Search This Blog

Translate

Followers

Wednesday, April 20, 2011

Awareness......



Pada mutakhir ini isu-isu yang banyak dimainkan oleh media massa lebih menjurus kepada soal-soal POLITIK. Samaada didada akhbar,media elektronik maupun di layar siber. Aku rasa rakyat Malaysia telah mula sedar akan tanggungjawab mereka pada negara. Jika diukur dari sudut tanggungjawab sosial, sememangnya ia adalah suatu perkembangan yang positif. Aku tidak menafikannya.
Tapi yang ingin aku persoalkan ialah tentang perkembangan moral serta budaya sosial anak-anak remaja kita yang semakin meruncing! Kita lihat perkembangan semasa yang berlaku sekarang ini amat dan patut kita risaukan. Terpampang saban hari didada-dada akhbar, dimedia elektronik dan di alam siber (youtube) bagaimana rosaknya akhlak pemuda-pemudi kita dengan gegala-gegala yang tidak sihat ini.Dari penghidu gam hingga ke seks bebas, dari tonggok arak ke pengamal syabu dari mat rempit ke bohsia dan bohjan!
Biar pun tindakan penguatkuasaan dijalankan berterusan, operasi demi operasi namun tidak sedikit pun terdapat tanda-tanda bahawa gejala ini dapat dibanteraskan dengan jayanya.Penganalisis serta pakar-pakar kajian sosial bertungkus lumus cuba mengemukakan hujah dan teori tersendiri yang ada kalanya mengjengkelkan. Mengapa?
Nah! Malas aku nak cakap panjang-panjang lagi dah! Aku cuma nak habaq kat hangpa! Perkara yang pertama yang mesti kita semua lakukan ialah KESEDARAN (AWARENESS). Ni satu subjek yang subjektif. Tapi sekiranya kesemua anggota masyarakat sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam membina budaya murni dalam komuniti itu sendiri, maka ia tidak akan menjadi satu bebanan umpama menanggung biawak hidup dibahu mana-mana pihak. Sepatutnya isu moral ini adalah isu nasional! Bukan boleh dipandang enteng dan mudah. Bila kita semua menyatakan 'pemuda tiang negara' bermakna kita semua bersetuju bahawa negara ini perlukan 'tiang'yang kukuh, tegap dan tidak mereput!
Tetapi apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Masing-masing saling tuduh menuduh sesama sendiri.Pihak atasan menuduh pihak bawahan, pihak sekolah menuduh pihak ibubapa dan berbagai-bagai lagi.Masing-masing tegak benang basah.
Dalam situasi yang sebegini pun ada juga pihak yang ingin ambil kesempatan. Ada juga sesetengah pihak pula beranggapan dia saja yang betul. Sikap birokrasi juga banyak menyumbang kearah kemorosotan sayksiah intergriti kita sendiri tanpa kita sedari. Oleh itu aku menyeru agar sama-samalah kita menyedari bahawa tidak akan selesai apa-apa masalah jua kiranya kita masih berpegang pada sikap menyalahi orang lain (BLAMING OTHERS). Terutama masalah DADAH! Pikirlah secara rasional!!!!

Monday, April 18, 2011

SEJARAH 'DADAH' DI MALAYSIA - 1

Di Tanah Melayu (Malaysia), walaupun penyalahgunaan dadah (opiat) bermula seawal abad ke 8 di kalangan peniaga Arab, tetapi masalah ini meningkat dengan kedatangan penjajah Inggeris! Ditambah pula dengan kedatangan buruh-buruh imigran China terutama yang bekerja di lombong-lombong bijih timah, kebanyakkannya adalah penagih candu. Imigran dari India yang bekerja di ladang-ladang getah pula cukup popular dengan penggunaan ganja.
Apabila masalah ini semakin parah, penjajah Inggeris akhirnya memutuskan untuk mengambil tindakan pencegahan (intervensi). Selepas 1910, sesuai dengan tujuan konvensyen Den Haag untuk mengurangkan penggunaan dadah terutama candu di peringkat global, kolonial Inggeris telah membuka kedai candu bertujuan mengawal monopoli candu.
Pada tahun 1925 selepas konvensyen Geneva, perdagangan candu dihadkan hanya kepada penagih candu yang berdaftar sahaja.Pada tahun 1929, terdapat 73,000 penagih candu berdaftar di negeri-negeri Selat dan52,313 di Negeri-Negeri Bersekutu. Pada 1934, tindakan yang lebih drastik telah diambil, dimana hanya penagih candu yang telah disahkan oleh pegawai perubatan sahaja dibenarkan membeli candu dan pada 1945, telah dikuatkuasakan larangan melalui undang-undang.










Friday, April 1, 2011

LAWATAN BAKAL - BAKAL DOKTOR UM































Pada 24 March 2011 yang lepas, RUMAH SHIQAL di lawati oleh sekumpulan penuntut - penuntut Universiti Malaya dari jurusan perubatan tahun ke 3. Menurut dari sumber, lawatan sambil belajar ini diatur oleh jabatan kesihatan daerah LMS. Seramai 50 orang penuntut yang hadir pada masa itu.
Kedatangan rombongan ke RUMAH SHIQAL pada hari itu lebih kurang pukul 4.00 petang dan disambut oleh pengerusi, AJK dan residen. Antara yang hadir ialah pegawai dari jabatan kesihatan LMS. Kehadiran mereka ke RUMAH SHIQAL telah membuka ruang pada residen-residen untuk berbual mesra dengan bakal-bakal doktor ini yang berasal dari segenap negeri serta daerah.
Antara program yang diadakan ialah sessi penerangan oleh pengerusi serta AJK yang hadir dan soal jawab oleh residen-residen serta berkongsi pengalaman mereka dengan para tetamu. Minuman ringan juga ada disediakan. Diakhir program penuntut-penuntut dibawa melawat di kawasan sekitar RUMAH SHIQAL.
Apa yang dapat dilihat daripada program tersebut ialah tentang konsep rumah komuniti Shiqal, stigma masyarakat pada penagih, serta membuka ruang kepada bakal-bakal doktor ini supaya lebih terbuka untuk mencari kaedah alternatif dalam rawatan penagihan dadah dimasa akan datang.
Diharap program-program seperti ini dapat diteruskan lagi bukan saja pada bakal doktor, malahan juga kepada penuntut-penuntut sekolah, belia-belia seperti PLKN dan sebagainya.