah-olah itu adalah t/jawab ibubapa! Nah, betapa dangkalnya jawapan yg. diberi! Baiklah aku nak tanya, sekiranya kita lihat anak-anak muda melakukan maksiat atau sewaktu dgn.nya adakah kita mengambil jalan mudah dgn. membiarkannya krn. menganggap itu bukan t/jawab kita! Itu t/jawab mak pak dia! Habis tu mana peginya t/jawab kita sebagai masyarakat, jiran serta insan yg. bermaruah dan berintegriti. Janggal jawapan itukan? Jangan lagi kita memperkatakan soal tuntutan agama serta maruah bangsa. Apa tidaknya, sekiranya setiap dari kita mempunyai sikap seperti ini maka, inlah hasilnya. Bohsia ke, mat rempit ke, penagih ke, hisap gam ke, perut 'buncit' ke, bukan anak aku !Dia ada mak pak.
Hasilnya, inilah dia, semakin parah. Mana peginya t/jawab sosial kita? Tak mustahil lagi 10 tahun keadaan akan menjadi semakin PARAH!!!
Sekarang ini penghidu gam d kalangan pelajar sekolah rendah semakin bertambah! Dikalangan penuntut IPTA & IPTS pula SYABU @ ICE @ BATU sudah begitu sinonim dgn mrk!
Tak sedaq lagi ka oi!!!!!!!! Aku pun tak tau, payah, letih. Tak paham-paham lagi agak nya.
Begitu juga dgn masaalah nak gerakkan NGO ni, asyik tukar AJK aje, maklum lah NGO (none gaji organisation) sapa nak susah-susah! Tapi, tahukah mrk. sekiranya kita tak buat, sapa nak buat! Kalu nak harap gomen aje, haaaa itula (terutama orang melayu) asyik-asyik gomen, tak reti idup ka? (sori, aku pun melayu) Kita kena ubah, kita kena revolusikan mental serta cara kita berpikir! Jangan suka menunding jari pada orang ! Tahukah tuan-tuan, bila kita menunding jari pada org. 3 jari lagi tunjuk pada diri sendiri! Kan dah kena batang idung!!!!!
Ni lagi satu tolong, jangan politikkan isu t/jawab sosial ini. Sebabnya bila dah berlaku dia bukan kira parti mana pun, MCA ke, DAP ke, UMNO ke, PPP ke, PAS ke, dia tak kira semua dia sapu!
Aku pula tak kira, janji hangpa nak tolong.Aku sebagai penggerak utk. membantu mereka yg. memerlukan akan hanya ada satu saja matlamat dan niat aku, meneruskan usaha aku hingga berjaya. Semoga harapan aku ini menjadi kenyataan dan sentiasa dibawah rahmat NYA. Amin.
1 comment:
TAKBIRRR!!!
Post a Comment