BAB 4
Bagaimana Ia Berfungsi
Bagaimana Ia Berfungsi
Ini adalah 12 langkah yang ditawarkan oleh NA, bagi sesiapa yang
berusaha untuk mendapatkannya, maka anda perlu mengambil langkah-langkah ini.
Ia merupakan prinsip-prinsip pemulihan yang akan menjadi nyata;
- We admitted that we were powerless over our addiction, that our lives had become unmanageable.
- We came to believe that a Power greater than ourselves could restore us to sanity.
- We made a decision to turn our will and our lives over to the care of God as we understood Him.
- We made a searching and fearless moral inventory of ourselves.
- We admitted to God, to ourselves, and to another human being the exact nature of our wrongs.
- We were entirely ready to have God remove all thes defects of character.
- We humbly asked Him to remove our shortcomings.
- We made a list of all persons we had harmed, and became willing to make amends to them all.
- We made direct amends to such people wherever possible, except when to do so would injure them or others.
- We continued to take personal inventory and when we were wrong promptly admitted it.
- We sought through prayer and meditation to improve our conscious contact with God as we understood Him, praying only for knowledge of His will for us and the power to carry that out.
- Having had a spiritual awakening as a result of these steps, we tried to carry this message to addicts, and to practice these principles in all our affairs.
Dan ini pula 12 langkah menuju
pemulihan yang aku amalkan;
- Kami akui kami tiada daya upaya melawan pengaruh dadah sehingga hidup kami menjadi sengsara. Aku perlu lakukan langkah pertama iaitu hijrah.
- Kami meyakini adanya pertolongan dan petunjuk untuk memberi kami keinsafan. Aku perlu berserah padaNya dan bertawakal.
- Kami mengambil keputusan untuk menukar keinginan dan kehidupan kami kepada mentaatiNya dan mengikuti segala yang disuruhNya sedaya upaya kami. Aku perlu bantuan dari mereka yang berjaya ‘pulih’ dengan sikap saling mengenali atas prinsip ta’aruf.
- Mendidik tabiat/akhlak diri sendiri dengan melihat kelemahan diri sendiri. Aku perlu melihat kelemahan diri dengan cara membina ukhwah melalui prinsip tafahum.
- BersaksikanNya, diri sendiri dan juga kepada insan lain; kesemua kesalahan yang kami lakukan. Aku perlu mengukuhkan kembali perpaduan sesama insan dengan berpegang pada prinsip takaful.
- Kami bersedia untuk melihat dan mengubah akhlak buruk kami dengan izinNya. Aku sanggup menerima perubahan ini dan bermuhasabah.
- Dengan rendah diri kami memohon padaNya agar kuatkan iman serta jauhkan kami dari sifat sifat buruk. Aku perlu sentiasa merendah diri dengan mengamalkan sifat sifat tawaduk.
- Menyenaraikan semua orang yang telah kami ganggu dan susahkan, bersedia untuk memperbetulkan perhubungan kami dengan mereka. Aku perlu berpegang pada prinsip berdisiplin serta kerjasama dengan mengamalkan sifat ta’awun.
- Memohon kemaafan dan menebus kesalahan secara langsung pada mereka yang telah kami lakukan kesalahan, melainkan pada situasi yang boleh menimbulkan lagi permasalahan. Aku perlu berani memohon kemaafan samada kepadaNya ataupun kepada sesiapa sahaja yakni taubat.
- Kami akan terus melihat kesalahan diri sendiri dan apabila kami bersalah, kami akan mengaku kesalahan kami. Aku perlu pasrah dan sedia menerima apa jua kesannya, perlu redho.
- Merapat diri kepadaNya dengan bermuhasabah diri, bertujuan untuk mencari kekuatan diri dalam melakukan ibadah. Aku perlu ada kesedaran dan kesungguhan demi menjaga kepulihan aku, iaitu iltizam.
- Kami cuba untuk membawa pesanan ini kepada ‘sahabat sahabat’ lain dan mempratikkan prnsip-prinsip ini didalam semua aspek kehidupan kami. Aku perlu memberi perkhidmatan dan usaha dakwah sebagai prinsip langkah terakhirku iaitu tarbiah.
12 tetap 12, namun pendekatan aku lebih berunsur islamik. Seperti yang pernah aku katakan sebelum ini, budaya serta amalan kita diMalaysia amat jauh berbeza dengan budaya negara dimana NA(narcotics anonoymous) dilahirkan. Cara penyampaian serta penerimaan 'mereka' lebih terbuka. Kita pula penuh dengan adap dan sopan santun serta budaya "biar pecah diperut, jangan pecah dimulut", "malu tak bertempat" dan banyak lagi telah membuatkan kita merasai cukup sukar untuk ber'sharing'.Perjumpaan perjumpaan seperti ini bukanlah menjadi 'trend' dalam budaya kita. Akan tetapi bukanlah menjadi satu persoalan dimana ia akan berjaya ataupun tidak. Soalnya sekarang adakah masyarakat kita boleh menerima ini sebagai satu kaedah dalam rawatan & pemulihan dadah ? Masyarakat kita lazimnya masih percaya bahawa penagihan dadah boleh dirawat dengan kaedah 'bomoh?' yang mengaku menggunakan kaedah islam?
Jika hanya dengan mengaku bahawa dengan 'muntah', tangkap 'jin-iblis', 'pembenci' dan diiringi dengan doa doa tertentu, apakah seseorang penagih dadah itu boleh sembuh....? Maka, kerajaan sendiri yang akan mengupah mereka mereka ini sebagai jalan penyelesaian dalam isu penyalahgunaan dadah yang kini mencecah angka ratusan ribu penagih yang baru dan lama.
Kaedah Islam yang lebih dinamik adalah kita masukkan unsur unsur usrah, usaha atas iman serta dakwah & tarbiah sebagai senjata dalam pemulihan seseorang penagih itu. Apabila kita memahami soal akhlak adalah salah satu cabang iman, maka sudah tentu pemulihan dadah perlulah ditekankan soal akhlak serta tabiat.
Banyak lagi ayat ayat AlQuran serta hadis hadis yang menyentuh soal akhlak ini. Jawapan kepada 12 langkah menuju pemulihan adalah soal bersatu hati dalam sebuah jemaah yang mempunyai satu tujuan, satu arah dan satu matlamat. Ia seperti suatu perintah yang besar, dan kita tidak boleh melakukannya sekali gus. Kita tidak menjadi penagih dalam satu hari, jadi, lakukan seadanya. Terdapat lebih dari satu perkara yang akan mengalahkan kita dalam pemulihan kita , ini adalah sikap acuh tak acuh atau sikap tidak bertoleransi terhadap prinsip-prinsip keimanan. Tiga daripada yang diperlukan adalah kejujuran, berfikiran terbuka dan kerelaan . Dengan ini, semuanya akan berjalan lancar. Kita merasakan pendekatan ini adalah benar-benar ‘realistik’ nilai terapeutiknya dalam membantu seseorang penagih tanpa sempadan. Ia lebih praktikal , penagih dapat memahami dan membantu penagih lain dengan lebih baik. Kita percaya lebih cepat kita selesaikan masalah kita dengan masyarakat, dalam kehidupan harian, lebih cepat kita diterima kembali dan menjadi lebih bertanggungjawab dan produktif. Usaha atas akhlak adalah satu bentuk pemulihan yang pragmatik Oleh itu satu pendekatan yang lebih efisien yang harus dilakukan adalah penghijrahan.....

Satu-satunya cara untuk menjaga daripada kembali menjadi penagih
adalah dengan mengelak dari mengambil dadah yang pertama. Bagi kita, satu terlalu
banyak dan seribu tidak pernah cukup. Kita letakkan penekanan perkara ini sebagai
sesuatu yang cukup besar, kerana kita tahu apabila kita mula menggunakan dadah
dalam apa jua bentuk, atau menggantikan dalam bentuk yang lain, kita telah ‘lepaskan’
sifat ketagihan kita sekali lagi.
Pemikiran seperti arak dan seumpamanya sebagai berbeza daripada dadah
telah menyebabkan banyak penagih berulang. Sebelum ini kita melihat ia secara
berasingan, jangan terkeliru tentang perkara ini. Arak dan bahan bahan gantian adalah
dadah. Kita adalah insan yang berpenyakit ketagihan semestinya menahan diri
daripada apa jua bentuk dadah untuk mendapatkan kepulihan.
Ini
adalah antara soalan-soalan yang perlu aku tanyakan pada diri sendiri;
Adakah
aku pasti untuk berhenti menagih? Adakah
aku faham bahawa aku tiada upaya mengawalnya? Adakah aku sedar lama kelamaan
dadah telah menggunakan aku? Adakah penjara dan pusat mengambil alih dalam
pengurusan kehidupanku dalam waktu waktu yang berbeza? Adakah aku menerima
sepenuhnya hakikat bahawa setiap usaha untuk berhenti menemui kegagalan? Adakah aku
sedar ketagihan dadah telah mengubah aku kepada seorang yang aku sendiri tidak
mahu:
Penipu,
tidak jujur, suka melawan,keras kepala dengan kekawan malahan dengan diri
sendiri? Adakah aku percaya sebagai penagih dadah aku benar-benar telah gagal?
Bila
aku menagih, realiti begitu sukar dan pedih dan payah untuk aku lupakan. Aku
cuba rahsiakan dari pengetahuan orang lain. Aku mengasingkan diri, didalam ‘penjara
kesepian’ yang dibina oleh aku sendiri. Aku kini terdesak, aku berusaha
membantu diri ku sendiri melalui program ini. Fizikal, mental, dan rohani ku hancur
luluh sebelum ini. Aku telah lama dalam kesakitan, aku sanggup menghadapi kemana-mana
asalkan untuk kekal bersih.
Satu-satunya harapan kita adalah dengan mencontohi mereka yang berjaya
menghadapi dilema ini dan telah menemui jalan keluar. Tidak kira siapa kita,
dari mana kita datang, atau apa yang pernah kita lakukan, kita tetap punya hak
dalam program ini. Penagihan kita memberikan kita alasan yang sama untuk
memahami satu sama lain.
Sebagai hasil daripada menghadiri beberapa perjumpaan, kita mula terasa
seperti dihargai. Di dalam perjumpaan perjumpaan inilah nanti kita diperkenalkan
kepada 12 langkah menuju pemulihan. Kita mempelajarinya sebagaimana tertulis
dan mengamalkannya setiap hari. Ia adalah penyelesaian kita. Ia juga sebagai
panduan untuk kelangsungan hidup kita. Ia adalah pertahanan kita terhadap
ketagihan yang merupakan penyakit berbahaya. Ia merupakan prinsip-prinsip yang akan
membantu pemulihan kita….bersambung
No comments:
Post a Comment