Search This Blog

Translate

Followers

Sunday, February 13, 2011

saringan ujian air kencing oleh AADK di Rumah Shiqal





















Pada bulan jan lepas satu pasukan penguatkuasa AADK tiba pada jam 1.00 pagi di RUMAH SHIQAL.
Tujuan nya tidak lain dan tidak bukan untuk membuat pemeriksaan ujian air kencing ! Pertama saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih pada pegawai AADK tersebut atas keperihatinan beliau untuk membantu kami dalam memastikan residen-residen RUMAH SHIQAL 'bersih' dari dadah. Kami juga mendapat tahu bahawa ini adalah satu usaha secara inisiatif pegawai itu sendiri dalam keterlibatan pihak AADK daerah tanpa arahan pihak atasan. Terima kasih.
Disini aku nak jelaskan beberapa perkara yang agak pelik.
1) Sekiranya perkara yang didakwa oleh pegawai itu benar, maka seribu pujian harus diberi pada pegawai tersebut bersama anggota-anggota beliau.
2) Rumah Shiqal ditubuhkan hampir 3 tahun, adakah ini sahaja sumbangan yang boleh diberi pada usaha RUMAH SHIQAL ?
a) ini ialah 'rapid urine test' yang ketiga oleh AADK selama ini.
b) program 'matrix' yg dijalankan oleh Pn. Ng sehingga beliau bersara pada bulan disember 2010.( sebulan sekali tidak sampai setahun )
c) lawatan pegawai AADK dari masa ke samasa atas tujuan khidmat nasihat. ( tidak sampai 5 kali selama 3 tahun )!
Aku paham akan kesibukan tugas AADK daerah terutama bahagian pemulihan. Namun aku juga tidak paham mengapa dalam kesibukan mereka itu, RUMAH SHIQAL secara sedar atau pun tidak sedar telah di ketepikan ! Mungkin peranan NGO tidak diperlukan oleh AADK LMS !
Ataupun mereka takut NGO menuntut bayaran yang bukan-bukan.?
Walau apa pun aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan RUMAH SHIQAL dengan AADK LMS. Harapan aku hanya satu, marilah kita bersatu dalam usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah ini hingga ke akar umbi......, itu saja. Sekiranya RUMAH SHIQAL ada melakukan kesalahan dan menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu...., aku mohon maap bagi pihak RUMAH SHIQAL. HARAP MAAF....!









No comments: