Jemaah RUMAH SHIQAL 2014.
Rasanya belum terlambat untuk kami ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014". Dengan kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutama kepada kaum keluarga kami yang berada jauh dengan harapan semoga dalam peliharaan ALLAH swt dan sihat sejahtera hendaknya, Amin.Bagi kami disini amatlah menghargai segala usaha ayah ibu abang kakak amnya seisi keluarga kerana tidak pernah berputus asa dalam usaha membantu kami agar kembali menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Dalam kesempatan ini juga kami berazam biarlah pada 2014 ini menjadi titik permulaan buat diri kami untuk kami mulakan kehidupan yang lebih bermakna buat kita semua. Doakanlah atas usaha kami ini.
Biar pun kami datang dari berbagai bagai negeri, daerah serta kampung namun matlamat kami hanya SATU. MENJADI INSAN YANG BEBAS DARI DADAH !
Buat teman teman senasib, kami sentiasa mengiringi kalian dengan doa dan harapan agar bersama sama dalam perjuangan ini, kerana masih ada yang sayang......
Akhir kata, DEMI KEIKHLASAN DALAM PERJUANGAN INI, PENGHIJRAHAN ITU ADALAH SESUATU YANG DITUNTUT, MENCARI KEKUATAN DENGAN KECEKALAN PENGORBANAN YANG HAKIKI......., sekian. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment