Pada 24 March 2011 yang lepas, RUMAH SHIQAL di lawati oleh sekumpulan penuntut - penuntut Universiti Malaya dari jurusan perubatan tahun ke 3. Menurut dari sumber, lawatan sambil belajar ini diatur oleh jabatan kesihatan daerah LMS. Seramai 50 orang penuntut yang hadir pada masa itu.
Kedatangan rombongan ke RUMAH SHIQAL pada hari itu lebih kurang pukul 4.00 petang dan disambut oleh pengerusi, AJK dan residen. Antara yang hadir ialah pegawai dari jabatan kesihatan LMS. Kehadiran mereka ke RUMAH SHIQAL telah membuka ruang pada residen-residen untuk berbual mesra dengan bakal-bakal doktor ini yang berasal dari segenap negeri serta daerah.
Antara program yang diadakan ialah sessi penerangan oleh pengerusi serta AJK yang hadir dan soal jawab oleh residen-residen serta berkongsi pengalaman mereka dengan para tetamu. Minuman ringan juga ada disediakan. Diakhir program penuntut-penuntut dibawa melawat di kawasan sekitar RUMAH SHIQAL.
Apa yang dapat dilihat daripada program tersebut ialah tentang konsep rumah komuniti Shiqal, stigma masyarakat pada penagih, serta membuka ruang kepada bakal-bakal doktor ini supaya lebih terbuka untuk mencari kaedah alternatif dalam rawatan penagihan dadah dimasa akan datang.
Diharap program-program seperti ini dapat diteruskan lagi bukan saja pada bakal doktor, malahan juga kepada penuntut-penuntut sekolah, belia-belia seperti PLKN dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment