Search This Blog

Translate

Followers

Wednesday, September 29, 2010

Program bersama Rotary Club of Taiping


Pada pagi Ahad 19-9-2010 yang lalu, rumah SHIQAL telah dijemput menyertai satu program anjuran KELAB ROTARY of TAIPING sempena HARI KEDAMAIAN SEDUNIA.
Okey la, aku paham sesetengah dari kita ada yang beranggapan Kelab Rotary ni ADA unsur-unsur yg kurang menyenangkan. Tapi bagi aku kita kena pertimbangkan dari setiap sudut. Umpamanya, apakah benar bagai dikata, atau sejauh mana kebenaran kata-kata itu? Kita kena buka minda syehhh.........., sekiranya kita ingin menyampaikan(tarbiah) kita jangan lah memilih, Sekira bagai dikata bagai disangka, maka adalah t/jawab kita untuk mencari kaedah perbetulkannya! Jangan la asyik nak mengata aje tanpa melakukan apa-apa tindakan. Dah lama sangat perangai lagu ni, berubah laaaa,
Satu contoh aku nak bagi tau dalam kampong (kpg. aku la, kpg hangpa baguih), kita tengok la ni, rasa dengki irihati dah jadi macam budaya, bila dia rasa diri dia baguih, aaaa... mula la mengata kat orang, macam la dia baguih sangat. Bukan kata nak perbetoi dia kata lagi ada.......
Begitu juga yang berlaku pada kami (bekas penagih) kami dah elok sikit, baru bebas pusat atau penjara, (maklum la duduk sampai 12 bulan keatas ) sure ok punya; bila pijak kaki je kat kpg. nahhhhhhh, org. kpg. pun tarik muka, juih muka macam-macam lagi. Kawan pun apa lagi, cari geng lama la!
Kenapa tidak kita tubuh kan satu j/kuasa membantu mereka-mereka ini sebelum terjebak kembali? Itu yang paling afdalkan ?????? Fikir-fikir la.

Tuesday, September 28, 2010

Program Pemulihan SHIQAL

Setiap residen pada peringkat mula akan ditemuduga oleh cikgu-cikgu yang dilantik dikalangan residen yang berjaya. Tujuan diadakan sessi ini adalah untuk mencari kelemahan-kelemahan yang ada pada penagih tersebut. Kefahaman dlm agama, keyakinan diri, tahap kesihatan dan seumpamanya.

Mereka akan dimandikan setelah kita mengenal pasti akan kelemahan-kelemahan yang terdapat pada penagih tersebut. Tujuan diadakan 'mandi taubat' ini supaya menaikkan semangat pada beliau seolah-olah keluarnya segala kejahatan dari tubuh badan umpama air yang mengalir. Air adalah medium yg menggambarkan bersih lagi suci.
Antara yang harus kita fikirkan apakah hanya dengan kaedah-kaedah pemulihan begini sudah memandai? Tidak, antara syarat-syarat yang perlu ada dlm konteks pemulihan ialah keyakinan diri, membentuk akhlak yang murni serta sokongan keluarga dan komuniti itu sendiri !!!!!!
Itulah antara perkara-perkara yang akan kita bentuk selepas fasa ini..............

Thursday, September 23, 2010

Berapa ramai penagih yang berjaya setakat ini?


Payah, sungguh payah........ apa yg payah ? Aku ada satu tugas penting. Sekarang ini aku cuba mencari seberapa ramai bekas-bekas penagih yang berjaya melalui kehidupan sebagai insan biasa. Maksud aku punya kerjaya, keluarga (anak isteri) dan mendapat tempat dalam masyarakat. Apakah mereka-mereka ini tidak wujud ? Sebenarnya ada !!!! Apa yang menyebabkan susahnya untuk bertemu mereka ini kerana beberapa faktor. Antaranya; a) 'secret identity'merahsiakan identiti sebenar. b) takut dipandang serong c) dipecat majikan d) anak isteri tidak dpt. menerima kenyataan dll. Mengapa terjadinya perkara sebegini ?
Selama bertahun-tahun (hampir 30 tahun ?) masyarakat telah didedahkan dengan satu dogma ataupun presepsi yang negatif pada penagih. Media massa telah menyempurnakan misi ini. Baik dari segi iklan,drama mahupun tayangan gambar. Tahniah!! Gelaran seperti mayat idup, bangkai bernyawa, sampah masyarakat dsb begitu sinonim dengan penagih dadah. Inilah yang membuatkan masyarakat takut untuk tampil membantu golongan ini. Ditambah juga dengan sikap penagih sendiri serba sedikit menyumbang akan benarnya bagai dikata!
Isunya disini, apakah semua penagih itu tidak boleh balik kepangkal jalan? Dimana peranan AADK, media serta golongan-golongan pemikir yang patut dipertanggungjawabkan dalam isu ini? Apakah selama ini tidak ada satu badan, pertubuhan atau agensi yang memantau sejauh mana, berapa ramai, kejayaan yang ada sekarang ini? Mengapa tidak mereka -mereka ini yang berjaya kembali kepangkal jalan diketengahkan sebagai teladan? Jadikan sebagai bukti hidup dalam membantu kerajaan mencapai sifar dadah 2015. Dedahkan mereka ini, tunjukkan pada masyarakat bahwasanya mereka ini juga adalah sebahagian daripada masyrakat itu sendiri.Sesungguhnya mereka itulah aset berharga bagi negara untuk mencapai wawasan idaman kita semua.
Aku berharap satu hari nanti akan bertemu mereka-mereka ini keluar dari persembunyian dengan rasa bangga membantu serta membuka mata masyarakat. Marilah sahabat-sahabatku, tampillah kedepan bukan sebagai sampah masyarakat tapi sebagai pejuang agama & bangsa , kita berganding bahu sama-sama berjuang membasmi penyalahgunaan dadah ini!!!!!!!!!
HIJRAH BERSAMA MASYARAKAT PENYAYANG.

Monday, September 13, 2010




pada 9-8-2010 persatuan telah mengadakan mesyuarat bersama jabatan-jabatan kerajaan, wakil-wakil kerajaan negeri serta NGO-NGO.
seramai 16 org telah hadir terdiri daripada:
- En. SHAMZURI HJ. OSMAN ( PSQTP )
- En. NOORHISHAM OSMAN ( PSQTP )
- En. MAHATHIR MD. NOR ( PSQTP )
- Pn. NOOR ZAM ZILA OSMAN ( PSQTP )
- En. ZAKUAN MOHD JAILU ( PSQTP )
- En. MOHD ZAINI ISMAIL ( KETUA KPG POKOK ASSAM )
- En. UTHAYASOORIAN a/l SHANMUGAM ( AADK NEGERI )
- En. MOHD. TAJOL ARIFFIN ( AADK LMS )
- En. MOHD. NAZRRI HJ ABD. MULOK ( AADK LMS )
- En. AHMAD RASYIDI ELIAS ( PROSTAR LMS )
- En. MEOR ABD RAHMAN MEOR ZAINUDIN ( JAB. KESIHATAN LMS )
- En. MOHD ADNI FAZLIL ALIAS ( JAB. KESIHATAN LMS )
- En. HASSIM HJ ABU BAKAR ( KRT POKOK ASSAM )
- En. ABD KADAR K. SIKINTHAR BACHA ( JAB PERPADUAN NEGARA & INTEGRASI NASIONAL LMS )
- En. SAMSUDIN MAT KASIM ( JAB. PENJARA bah. PAROL LMS )
- En. MOHD.HAFIZI PUTEH ( JAB. PENJARA bah. PAROL LMS )
- En. ABD HALIM YAHAYA ( ROTARY CLUB OF TAIPING )`pulang awal kerana ada urusan.
AGENDANYA- penerangan tentang fungsi RUMAH KOMUNITI AADK, penerangan oleh wakil AADK NEGERI PERAK, En.UTHAYA.
Dalam perbincangan itu kesemua wakil bersetuju untuk di tubuhkan sebuah rumah komuniti yang lebih bersifat universal. antaranya kita membuka untuk semua kaum, membantu golongan remaja serta mereka-mereka yang dibawah program parol.
Penglibatan bukan saja komuniti setempat malahan disokong oleh jab-jab k'jaan,wakil-wakil k'jaan negeri serta NGO-NGO,membuatkan RUMAH KOMUNITI yang dicadangkan kelak akan lebih proaktif serta berkesan untuk menjayakan misi k'jaan "sifar dadah 2015"
kita lebih utamakan kesedaRAN masyarakat awam tentang golongan penagih serta masaalah gejala sosial ini adalah juga t/jawab kita bersama, bukan semata-mata t/jawab k'jaan dan penguatkuasaan malahan sebenarnya t/jawab kita. dengan gerakerja secara terancang maka problem ini dpt kita atasi bersama. INSYALLAH.